Jumaat, 27 Februari 2009

Hujan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Akhir-akhir ini boleh di katakan bandar Kuala Lumpur sering di landa hujan.  Sama ada ianya turun pada waktu pagi atau petang.

 

Sebagai cuntoh, pada hari rabu yang baru lalu, awal pagi lagi hujan telah turun dengan lebatnya.

Alhamdulillah pada pukul tujuh hujan telah mula berhenti.   Kalau tak susah juga nak ke tempat kerja.

Oleh kerana awal lagi hujan telah turun, maka di sana sini terdapat sikit-sikit  air bertakung.

 

 

Namun pada sebelah petangnya, hujan telah turun dengan agak lebat dan di ikuti dengan bunyi guruh yang agak kuat.

Kira-kira pukul 6.20, husband call aku dari lobby meminta agar aku membawa turun payung.  Memang telah menjadi kebiasaan aku, akan letak atau tinggal sebuah payung di office supaya mudah jika hujan turun tiba-tiba pada sebelah petang.

 

 

Setiap petang husband aku akan menunggu aku di bahagian lobby sampai aku habis kerja.

Sebenarnya  bilik operator aku di tingkat 13.  Biasanya kalau pukul 6.00 lebih suasana di tingkat 13 agak sunyi dan sepi.

  Cuma kadang-kadang adalah beberapa orang staff yang masih belum balik dan kebiasaannya boss-boss lah yang lambat balik.

  mungkin mereka nak siap kerja-kerja yang belum habis.  Manakala yang lain sudah balik.

 

 

Office aku  sebenarnya bermula pada pukul 8.45 dan tamat pada pukul 5.30 petang dari hari isnin sampai jumaat.

  Sebagai operator kami terpaksa masuk kerja pukul 8.00 dan habis pada pukul 6.30 petang.  Itu di kira over time dan ikut giliran yang telah dijadualkan.

Ini adalah kerana terdapat juga staff atau deapartment lain yang lambat balik seperti bahagian listing. Sebab semua company yang di senaraikan di bawah Burs Malaysi akan menghantar laporan urusniaga masing-masing setiap hari selepas pukul 5.00 petang.

 

 

Waktu ni di kira sibuk juga sebab call banyak masuk, terutama bila berlakunya sistem down lagi lah sibuk call masuk tak berhenti-henti.

  Walau pun ada direct line di sediakan tapi bila call dah terlalu masuk line tersebut pun jadi jem.

Yang jadi mangsa kena marah dan sebagainya kami lah operator.  Habis nak buat macam mana banyak-banyaklah bersabar kata a orang.

 

 

Namun  ada juga deapartment yang beroperasi 24 jam iaitu deapartment IT atau help-desk.

  Ianya  terletak di tingkat 3. Untuk masuk ke deapartment tersebut memanglah sukar sekali kerana ia di kawal ketat,

sebab ianya merupakan deapartment yang paling penting dan sulit.

Pernah sekali aku masuk ke deapartment tersebut kerana nak beri barang kepada seseorang.

  Sampai di tingkat 3, kena masuk sebuah bbilik khas.

Bilik tersebut  kecil sahaja,  ada kamera yang akan scan kita. Tujuannya untuk memastikan bahwa sesiapa yang hendak masuk ke deapartment tersebut tidak membawa masuk  atau membawa keluar  apa-apa barang atau dokument dari deapartment tersebut.

      Di dalam deapartment tersebut keadaannya begitu sejuk sekali.

 

 

Tepat pukul 6.30 aku pun turun  ke bawah. Sesampai saja di lobby hujan masih lebat.

Salah seorang petugas polis bantuan yang berada di situ mencadangkan agar aku dan husband pergi minum di kantin dulu sementara menunggu  hujan yang   masih lebat.

 

 

Pada mulanya aku setuju juga, tapi setelah sampai separuh jalan menghala ke kantin, aku rasa malas pula sebab aku tahu waktu hujan-hujan biasanya di kantin penuh orang yang akan lepak-lepak  dan minum-minum di situ.

 

 

Tambah pula   sekarang ni bangunan kami disewa    oleh 2   company iaitu HSBC propety yang menywa dari tingkat 5, 6, 7 dan 8. Staff mereka ramai dekat  2000 orang. Staff mereka ikut shief sampai pukul 12.00 malam kerana ikut internasional time. 

 

 

Selain dari HSBC, astro juga menyewa di bahagian belakang berhampiran dengan laibrary kami dan kantin.

 

 

Lalu aku dan husband pun teruslah balik tak jadi singgah kantin.  Oleh kerana hujan yang masih turun agak lebat dan kedengaran juga bunyi guruh sesekali,  walau pun kami pakai payung namun baju dan tudung aku basah juga. Maklumlah  satu  payung kongsi dua orang.

Jalan memanglah agak licin dan kenderaan pun agak jem. Kami pun berjalan agak perlahan  sedikit dan akhirnya kami pun sampai kat PuduRraya.

 

 

Semasa kami melintasi Pudu Raya, kami terserempak dengan Saliza anak buah husband ku yang nak balik ke Melaka.  

 

 

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Along berkerja di salah sebuah syarikat guaman yang terletak dekat jalan Raja Laut.   Dia tinggal di Melaka bersama suami dan anak-anaknya.  Ini bererti dia akan berulang alik dari MEelaka ke KL setiap hari.

Kami berbual sekejap sahaja sebab dia nak naik bas  pukul 7.00 dan sampai di Melaka biasanya husband dia tunggu kat stetion.

 

 

Dari Pudu Raya kami berjalan menuju ke stesion star-LRT.  Semasa sampai berhampiran dengan kaki lima star-LRT  terdapat takungan air yang agak banyak dan biasanya kat situ lah air selalu bertakung. Nak tak nak terpaksa lompat juga dan nasib baik tak jatuh.

 

 

Sesampai saja di stetion Hang  Tuah tempat selalu  kami berhenti, orang  begitu ramai sebab sana sini air bertakung.  Husband aku telah mengikut jalan sebelah atas jadi kuranglah sikit   air bertakung namun terdapat banyak pula batu-batu dan jalannya pun tak lah berapa elok.  Sebab satu projek membesarkan jalan sedang di lakukan kat situ.  Jadi terdapat jalan yang di tutup dan kat situ juga jalannya agak jem.

 

 

Akhirnya kami pun sampai di hadapan flat.  Seluruh baju, tudung dan kasut ku habis basah  kuyup.

Nasib baik kami tak tunggu hujan berhenti kalau tak entah pukul berapa sampai rumah sebab masa kami sampai   ke rumah pun hujan masih belum berhenti lagi.

 

sekian tamat.

Khamis, 26 Februari 2009

Rabu, 25 Februari 2009

Kenangan Ketika Berkerja di Bengkel Membuat Sampul Surat di Alor Setar bahagian pertama..

Pada tahun 1986 ketika aku tinggal di kampung, tiba-tiba pada suatu hari dua orang pegawai dari pejabat kebajikan masyarakat telah datang ke rumah ku  dan membawa aku  ke sebuah bengkel membuat sampul surat yang terletak di kawasan batu dua Alor Malai Alor Setar Kedah.

Tempatnya tak jauh   Boleh jalan kaki pun lebih kurang dua puluh minit saja dari rumah ku. Ianya terletak tepi jalan. 

 

 

Sesampai saja aku di situ, aku disambut oleh kak Saerah bertugas sebagai tukang masak dan sekali gus menjadi penjaga kepada pekerja-pekerja di situ.

 

 

Aku juga diperkenalkan kepada encik Sabri salah seorang petugas atau pegawai  di situ. Beliau juga seorang cacat anggota.  Sebelah dari bahunya macam jatuh ke bawah dan kakinya pun ada sikit cacat dan jalan pun macam capek-capek kata orang.

 

 

Kemudian  aku diperkenalkan pula kepada Bakyah yang berasal dari Taulang kawasan Pokok Sena.

Cacatnya taklah berapa ketara dia hanya mengalami tangan dan kaki yang kedudukannya senget atau bengkok sikit.   Kalau di pandang sekali lalu memang tak perasan. Tapi kalau kita berjalan dengan dia kita boleh rasa dia jalan macam heret kaki. Orangnya agak peramah dan senang mesra dengan sesiapa.

Suaranya pun kalau bercakap agak kuat juga.

 

 

Kemudian aku di perkenalkan pula dengan kak Hasnah. Dia mengalami cacat bahu dan sebelah tangannya terpusing ke belakang dan lembik.  Ini bererti dia hanya boleh guna sebelah tangan sahaja  untuk membuat kerja-kerja.

