Isnin, 9 Februari 2009

Jangan Mudah Percaya Dengan orang

Jangan Mudah Pecaya Orang

 

 

Assalamualaikum dan salam sejatera.

 

di  dalam hidup yang penuh  mencabar ini, kita jangan mudah percaya kepada orang lebih-lebih lagi jika orang itu   baru kita kenali.

 

Hati manusia tidak sama. Bak kata orang rambut sama hitam hati lain-lain.

 

Tapi sekarang ni rambut pun dah banyak tak sama.

 

Bermacam-macam warna rambut kita dapat lihat.

 

Jika di zaman dahulu kala kita hanya lihat orang berambut hitam sahaja.

 

Cuma bila umur dah meningkat tua yang hitam akan bertukar menjadi putih.

 

Kalau ada rambut yang berwarna perang pun untuk orang mat salleh kata orang.

Jadi sedangkan rambut yang warna hitam pun mudah di tukar warna ini kan pula hati manusia.

 

Justeru itu usahlah kita mudah percaya bulat-bulat. Bukan saja kepada mereka yang baru kita kenali malah mereka yang telah lama kita kenali pun kadang-kadang akan mengambil kesempatan ke atas kita.

 

Lebih-lebih lagi sekarang ni saudara mara, adik beradik dan sebagainya pun kadang-kadang tak boleh dipercayai 100%.

 

Sebagai contuh, ada di antara  saudara mara atau adik beradik kita sendiri pun cuba nak  pinjam wang dari kita.

 

Masa mula-mula mereka minta nak pinjam tu punyalah manis bak kata orang pijak semut pun tak mati. dan berjanji akan pulang semula apa bila dapat gaji nanti.

 

Tapi bila dah dapat gaji batang hidungnya pun tak kelihatan.

 

Bila kita minta bermacam-macam alasan yang di beri.

 

Akibat dari itu juga akan berlaku perbalahan atau pecah belah antar kita dengan mereka.

 

Meski pun orang tua-tua ada mengatakan air yang di cincang  tak akan putus ini kan pula adik beradik.

 

Istilah ini mungkin tak  dapat   digunakan lagi bila berlakunya sesuatu keadaan yang tak di ingini.

 

Sudah banyak berlaku perkara-perkara yang tak di ingini  berlaku.

 

Akibat dari itu saudara mara atau adik beradik tidak bertegur sapa dan sebagainya.

 

Namu   apa yang hendak ku cerita kan di sini satu peristiwa buruk telah berlaku kepada salah seorang rakan di pejabatku.

 

Peristiwa atau kejadian ini berlaku pada minggu lepas.

 

Norhisham   rakan pejabatku itu seorang pemuda yang baik dan suka menolong orang.

 

Dia seorang bujang  dan kalau tak salah apa yang ku difahamikan dia tingggal seorang diri menyewa senuah rumah.

 

Pada suatu hari dua orang rakannya telah datang ke rumahnya kononnya nak mita tolong darinya.

 

Mereka ni baru sahaja dia kenali.

 

seperti biasa dia  akan menjemput mereka masuk ke rumah.

 

Setelah mereka masuk dan duduk, mereka pun  berbual seperti biasa.

 

Entah macam mana tiba-tiba,  salah seorang rakannya itu telah memukul kepala norhisham.

 

dia penic dan tak tahu nak buat apa Sedangkan pukulan bertalu-talu.

 

akhirnya dua orang yang boleh di sebut sebagai perompak

telah  membawa lari kereta, ., handset dan   wang.

 

Laporan  telah di buat semoga mereka  cepat di tangkap.

 

Atas rasa ehsan dan sempati kepada beliau satu