 

Orangnya  agak pendiam dan bersopan.

 

 

Di sebelah kak Hasnah, ialah Ssodah. Dia ni seorang yang bisu.  Dia tak tinggal di bengkel.   Setiap hari dia akan berulang alik dari rumahnya ke bengkel tersebut.

 

 

Terdapat seorang lagi yang bisu namanya Salina.  Antara Salina dan Saodah ada perbezaannya walau pun mereka ini bisu dan pekak.

 

 

Salina belajar sampai tingkatan tiga.  Jadi untuk berbicara dengannya tak berapa susah sebab kita boleh tulis perkataan atau menggunakan bahasa isyarat.  Aku sempatlah belajar sikit-sikit bahasa isyarat tu.

 

 

Dari mulutnya kita boleh dengar sikit-sikit hujung  perkataan yang keluar.  Sebagai cuntoh, kalau dia nak sebut perkataan mandi. Kita akan dengar dia sebut macam ni. ma ma ma ma andi. Awal perkataan tu memanglah tak jelas atau terang tapi yang hujung tu kita bolehlah faham.

 

 

Berbeza dengan Saodah yang tak pernah bersekolah. Oleh itu dia tak berapa pandai menulis dan membaca apa yang kita tulis.  Untuk berbicara dengan dia kena tunjuk benda atau dia akan tengok gerak bibir kita. Lagi pun tak ada perkataan  yang keluar dari mulut dia.  Yang kedengaran hanyalah bunyi bising sahaja.  Dia seorang bunyi macam sepuluh orang kalau dia dah naik angin.

 

 

Tapi kalau di bandingkan dengan pendengaran pula, Saodah ok jugalah  sebab dia boleh dengar sikit-sikit.  Kalau kita kat belakang dia dan panggil nama dia, agak kuat sikit  “Saodah.”   Boleh pula dia dengar dan berpaling kepada kita.

 

 

Salina tak boleh dengar. Macam totaly blind. Kalau kita di belakang dia jerit macam nak tercabut anak tekak pun dia tak dengar kena cuit bahu, baru dia berpaling kepada kita.

 

 

Walau bagai mana pun kedua-duanya baik suka menolong.

cuma Saodah ni suka mempermainkan orang sikit dia buat kita macam budak-budak kadang-kadang.

 

 

Fauziah seorang lagi pekerja di situ.  Dia cacat di bahagian kaki.  Sebelah kakinya lembik manakala yang sebelah lagi ok tapi  tak berapa kuat.  Dia guna kerusi roda.  Lagi satu dia juga mengalami masalah kulit.   Di mana kulit tangan dan kakinya mengerutu  dan berbintik-bintik kasar.  Memang ketara kalau kita pegang dia. Menurut ceritanya, semasa mak dia mengandungkannya  ayah  dia bunuh temili.  Sejenis binatang termasuk dalam golongan katak.  Sebabtulah bila dia di lahirkan kulit dia jadi macam tu. Kata orang tua-tua terkenan.  Sama ada betul atau tak,  Allah maha mengetahuinya.

 

 

Fazidah seorang lagi pekerja di situ.  Dia hilang sebelah kaki dari paras punggung. Ini adalah karena dia terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya semasa di tingkatan dua.  Sewaktu balik dari sekolah. Dia menggunakan kaki palsu untuk bergerak ke sana dan ke sini. Pernah suatu hari kaki palsu dia patah dan dia tak boleh bergerak terpaksa balik kampung sementara  nak pulihkan kaki palsunya ttu.

 

 

Kak Robiah atau lebih di kenali sebagai kakcik seorang yang cacat penglihatan.  Dia tak pernah bersekolah  tapi pandai  menghafal al-quran.

  Dari kecil dia tinggal dengan neneknya.

 

 

Kak Kiah atau Rokiah seorang yang cacat tangan.  Dia tak ada sebelah tangan sejak di lahirkan lagi.    Selain dari itu dia juga ada masalah  jiwa.  Hari-hari dia kena makan ubat kalau tak penyakitnya akan datang balik. Oleh kerana dia terlalu banyak makan ubat  agaknya, lidah dia pun macam bergulong-gulong  sikit. Lebih kurang macam bunyi orang lepas makan sireh.

 

 

Seorang lagi pekerja di bengkel tersebut ialah Nazirah. Dari segi anggota dia tidak mengalami sebarang kecacatan. Cuma dia ni seorang kerdil. Kepalanya paras bawah bahu aku sahaja. Namun badannya agak bulat dan gempal. Oleh kerena dia seorang kerdil, sebuah kerusi dan meja rendah macam kanak-kanak tabika terpaksa di sediakan untuknya duduk atau buat kerja.

 

 

Kak Aminah seorang lagi yang mempunyai cukup sifat anggota bekerja di situ.  Cuma apa yang pasti dia mengalami masalah jiwa.

Orangnya agak pendiam dan berumur sikit.  Di antara ramai-ramai dia yang paling tua.   Kalau kita berbual dengannya sekejap mungkin tak ketara sangat, tapi bila kita dah lama berbual baru kita perasaan yang dia ada masalah jiwa. 

Dia akan ulang apa yang dia cakap dan akan tanya beberapa kali soalan  yang sama kepada kita.

 

 

Ada seorang lagi pekerja iaitu Bala.  Dia cacat kaki sebelahnya pendek.  Tapi dia jarang datang ke bengkel tersebut sebab dia ada kerja lain.

 

Cuma dia datang pada hari jumaat dan sabtu.  tugas dia potong kertas dengan menggunakan mesin pemotong.Orangnya ok dan fasih berbahasa melayu.

 

sambungan di bahagian kedua.

Sabtu, 21 Februari 2009

Lemahnya diri ini.

 

assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada rakan-rakan yang di kasihi.
Lemahnya Diri Ini.

 


Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

 


Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

 


Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

 


Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

 


Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

 


Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

 


Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

 


Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

 


Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

 


Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

 


Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

 


Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari'at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

 


Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI

 


sekian wassalam
yang benar
kakros

Isnin, 16 Februari 2009

Sinar Hidup Baru.

 

assalamualaikum dan salam sejahtera.

 


Sinar hidup baru.
Biar pun jauh beribu batu
Namum kau tetap dekat disisiku
Ku mengerti luahan hati mu
setiap baris kata mu
seribu persoalan buat ku
Detik demi detik yang berlalu
menceritakan kisah perit mu
kata mu
kusangka panas hinga ke petang
rupanya taufan yang mendatang
di sini di lembah ini
telah terkubur sejuta kenangan
ditiup keras taufan yang mendatang
dan bertaburan debu sepi berterbangan
yang tak kan mungkin dapat terulang
kini aku tersenyum sendiri
kerana hadir mu membawa seri
lenyaplah segala kisah sepi
yang selama ini menghantui
Terima kasih sekali lagi
Kau yg memahami
kau yang mengerti
kau yang menyayangi
sehingga terubat segala sepi
sekian wassalam
yang benar
kakros

Ahad, 15 Februari 2009

Puisi Hidup IIni Umpama Roda.

 

assalamualaikum dan salam sejahtera

 

puisi Hidup ini umpama roda.

 

 

 

masa itu roda

mereka berkata hidup itu umpama roda
sekejap kita di atas
sekejap kita di bawah.

 


namun hidup tidak berputar
masa lah yang berputar
maka masa itulah roda
dan hidup itu jalannya.

 


siang dan malam silih berganti
hari,minggu, bulan dan tahun berulang-ulang
musim bunga,panas,luruh dan sejuk juga berputar
dalam putaran itu masa berjalan atas kehidupaa.

 


dunia ini hidup maka pasti punya matinya
akhir riwayat dunia dipanggil kiamat
akhir riwayat manusia dipanggil ajal
tibanya ajal maka jalan hidup manusia tamat.

 


setiap garis mula pasti ada garis penamat
maka melepasi garis penamat itu, kemenangan apakah yang kau cari?
ada yang berkata hidup satu perlumbaan
namun kau tidak berlumba dengan sesiapa.

 


kerana setiap manusia punya jalan-jalan yang telah ditetapkan
ketetapan jalan itu dipanggil takdir
kau tidak akan dapat mengubah jodohmu
rezekimu,dan ajalmu.

 


oleh itu, apakah yang kau cari lagi di dunia ini?
apa yang kau bimbang lagi di dunia ini?
apa yang kau resah lagi di dunia ini?
apa lagi yang kau harus usahakan lagi di dunia ini?

 


jika kau mengetahui akan kejayaan agung itu redha Allah
maka kau akan membekalkan amal soleh yang banyak di dunia
kerana beramal soleh saja mampu meraih redha Allah
mampu capai iman, mampu capai taqwa.

 


demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh
yang menasihati akan kebenaran
yang menasihati akan kesabaran

 

 

di petik dari

 

surah al-asri.

 

sekian wassalam

 

 

 

 

 

Puisi Asyik.

 

Puisi asyik.

 


Assalamualaikum. .

 


Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain

 


Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu
Jangan Asyik mengata orang.

 

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchat-chat di internet ,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergebang di telefon,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber-email  dengan kawan,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone,

 

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah,

 

Al-Quran kamu tak baca

 


Kenapa tak baca?

 


Tak sempat


Busy


Tak faham


Tak reti


Malas


dapat surat dari pejabat tanah


dalam bahasa melayu


kamu boleh baca


dapat surat lawyer


dalam bahasa inggeris


kamu boleh baca


dapat surat daripada Allah


dalam bahasa Arab


kamu tak boleh baca


apa nak jadi?


Rugi rugi rugi


Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini

 


Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi

 


Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini

 


Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri

 


Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri

 


Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami

 


Bacalah Al-Quran hari ini!

Untuk perhatian :


  jangan puisi ini disalah tafsir pula,

bukan berkhutbah,

cuba betul diri


ini cuma  sekadar peringatan untuk saudara sekalian dan diri sendiri jua
__._,_.___

 


Yang  benar,
Kakros

Tetamu Bertandang Ke rumah.

 

Semalam 14 Februari rumahku di kunjungi sepasang suami isteri. Mereka ialah

puan Asiah Yeop Kamaruddin yang lebih mesra dengan panggilan   kak Asiah.

  Manakala suaminya iaitu Abu Seman yang lebih mesra dengan panggilan abang Abu sahaja.

 

 

Sebenarnya dah banyak kali mereka buat rancangan untuk datang ke rumahku, tetapi  oleh kerana ada sahaja halangan yang tak disengajakan seperti aku terpaksa mengikuti kursus atau samenar  sama ada dianjurkan oleh persatuan atau opis  ku.   Ada kalanya pula terpaksa ke opis atas urusan kerja dan  macam-macam lagilah halangan.

 

 

Biasanya program-program tersebut di adakan pada hari sabtu.  Manakala pada hari ahad pula biasanya aku ke Cheras kerana  menghadiri klas mengaji alquran.

 

 

Oleh kerana semalam aku tak mempunyai sebarang urusan lalu aku pun bersetuju untuk menunggu mereka di rumah.

 

 

Sudah menjadi kebiasan ku  jika ada tetamu yang hendak datang ke rumah aku akan mengemas rumah dan memasak  lebih awal.  Jadi jika tetamu dah sampai semua dah ku siap.

 

 

Oleh kerana awal-awal lagi kak Asiah dah berpesan meminta aku buat jemput-jemput ikan iblis sebab dia memag suka makan jemput-jemput cuma dia tak berapa pandai bak bancuh atau membuatnya.

 

 

Nak suruh dua orang anak daranya buat maklumlah budak-budak zaman sekarang mana  nak ke dapur sangat tambahan pula kalau mereka dah berkerja dan mempunyai kereta sendiri panjanglah langkahnya.

 

 

Bila cuti  selagi matahari tak naik ke kepala tak bangunlah budak-budak tu. kata kak asiah.

 

 

Lalu abang Shariff pun pergilah ke pasar awal sikit sebab mereka berjanji akan datang mungkin dalam pukul  duabelas.

 

 

Aku bertanya sama ada mereka nak makan nasi atau tak.  Sebab aku memang jarang masak untuk lunch. Ini adalah kerana biasanya aku makan nasi  tak  kiralah nasi goreng ke, nasi lemak, nasi kerabu ke,  bihoon ke  atau sebagainya yang agak berat untuk breakfast.

   Jadi ianya kenyang sampai ke petang.

 

 

Kata  kak Asiah nasi tak payahlah dia nak makan jemput-jemput juga.

 

 

Abang Sariff belikan tepung, udang basah bawang dan sebagainya.

 

 

Setelah selesai mengemas aku pun ke dapur terus menyiapkan bahan-bahan untuk membuat jemput-jemput.  Semntara abang Shariff ke Loyat kat Bukit Bintang sebab nak beli kad reader.

 

 

Aku cari ikan bilis dalam bekas  rupanya ikan bilis dah habis yang tinggal pun sedikit saja.

Aku pun gantikan ikan bilis dengan udang.

Oleh kerena udang yang dibeli agak besar lalu aku pun cincang jadi kecil-kecil.

 

 

Aku lebih suka guna bawang besar untuk buat jemput-jemput.  Separuh darinya aku akan tumbuk bersama cili dan separuh lagi   aku mayang halus sahaja.  Biasanya kalau aku buat jemput-jemput udang aku akan campur sedikit tauge  dan kucai atau daun sadri.  Tapi oleh kerena abang Shariff tak beli lalu aku cuma masukan udang dan bawang sahajalah.

 

 

Siap di bancuh, aku pun biarkan dulu sebab bila mereka sampai  baru goreng.  Makan masa panas-panas baru sedap.

 

 

  Waktu dah pun pukul sebelas lebih. Aku pun telepon kak Asiah bertanya mereka berada kat mana.

 

 

Menurut katanya, mereka baru nak turun dari SBM  lepas tu abang Abu nak ke rumah Moktar pula sebab nak bayar barang yang mereka ambil dari dia.

 

 

Sementara menunggu mereka sampai aku pun buka laptop ku.

 

Tak lama kemudian abang Shariff pun balik.

Lalu aku pun cuba   kad reader yang baru abang Shariff beli.   Sebab kata orang  lebih senang guna kad reader dari kabel.  walau bagai mana  pun bagi aku lebih  mudah  guna kabel dari kad reader.

 

 

Sebab kalau guna kad reader, kita kena keluarkan kad memori  dari hanset. Aku cukup takut kalau nak keluarkan kad memori dari hanset sebab kecil sangat dan kuku ku pun pendek susah nak kopek kata orang.

 

 

Setelah di cuba beberapa kali tapi malangnya kad reader   tersebut tak  boleh detect  dalam laptop aku.

 

Aku tak tahu apa masalahnya.  Nak kata kad yang di beli rosak tak mungkin, sebab sebelum ni pun abang Shariff ada beli kad reader tapi tak juga boleh.

 

 

Sampai pukul satu lebih mereka tak juga sampai-sampai. Aku pun call hanset kak Asiah.

 

 

Yang kedengaran  hanyalah voicemail saja. Dalam waktu yang sama aku ada terdengar ada suara orang di hadapan rumahku seperti bercakap-cakap.

 

 

Kemudian di ikuti ketukan pintu.  Abang Shariff pun buka pintu rumpanya mereka dah sampai.

 

 

Aku tanya,

 

  “”akak off handset ke?”

 

 

Kak Asiah jawab.

 

“taklah.  I   on mana ada off.”

 

 

kemudian dia pun check ada miss call.  Dia kata dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu.

 

 

Sebenarnya tujuan utama mereka nak datang ke rumahku adalah   kerena nak minta aku masukan lagu-lagu lama seperti lagu Sharifah  Aini, Rafeah Buang, A. Ramli dan sebagainya termasuk bacaan al quran  ke dalam hanset mereka.

 

 

Oleh kerana tak boleh guna kad reader lalu aku terpaksa gunakan juga kabel.

Alhamdulillah boleh pun.

Kak Asiah guna 6120 klasik.

 

 

Sekarang ni ramai di kalangan  rakan-rakan kita yang mengunakan 6120 sebab harganya agak murah lebih kurang 400 hingga 600 RM, dan boleh masuk talk crack  jika di bandingkan dengan  handset N78, N81, N96, N79 dan sebagainya yang mana harganya agakmahal melebihi RM1000.

Handsetnya pun ringan dan agak kecil sikit boleh digantung kat leher seperti mana  yang di buat oleh kak Asiah.

 

 

Sebenarnya ini lebih terjamin jika di bandingkan  kita letak dalam beg. Terutama kalau kita nak pergi sembahyang kat surau MAB.  Aku sendiri pun kadang-kadang risau bila letak beg kat tepi dinding dan pergi ke bilik air atau ambil air sembahyang.

 

 

Sebab aku di fahamkan dah banyak hanset hilang kat surau atau di kawasan MAB. Maklumlah kawasan kat situ agak terbuka dan sesiapa pun boleh  keluar masuk walau pun ada pengawal keselamatan.   

 

 

Untuk memudahkan aku memasukan lagu-lagu yang kak Asiah minati lalu aku pun pindahkan lagu-lagu tersebut ke dalam my document.

Setelah dia  berpuas hati baru aku transper  dengan menggunakan kabel.

 

 

Sementara abang Shariff telah menghidangkan mereka makan jemput-jemput setelah mereka selesai menunai fardhu zohor.

 

 

Selepas selesai  aku memasukan lagu-lagu dan alquran ke dalam hanset kak Asiah, kini aku buat untuk abang Abu pula.

 

 

Abang Abu pun guna 6120 klasik juga tapi dia bbeli dari Moktar.  Menurut kata kak Asiah, Moktar baru guna sebulan dan di jual kepada abang Abu dan dia beli yang baru N73.

 

 

Seperti biasa aku pun sambungkan hanset abang Abu ke laptop dengan menggunakan kabel yang sama.

Aku dapati handset abang Abu   berbeza dengan kak Asiah punya.

Kak Asiah punya senang detect dan nak cari sim  kad dan memori kad pun mudah.

 

 

Walau bagai mana  pun akhirnya  aku    jumpa sim kad dam mmemori kad tapi bila aku nak masuk untuk program tak boleh.

 

 

Di dalam memori kadnya ada lagu-lagu ingeris, tapi bila aku cuba masuk dengan menekan enter tak boleh masuk.

Bila aku nak transfer lagu pun tak boleh. Ada message minta di tukar file  yang terdapat di dalam handset sebab memori penuh lebih kurang macam tulah.

Padahal memori kad masih banyak yang kosong.

 

 

Dia sendiri pun tak tahu apa yang telah di buat oleh si Moktar pada handset tersebut.

Aku cuba bebrapa kali tak boleh juga. Sampai naik mengantuk aku memikirkan bagai mana  mencari cara mengatasi masalah tersebut.

 

 

Akhirnya abang Abu  kata tak apalah kita guna bluetooth untuk transfer.

 

 

Aku pun keluarkan handset tersebut dari laptop  dan cuba cari file manager pun tak jumpa.  Puas di cari baru jumpa tapi lagu-lagu yang Abu sebut tu tak ada pun dalam file manager.

 

 

Rupanya ianya berada dalam muzic laibrary.

Di dalamnya punyalah banyak lebih  kurang dekat 200 program atau file.

Kebanyakannya sound infect dan storry atau drama.

Aaku rasa ianya di petik dari radio BBC, dan kemudian di transfer ke handset.

Mungkin dia nak dengar kat opis dia kot.

 

 

Bunyi-bunyi  tu pun kebanyakan berulang seperti bunyi kambinglah,lembulah, kucing, bany menangis, ketawa, bunyi suara perumpuan seksilah dan macam-macam lagi.

Lagu-lagu pun ada tapi tak banyak.

Menurut kata  abang Abu tak tahulah sebab Moktar yang masukan dan  dia tak buang semua program tersebut.

 

 

Ini lah masalahnya sepatutnya kalau kita nak jual handset kita kepada orang lain sebaik-baiknya buang semua program atau file-file di dalamnya  biar clear handset tersebut.

 

 

Kemudian aku pun masuk beberapa buah lagu  ke dalam handset abang Abu dengan menggunkan bluetooth.

Tak sampai 6 lagu  rasanya baterinya pun tinggal  1 bar.

 

 

Azan asar pun kedengar kat surau rumah ku. abang Shariff pun buat tea o dan di makan dengan biskut kering. Pada mulanya nak gorng keropok tapi kak Asiah kata  tak payahlah lagi pun abang Abu tak boleh makan makanan yang berminyak  sangat sebab dia ada masalah jantung.

 

Selepas mereka menunaikan fardhu asar dan minum  mereka pun balik.

 

Abang Shariff tolong dapatkan mereka teksi.

 

sekian.

Khamis, 12 Februari 2009

Motivasi berkerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Motivasi berkerja.


Salah satu motivasi hidup adalah bekerja, Seekor ayam berkokok pagi-pagi
benar,
kemudian keluar kandang dan mengepak-ngepakan sayapnya, yang jantan
berkokok keras,
menyambut sang suria yang tersenyum di ufuk timur.
Mereka pergi pagi dan pulang menjelang malam dengan gelembung tembolok
dileher yang sudah penuh dengan makanan.
kemudian beristirahat sampai menjelang pagi dan kembali berkokok,
mengepakan sayap, menyiapkan cakar-cakar untuk mengorek makanan di tanah dan
rerumputan. Itulah kelebihan seekor ayam tanpa beban bekerja mencari makan.
Sama halnya manusia , alangkah baiknya bila kita bekerja seperti ayam
ertinya bekerja tanpa beban, bedanya Ayam mencari makan untuk hari itu saja
sedangkan manusia tidak untuk hidup hari ini saja, melainkan untuk esok
hari,takala tua,menyekolahkan anak,membesarkan anak,menghantarkan anak
sampai boleh mandiri dan lain-lain. Intinya bahawa banyak kepentingan atau
keperluan manusia hidup,baik bagi diri sendiri maupun keturunan nanti.
Manusia diberi kelebihan LUAR BIASA!, di pundaknya sebagai khalifah dibumi
diserahkan, diberikan tanggung jawab lebih untuk itu berikut ini
tahapan-tahapan manusia hidup,antara lain:
1. Masa Anak-anak ,  adalah usia bermain-main
2. Remaja, adalah usia belajar untuk bisa hidup
3. Dewasa, adalah usia  meraih posisi dalam hidup
4. Setengah Tua, adalah usia mengisi sepanjang hidup
5. Tua, adalah usia mengisi tujuan hidup, mempersiapkan hidup selanjutnya.
Jangan sia-siakan waktu, kerana waktu terus meninggalkan kita.Andaikan waktu
boleh diputar balik atau seperti film-film holywood yang mengisahkan orang
kembali ke masa lalu atau menuju masa depan puluhan tahun dari
sekarang,rasanya secara fisik mustahil, namun pandangan dan pemikiran boleh
menuju masa lalu dan masa depan.
Tetap semangat! berlumba dengan waktu, penuhi motivasi hidup dengan amalkan
ilmu , salah satunya dengan "Bekerja".
Renungan diatas adalah memberi motivasi adik-adik yang baru lulus sekolah
dan baru bekerja, yang malas, bahkan dengan seribu alasan tidak mau bekerja
kerana gaji kecil, kerana bosan dan tidak menarik,
kerana berbagai macam alasan. Mereka tidak sedar bahawa waktu terus
berlanjut.semakin hari semakin tua.
Banyak diantaranya golongan muda yang berprestasi Luar Biasa, yang boleh
dijadikan suri tauladan untuk memacu adrenalin untuk boleh di jadikan contoh
berprestasi.
Tetap semangat! Selagi matahari bersinar, masih ada hari esok, masih ada
kesuksesan boleh diraih, kegagalan adalah "enjoy" yang tertunda, cepat
bangkit!. Berdoa dan berusaha dan ubah pikiran anda untuk bermindset sukses.
Bila sudah ? tinggal tunggu hasilnya.

 


sekian wassalam.

Bicara hati seorang wanita.

aAssalamualaikum dan salam sejahtera.

 

 

Bicara Hati Seorang Wanita

Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku...

 


Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

 

 

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan
penguat jiwa.

 


Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi

 


Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina AliDihantar pemergiannya tanpa bertanya
"Bila kan pulang?"
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan.

 


Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

 

 

sekian wassalam.

Isnin, 9 Februari 2009

Jangan Mudah Percaya Dengan orang

Jangan Mudah Pecaya Orang

 

 

Assalamualaikum dan salam sejatera.

 

di  dalam hidup yang penuh  mencabar ini, kita jangan mudah percaya kepada orang lebih-lebih lagi jika orang itu   baru kita kenali.

 

Hati manusia tidak sama. Bak kata orang rambut sama hitam hati lain-lain.

 

Tapi sekarang ni rambut pun dah banyak tak sama.

 

Bermacam-macam warna rambut kita dapat lihat.

 

Jika di zaman dahulu kala kita hanya lihat orang berambut hitam sahaja.

 

Cuma bila umur dah meningkat tua yang hitam akan bertukar menjadi putih.

 

Kalau ada rambut yang berwarna perang pun untuk orang mat salleh kata orang.

Jadi sedangkan rambut yang warna hitam pun mudah di tukar warna ini kan pula hati manusia.

 

Justeru itu usahlah kita mudah percaya bulat-bulat. Bukan saja kepada mereka yang baru kita kenali malah mereka yang telah lama kita kenali pun kadang-kadang akan mengambil kesempatan ke atas kita.

 

Lebih-lebih lagi sekarang ni saudara mara, adik beradik dan sebagainya pun kadang-kadang tak boleh dipercayai 100%.

 

Sebagai contuh, ada di antara  saudara mara atau adik beradik kita sendiri pun cuba nak  pinjam wang dari kita.

 

Masa mula-mula mereka minta nak pinjam tu punyalah manis bak kata orang pijak semut pun tak mati. dan berjanji akan pulang semula apa bila dapat gaji nanti.

 

Tapi bila dah dapat gaji batang hidungnya pun tak kelihatan.

 

Bila kita minta bermacam-macam alasan yang di beri.

 

Akibat dari itu juga akan berlaku perbalahan atau pecah belah antar kita dengan mereka.

 

Meski pun orang tua-tua ada mengatakan air yang di cincang  tak akan putus ini kan pula adik beradik.

 

Istilah ini mungkin tak  dapat   digunakan lagi bila berlakunya sesuatu keadaan yang tak di ingini.

 

Sudah banyak berlaku perkara-perkara yang tak di ingini  berlaku.

 

Akibat dari itu saudara mara atau adik beradik tidak bertegur sapa dan sebagainya.

 

Namu   apa yang hendak ku cerita kan di sini satu peristiwa buruk telah berlaku kepada salah seorang rakan di pejabatku.

 

Peristiwa atau kejadian ini berlaku pada minggu lepas.

 

Norhisham   rakan pejabatku itu seorang pemuda yang baik dan suka menolong orang.

 

Dia seorang bujang  dan kalau tak salah apa yang ku difahamikan dia tingggal seorang diri menyewa senuah rumah.

 

Pada suatu hari dua orang rakannya telah datang ke rumahnya kononnya nak mita tolong darinya.

 

Mereka ni baru sahaja dia kenali.

 

seperti biasa dia  akan menjemput mereka masuk ke rumah.

 

Setelah mereka masuk dan duduk, mereka pun  berbual seperti biasa.

 

Entah macam mana tiba-tiba,  salah seorang rakannya itu telah memukul kepala norhisham.

 

dia penic dan tak tahu nak buat apa Sedangkan pukulan bertalu-talu.

 

akhirnya dua orang yang boleh di sebut sebagai perompak

telah  membawa lari kereta, ., handset dan   wang.

 

Laporan  telah di buat semoga mereka  cepat di tangkap.

 

Atas rasa ehsan dan sempati kepada beliau satu kutipan untuk beliau telah dibuat.

 

Peristiwa ini juga telah mengingatkan aku kepada  satu kejadian yang pernah berlaku kepada diri aku sendiri.

 

Ianya telah berlaku kira-kira 19 tahun yang lalu iaitu dalam tahun 90.

 

Ketika itu  aku berkerja sementara di penang.

 

Hujung bulan aku pun dapat gaji walau pun tak sebarapa tapi alhamdulillah atas rezeki yang di kurniakan oleh allah kepada aku.

 

Aku masih ingat, hari itu hari sabtu.

 

Aku nak balik ke kampung ku di Alor Setar.

 

Setelah hampir 10 minit aku menunggu bas di Butterworthakhirntya bas yang ku tunggu pun sampai.

 

Aku duduk  di sebuah kerusi yang tak berapa jauh dari pemandu bas.

 

Tak berapa lama kemudian datang seorang wanita dan duduk di sebelahku.

 

Dia bertanya kepada aku nak ke mana.

 

Aku pun meberitahu dia yang aku  nak turun kat  Alor Setar.

 

 

Dia pun beritahu aku yang dia pun nak turun tempat yang sama dan berjanji akan memberitahu aku apa bila sampai.

 

Orangnya memang peramah dan baik hati. Dia memperkenalkan namanya sebagai   Ida dan berkerja di Ipoh sebagai angota polis wanita.

 

 

Mamacam-macam dari satu tajuk sampai ke satu tajuk termasuk dia menceritakan kisah keluarganya dan sebagainya.

 

Dia juga telah memberi aku sebiji buah limau dan tolong kopekan sekali untuk aku.

 

Tak lama kemudian dia bertanya pula tentang kad pengenalan  sama ada aku ada bawa atau tak.

 

Aku memberitahunya bahwa kad pengenalan  aku ada di dalam beg tangan.

 

Dia kata, dia nak tengok hanya sekadar nak buat pemereksaan  biasa sahaja dan akan kembalikan semula kad tersebut kepada ku.

 

 

Aku yang tak menarik shak apa-apa, dan memang faham akan tugas seorang anggota polis tambahan pula kebanyakan kaum keluargaku termasuk ayah dan abang aku berkerja sebagai anggota polis.

 

Di tambah pula dengan kata-kata manisnya itu membuat aku termakan juga.

 

Tampa berfikir panjang aku pun membuka beg tangan dan mengeluarkan beg kecil yang di dalamnya mengandungi kad pengenalanku dan wang rm80. Beg tersebut aku serahkan kepadanya.

 

Tak lama kemudian dia mengerahkan beg kecil itu kepada ku sambil menasihihatiku agar berhati-hati dan simpan kad pengenalan  baik-baik.

 

macam-macam nasihat yang berguna  di beri kepada aku.

 

 

Kemudian tampa rasa ragu dan shak wasangka aku terus masukan beg kecilku itu ke dalam beg tangan.

 

Lebih kurang 15 minit kemudian dia memberitahu aku yang dia nak turun.

 

Aku pun tanya kepadanya dah sampai ke Alor Setar?

 

Dia kata belum lagi dua tiga stesion sampailah tapi dia nak turun dulu sebab nak jumpa kawan.

 

Aku pun tak kata apa.Hanya mengucapkan terimakasih.

 

Tak lama kemudian bas pun sampai di Alor Setar.

 

Dengan menaiki sebuah lagi bas lalu aku pun sampai ke rumah ku dengan selamatnya.

 

Semasa di rumah entah macam mana tergerak di hatiku untuk membuka beg kecil atau beg duitku.

 

Alangkah terperanjatnya di dalam beg tersebut yang tinggal hanya sekeping kad pengenalan sedangkan wang di dalamnya dah tak ada.

 

Aku pun ceritalah kepada keluargaku apa yang berlaku.

 

Tapi ayahku tak percaya dia kata,

 

tak kanlah  lah orang sampai hati nak tipu orang cacat macam aku.

 

entah-entah duit tu jatuh kat mana-mana sebab aku tak nampak mana aku tahu kta ayahku.

 

Oleh kerena aku malas nak bertekak  dengan ayahku yang memang terkenal dia seorang  saja yang betul dan tak boleh bangkang maka aku mendiamkan diri saja.

 

Sejak hari itu aku dah tak percaya orang lagi.

 

 

Itulah kisah jangan terlalu mudah percaya kepada orang lain.

 

Semoga dua peristiwa  yang ku nyatakan tadi  menjadi peduman dan peringatan kepada kita terutama  mereka yang tergolong   dalam golongan OKU.

 

Berhati-hatilah dan berwaspadalah kepada mereka-mereka yang hendak menghulur bantuan kepada kita.

 

sekian wassalam.

Sabtu, 7 Februari 2009

Kembali ke blog

Sabtu 7 Februari 2009.

 

 

Setelah beberapa hari aku tak berkesempatan untuk  masuk dan menjengok ke blogku,  kini ku kembali semula.

 

Jika boleh setiap hari aku ingin singgah di blog ku ini tapi apa kan daya masa yang begitu terhad buat ku terutama jika hari kerja.

 

 

Siang aku sibuk di tempat kerja. Balik saja ke rumah dalam pukul lapan  mata dah mengantuk.

Tengah malam kira-kira dua lebih baru  aku sempat membuka laptop.

Itu untuk membaca dan membalas email-email yang berlambak-lambak masuk setiap hari.

 

 

Di samping itu aku juga terpaksa melihat email dari office ku sendiri.

Kerana dari situ lah aku akan mendapat tahu apa yang berlaku dan berita-berita terkini di pejabatku.

Aku juga akan membaca bebrapa surat khabar seperti kosmo, utasan  dan mymetro sekadar pengetahuanku.

Jika ada berita yang manarik aku akan forward kepada member-member yang mungkin tak berkesempatan membaca surat khabar kerana sibuk dengan tugas-tugas harian.

 

 

Jika ada masa aku juga akan masuk ke beberapa webside dan mencari artikal-artikal yang menarik  untuk di baca.

Kemudian aku juga akan forward artikal-artikal yang  menarik dan yang mempunyai pengetahuan am  ke bebrapa group yang ku sertai untuk di kongsi bersama dengan rakan-rakanku.

 

 

Beberapa   hari kebelakangan  ini juga ku dapati  streamyx di kawasan tempat aku tinggal agak lambat.

Line pula asyik terputus-putus.

 

 

Setelah aku call telekom bahagian internet baru ok sikit hari ni taklah terputus-putus sangat

 

 

Ini ada lah di sebabkan terdapat sebuah syarikat yang sedang giat memasang talian internet 

 

 

Syarikat yang ku maksudkan  tu ialah syarikat p1 wimax wireless     brod band.

Aku difahamkan syarikat tersebut di bawah streamyx.

 

Pemasangan di kawasan perumahan khas di kawasan DBKL sedang giat dijalankan.

 

 

Untuk peringkat percubaan ianya percuma.Namun keadaannya begitu slow  sekali.

 

 

Ianya boleh dianggap seperti sebatang paip kemudian disambung ke cawangan-cawangan atau saluran untuk di guna oleh orang ramai.

 

Jadi bayangkanlah. Menurut kata salah seorang jiranku, itu pun punyalah slow dan masa yang di beri pun agak terhad.

 

 

Sebab itu jugalah sehari dua ni aku malas nak hantar sebarang artikal ke group-group yang sering ku hantar.

Sebab internet  yang terlalu lembap.

 

 

Alhamdulillah hari ni ok dan kira-kira pukul 3.00  petang  telekom pun adacall nak pastikan sama ada line kami ok kah tak sebab menurut katanya mereka  ada  monitor  dan mereka dapati kami online  lama sepanjang hari ini.

 

Kira-kira pukul 12.00 lebih aku online dengan Teddybear.

 

Kami buat install skype4 dan live messager.

 

Sempat jugalah aku berchat dengan Faridah dari Brunei.

 

Perbualan kami terganggu kejap  sebab   ada call dari Mastura dari Perak.

Kemudian Faridah pun hilang mungkin time untuk dia mengajar dah tiba agaknya.

 

Pukul 3 lebih aku pun off laptop sebab dah lama sangat ianya online.

 

Itulah kegiatanku sepanjang hari ini.

 

 

semalam tinggal kenangan yang  tak mungkin berulang lagi

 

hari ini akan pasti jadi  sejarah.

 

esok tak pasti  apa akan terjadi.

 

 

sekian wassalam.

Rabu, 4 Februari 2009

tugas harianku

assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Semalam aku pergi kerja seperti biasa.  Pukul tujuh lebih Azizan rakan sepejabatku telah call dengan menggunakan nombor hanset my husband memberitahu dia nak ambil e.l. sebab nak ke pejabat DBKL.

 

Menurut katanya berlaku kebocoran di rumahnya.

 

Aku ketika itu bersiap-siap  hendak ke tempat kerja kerana giliran aku masuk pukul 8.00 pagi.

 

Sebenarnya pejabatku bermula tugas pukul 8.45 hingga 5.30 dari hari isnin hingga jumaat.

 

Tapi sebagai operator kami kena datang awal sikit ikut giliran buat oti kata orang.

 

Kalau sebelum ni aku dan Azizan ajer yang bergiliran buat oti.

 

 

Yakni, kalau aku oti sebelah pagi dari pukul 8.00 sampai 8.45 maka Azizan akan oti pada sebelah petang dari pukul 5.30 sampai 6.30.

 

Begitulah sebalik nya setiap minggu.

 

Seminggu aku pagi dan semunggu aku petang.

 

 

Namun biasanya aku lah yang terpaksa ambil oti sebelah pagi sebab Azizan selalu terlambat dan ada saja halnya.

 

Kebetulan aku pukul tujuh lebih memang  dah ada kat pejabat  sama ada aku buat oti atau tak aku akan sampai awal.

 

Tapi bermula bulan ini puan merdina senior manager kami,  meminta agar kami bergilir tiga orang.

 

Kalau nak ikut rakan kami yang seorang ni memang  tak nak buat oti terutama pada sebelah pagi dan sebab tu dia tak pernah buat oti pun.

 

Ini adalah kerana dita tinggal jauh yakni di Nilai. Setiap hari dia akan nak komuter dari Nilai ke KL dan biasanya lapan lebih dia akan sampai ke opis.

 

Kadang-kadang tu kalau komuter ada masalah rosak  kah, diler kah  atau sebagainya pukul 9.00 lbih baru dia akan sampai opis.

 

 

Kadang-kadang dia ada bawa kereta, tapi tu lah kalau dia bawa kereta belanjanyatinggi sehari rm25 termasuk bayar tol dan minyak. mana boleh tahan kalau macam tu.

 

 

 

Biasanya kalau  dia terlambat atau ada masalah komuter dia akan Sms ku dulu dan beritahu dia terlambat.

 

 

Setiap pagi dia akan   naik komuter pukul 6.30 setelah menghantar kedua anaknya ke sekolah.

 

Sebelum ni dia seorang ibu tunggal.  Jadi segalanya dia kena urus sendiri, sebab itulah kadang-kadang dia terlepas naik komuter 6.30 dan terpaksa naik pukul 7.00 itulah yang buat dia  selalu terlambat.

 

tapi pada 7. desember  tahun lepas dia telah berkahwin.

Ini lah di katakan jodoh. Walau pun lelaki tersebut muda 10 tahun dari dia dan belum pernah  berkahwin atas restu kedua-dua pihak akhirnya mereka pun berkahwin.

 

Jadi bila dah tiga orang bergilir-gilir maka jadualnya pun akan berubah. kalau dulu seminggu pagi dan seminggu petang, tapi sekarang ni ikut hari pula.

 

Jika semalam aku pagi maka hari ini aku kena oti petang pula.

 

Tugas di pejabat seperti biasalah. Call punyalah banyak tak berhenti-henti sebab biasanya kalau ada program atau  projek anjuran di pejabatku   maka sibuklah sikit kalau tak ada apa-apa program atau projek kurang lah sikit.  

 

Kebetulan sekarang satu program antarabangsa akan di adakan dalam bulan mac ni.

 

Jadi banyaklah call dari over sea yang  masuk bertanya itu dan ini.

 

Yang geram  tu bila kita sambung ke talian  atau staff yang berkenaan tak ada jawapan dah kita pula yang kena marah.

 

Tapi tak boleh nak disalahkan mereka lah kan sebab mereka call jauh dan bukan sekali dua yang mereka call malahan  berkali-kali tapi tak dapat bercakap dengan orang yang berkenaan.

 

Sebagai seorang operator kena marah, maki dan sebagainya tu dah jadi asam garam atau pun perkara biasa.

 

Kata orang kena banyak bersabarlah.Si caller ni pun satu juga kadang-kadang mereka tak tahu nak cakap dengan siapa dan berkenaan apa dan  sebagainya.

 

Terpaksalah kena kena bertanya itu dan ini untuk mendapatkan kepastian dan barulah kita dapat tangkap apa yang mereka nak.

 

Kadang-kadang masalah tu sikit tapi nak sampai ke matlamat yang sebenarnya kena pusing satu dunia  baru sampai padahal nak check atau nak buat pertukaran hak milik si mati sebagai contuh tapi dia punya cerita melerek-lerek entah ke  mana.

 

 

Semalam juga staff pun banyak suruh buat call out stesion yakni ke company-company yang tersenarai kat Bursa Malaysia  tak tahu sebab apa.

 

Pukul 1.00 aku keluar  dengan abang Shariff ke bank dan kemudian lunch kat puduraya yakni kedai abang gani kelantan. Kedai dia memang ramai orang selalu.  abang shariff  memang selalu juga makan kat kedai dia

 

Dia juga selalu bagi lauk free kalau ada yang tak habis seperti dia bagi sambal belacan, masak asam, ikan keli goreng dan sebagainya.

 

Pukul 2.00 tepat aku pun sampai kat opis.

 

Sambung tugas seperti biasa.

 

Pukul 4.00 lebih aku ke surau sebab belum sembahyang zohor  lagi.

 

Biasanya aku sembahyang bila masuk waktu zohor sebab setiap hari aku akan berlepak kat surau.

 

Lagi pun setiap hari memang ada ustaz yang di jemput beri kuliah sama ada di surau atau di dewan untuk ceramah bulanan.

 

 

Jadi kalau aku sembahyang zohor pukul 4.00 lebih biasanya aku akan tunggu pula sampai masuk waktu asar sebab kami sembahyang berjemaah dan kemudian ada pula ulasan hadhis.

 

Hujan punyalah lebat semasa aku  turun dari surau.

 

Pukul 5.30  aku pun balik dalam hujan aku dan abang shariff berjalan. nasib baik kat pejabat aku ada payung kalau tak susah juga.

 

itu pun basah juga.

 

sampai kat bawah flat pula. ada bebrapa orang bawa masuk barang dalam lip.

 

dah lah tunggu punya lama sebab  yang sebuah lagi lip tu rosak.

 

bila lip sampai mereka bawa masuk baran perabot pula.

 

mereka suruh kami masuk tapi nak masuk macam mana  barang banyak mungkin ada penghuni yang  tukar perabot kot.

 

akhirnya kami panjat tanggal sampai tingkat tujuh.  kalau nak   tunggu sampai pukul berapa baru boleh naik ke rumah.

 

tamat kisah semalam.\'

 

sekian wassalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Isnin, 2 Februari 2009

Hari ni aku bercuti lagi

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi  Maha penyayang.

Segala puji-pujian bagi Allah pencipta alam semesta.

 

Selawat dan salam ke atas junjungan

mulia kita nabi Muhammad SAW.

 

Tidak lupa juga selawat dan salam kepada kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang  kita kasihi.

 

Assalamualaikum dan salam    sejahtera.

 

hari ini 2 februari merupakan cuti umum  bagi mereka yang tinggal di Wilayah persekutuan

termasuk Puterajaya dan Labuan Sabah.

 

Ini adalah untuk menggantikan cuti wilayah yang sepatutnya di sambut  semalam  1 februari.

 

Tapi oleh kerana ianya jatuh pada hari ahad maka ia pun di ganti pada hari ini isnin 2 februari.

 

 

Sepanjang  hari ini aku tak ke mana hanya tinggal di rumah sahaja.

 

Oleh kerana tak ada  kerja rumah nak kusiapkan sebab semua dah selesai, cuma ada sebakul kain baju  sahaja yang belum ku lipat sebab biasanya aku lebih suka lipat dan megemas pakain pada waktu tengah malam yakni kira-kira dalam pukul 1 atau 2 malam.

 

lalu aku pun membuka laptop aku.

 

Pagi aku membaca beberapa surat khabar dan membalas serta menghantar email ke group komuniti dan group sinarislam.

 

Kira-kira pukul 12 lebih aku online melalui skype dengan abang Joe.

 

Aku minta dia tunjuk ajar cara-cara nak masuk webside ke airasia.

 

Sebelum ni aku dah masuk tapi yang aku nak cari sekarang ialah untuk   satu hala.

 

Kala dua hala tu aku tahulah car-cara nak membuatnya.

 

Ini adalah kerana kalau tak ada apa-apa halangan aku dan beberapa orang member akanpergi cuti-cuti Malaysia keBrunei dan Kuching.

 

Tarih yang di cadangkan  adalah dari 18 mac hingga 24 mac.

 

Kami akan bertolak dari KL ke Miri dan balik dari Kuching ke KL.

 

 

Harga kedua-dua hala tersebut adalah lebih kurang rm663  untuk 3 orang.

 

Ini bererti  setiap dari kami kena bayar lebih kurang rm221 seorang untuk airasia.

 

Masalahnya sekarang, bagai mana untuk  kami nak bertolak dari Miri ke Kuching kerana jaraknya agak jauh yakni kalau naik bas lebih kurang 13 atau 14 jam.

 

Menurut kata abang Joe   tambang basnya lebih kurang  rm80 seorang.

 

Sebenarnya member aku yang beria-ia nak ke Kuching sebab dia nak berjumpa sangat member dia yang dah berpuluh tahun tak berjumpa.

 

Setelah  semua di kira, aku pun menelepon member aku yang seorangni.

 

Rupanya dia berada kat Johor Bahru hari khamis baru balik ke KL.

 

 

Dia ni memang kaki jalan dan memandangkan dia dah biasa pergi Brunei dan Kuching jadi senanglah sikit.

 

 

aku pun bertanya sama ada dia setuju atau tak tarikh yang di cadangkan.

 

Menurut katanya  tarih yang aku cadankan tu tak sesuai baginya sebab membernya yang bertugas di brunei tidak ada pada tarih tersebut.

 

 

menurut katanya si polan  tu bakal suaminya dan tarikh yang aku pileh tu dia berada di Labuan menghadiri mesyuarat dan 25 baru balik ke Bunei.

  Menurut katanya lagi bakal suaminya tu adalah seorang business man.

 

   dan meminta aku ambil tarikh yang asal sebab dia dah beritahu kepada bakal suaminya yang dia akan sampai sekian hari bulan.

 

 

sebenarnya  asal cadangan aku ialah 25  sampai 31 mac.

 

Tapi apabila aku berbincang dengan member aku yang tinggal di brunei dia kata kalau  aku nak tengok sekolah kat sana se-elok-eloknya datang sebelum cuti sekolah   sebab di sana sekolah mereka mula bercuti pada 20 sampai 29 mac.

 

jadi kalau datang waktu cuti sekolah maka tak berkesempatanlah kami nak melawat sekolah sebab semua sekolah tutup. Jadi sebab itulah aku tukarkan pula dari 18 hingga 24 mac.

 

Yang seorang lagi tu dia tak kisah dia ikut saja bila  pergi.

 

 

Akhirnya untuk ambil jalan tengah aku pun terpaksa ubah semula tarikh tersebut dan bercadang akan bertolak pada  25 mac dan balik pada 1 april.

 

Jadi terpaksa pula aku masuk semula untuk tengok harga.

 

Kira-kira pukul 2.30 si teddy bear pula yang masuk setelah aku dan abang Joe berhenti online.

 

 

Aku suruh teddybear tunggu dulu sebab aku nak sembahyang zuhor dulu.

 

Selesai sembahyang aku pun online pula dengan teddybear.

 

 

 

Bual punya bual, dia pun   bertanya sama ada aku nak cuba internet explorer 8 ke tak?

 

Aku pun kata  bolehlah  cuba.

 

Lalu dia pun hantar file tersebut dan kami pun buatlah install dan setting untuk internet explorer 8.

 

Kira-kira pukul 4.00  lebih  baru semuanya selesai.

 

Dia kata  komputer  kena restart dua kali.

 

Sementara nak  menunggu laptop restart  teddybear pun pergi mandi dan sebagainya.

 

Tapi aku punya cuma sekali sahaja restart ia pun jadi seperti sediakala.

 

 

Teddybear kata

 

“apa fasal dia punya komputer kena restart dua kali sedangkan kakros cuma sekali sahaja dah ok?”

 

Aku pun jawab:

 

“Mana kakros tau hang punya kena dua kali.”

 

 

Apabila semua dah selesai aku pun  beritahu  teddybear yang aku nak off dulu sebab dah lama laptop aku ni on dari pagi tadi.

 

Dia pun kata ok.

 

Sebaik sahaja aku off laptop,lebih kurang pukul 4.30  hujan pun mula turun dengan lebatnya.

 

Aku pun selepas sembahyang asar terus tidur dan pukul 6.30 baru bangun dan hujan masih mencurah-curah lagi.

Itulah cerita aku sepanjang hari ini.

 

kepada teddybear kakros ucapkan terimakasih kerana telah menolong

kakros install dan buat setting  untuk  internet explorer8.

 

sekian wassalam.

 

Ahad, 1 Februari 2009

Ke rumah adik di Rawang Selanggor

 

Semalam  aku  berkesempatan ke rumah adikku  di rawang.

 

Pada mulanya aku dah berjandi dengan mereka nak pergi awal.

 

Tujuan asalnya nak  pergi tolong buat bubur asyura.

 

walau pun bulan muharram dah habis kami buat jugalah.

 

Tetapi oleh kerana pada pagi tu abang shariff telah membetulkan modem jadi kami pergi lambat sikit.

 

Dia telah menukarkan dari modem baru ke modem lama sebab yang baru ni internetnya lambat tak tahu kenapa.

 

bila di tukar yang lama ok pula.

 

Kira-kira pukul sebelas lebih baru kami turun dari rumah dan menaiki star-lrt.

 

Selalu tu kami naik monorial dan  turun di  KL-central.

 

Dari situ kami akan naik kpmuter dan terus ke rawang.

 

Memandangkan kat  situ   selalu ramai orang jadi kami turun di stesion tasik selatan dan dari situ kami nai komuter.

 

 

Sampai kat sungai buluh entah kenapa  lama pula ianya berhenti dan ramainya orang bangla  yang  naik.

 

Kemudian apabila sampai stesion Kkuang aku meneleponi adikku dengan menggunakan handset abang Shariff sebab malas nak ambil hanset ku yang berada dalam beg.

 

Dia kata di dalam hansetnya cuma ada rm1 sahaja.  dan suruh aku topup untuk dia.

 

Aku memberitahu tak apa.   nanti boleh di topup kemudian.

 

Sudah menjadi kebiasannya kalau sampai kat stesion rawang adik aku akan menjemput dan terus ke rumah mereka.

 

Kira-kira pukul satu lebih kami pun sampai di stesion rawang.

 

Orang punyalah ramai kat  situ.

 

 

Aku dan abang Shariff tunggu kat tepi kedai pancing kerana kat situ agak redup sikit.

 

Hari punya lah panas.

 

Tak lama kemudian kedengaran bunyi azan zuhor melalui handsetku.

 

Alamak dah pukul satu setengah rupanya ingatkan awal lagi.

 

Namapaknya bising lagilah adik iparku tu sebab tahun lepas pun macam ni juga kata nak datang awal dan tolong buat sama bubur tapi datang lambat.

 

Lebih kurang sepuluh minit lebih kami menunggu tapi tak juga   kelihatan rupa keretanya.

 

Sekali lagi aku menyuruh abang Shariff mendail nombor adikku itu.\

 

Rupanya dia dah sampai tapi menunggu di bahagian atas dekat kedai makan.

Tak lama kemudian dia pun sampai.

 

Sesampai di rumah adikku, anak buah ku Miza dah menunggu depan pintu dan menyambutku.

 

”Maklang sampai mai  dok kat kerusi.”

 

sambil menarik tanganku untuk duduk kat kerusi.


Anak buah ku yang seorang ni memang baik oranya suka menolong kalau kami sampai.

 

  Shimah atau dia panggil  mak ngah  datang dia pun akan buat benda yang sama.

 

 

Dalam baik ada nakalnya, mudah merajuk  dan mengamuk.

 

Kalau angin pasang sudah naik tak ada siapa  yang boleh lawan atau bantah buat tak tahu saja.

 

Oleh kerana aku nak ke tandas lalu aku pun memberitahunya bahwa maklang nak ke bilik air.

 

Dia kemudian nak tarik aku ke tandas pula.

 

Padahal bukan aku tak biasa dengan rumah tu tapi tulah dia suka sangat nak tolong.

 

Aku pun beritahu tak apa nanti maklang  pergi sendiri lagi pun maklang  nak buka tudung dan jubah dulu.

 

Selepas membuang air aku  dapati adik ipar ku  sibuk kat dapur.

 

“HAH puan Rosnah baru sampai. mana kata nak sampai pukul sepuluh ni dah pukul berapa?”

 

Aku memang dah dapat agak tentu itu yang akan di katakan oleh adik iparku tu.

 

Aku pun teranglah perkara yang sebenar dan sebab takut dia bising lagi aku terus tinggalkan dia di dapur dan duduk kat ruang tamu.

 

Adikku ke meja komputer  mungkin ada buat kerja opis kot.

 

Abang Shariff biasalah sampai rumah cari bantal dan berbaring atas kusyen  panjang.

 

Sedang aku menengok tv, anak buah aku pula datang mengacau dan mengusik itu dan ini.

 

Tiba-tiba kucing pun menyiau.

 

 

Aku memang    takut kucing suruh dia halau kucing tu keluar.

 

Tapi seperti yang ku nyatakan tadi di sebabkan anak buah ku ni seorang yang agak nakal dia megusik-usik aku  dengan  kucing.

sebab dia tahu aku memang takut kucing

Abah dia pun marah.

 

Namun dia mengacau lagi tapi kali ni bukan dengan kucing tetapi dengan kusyen pula suruh aku tangkap dia dan sebagainya.

 

 

Tak lama kemudian adik iparku datang dengan membawa sepinggan bubur asyura yang baru masak dan menyuruh aku merasa apa yang kurang.\

 

Sekali lagi anak buah aku kacau. orang nak makan dia pun nak makan juga.

 

Abah dia suruh dia pergi ambil kat ibunya di dapur dan jangan kacau maklang nak makan tapi dia   tetap nak juga yang aku makan.

 

Aku pun beri pinggan kepada dia. makan dua tiga sudu dan tak nak kemudian minta lagi.

 

hingga habis baju kurungku terkena bubur.

 

Selesai makan aku duduk lagi.

 

tak lama kemudian  anak buah aku kata nak pergi main kat luar tapi tak pergi pun sebaliknya mengacau lagi ajak main dengannya.

 

Aku pun layan ajerlah jadi macam budak-budak kejap.

 

Kira-kira pukul 3.00  adik iparku  pun ajak kami makan.

 

Dia kata hari ni tak masak nasi tapi  masak laksa.

 

Ketika aku nak ke meja makan anak buah aku kacau tapi di marahi ibunya dengan mencubit sikit.

 

Apa lagi dia pun merajuk dan masuk ke dalam bilik.

 

Selepas makan kami pun berehat sebentar dan berbual-bual sambil melipat baju.

 

Kira-kira pukul lima lebih adik iparku goreng pula keropok  kering dan keropok lekoh yang di belinya di trengganu minggu lepas.

 

Selesai makan dan minum kami pun bersiap-siap pulan untuk keluar sebab aku dan abang Shariff nak pergi tengok rumah kami yang kami beli di bukit sentosa tapi tak duduk sebab tak ada kemudahan awam terutama bas.

 

Malangnya  kunci yang abang Shariff   bawa tak boleh buka pintu mungkin dah berkarat.

 

Jadi kami pun tak dapat masuk ke rumah tersebut.

 

Kami kemudian ke pasar malam kerana menunggu kakak  ipar ku dan anak-anaknya yang sedang  membeli iakan dan sebagainya  kat pasar malam.

 

Sedangkan abang rosli ku  berada di balai polis bukit sentosa kerana ada kerja yang perlu diuruskan.

 

Pada mulanya kami nak ke rumah mereka di batang kali, untuk menghantar bubur asyura tapi oleh kerana abang aku ada tugas kat balai polis  manakala isterinya dan anak-anaknya berada di pasar malam maka kami tak jadi  ke rumahnya.

 

Sebaliknya kami hanya berkumpul dan berbual d salah sebuah restoran yang terdapat kat pasar malam.

 

tak lama kemudian abang rosli pun datang berbual sekejap dengan kami sebab kerjanya belum  selesai.

 

 

lebih kurang setengah jam lebih kami berada di situ sambil minum dan berbual lalu kami  beredah dari situ sebab nak menunaikan fardhu maghrib dan terus balik.

 

 

mana kala kakak iparku dan anak-anaknya menunggu kat balai sahaja sementara kerja-kerja abangku selesai.

 

nasib baik kat bilik menunggu ada tv jadi bolehlah mereka tengok tv.

 

Kira-kira pukul  9.30pm kami pun  sampai ke rumah dengan di hantar oleh mereka.

 

Oleh kerana anak buah ku dah terlena jadi mereka pun tak  singah dan terus balik.

  cuma hantar di bahagian bawah flat sahaja.

 

 

sebenarnya adik iparku suruh kami bermalam kat rumahnya tapi memandangkan hari ni 1 februari di sekolahnya ada sukan tahunan jadi malaslah.

 

tambahan pula   abang shariff jenis  yang tak suka tidur rumah orang jadi susahlah.

 

 

 

sekian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1februari 2009.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Hari    ini merupakan hari pertama aku memulakan blog ku.

 

sebenarnya sebelum ini aku  telah mempunyai  sebuahblog iaitu warna-warni kehidupan.

 

Aku menggunakan alamat,

warnawarni kehidupan.

 

 

Tetapi oleh kerana laptopku mengalami masalah dan aku terpaksa reformat maka habis hlang blog ku itu.

 

 

aku cuba masuk juga tapi tak boleh. apabila aku cuba taip alamt blog yang lama rupanya dah ada orang lain yang guna.

 

Oleh itu aku  cuba buat yang baru asal dari pertolongan teddybear.

 

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga blog ku ini.

 

mudah-mudah kali ini tak berlaku apa-apa masalah lagi.

 

 

Terimakasih teddybear kerana menolong kakros membuat blog ini.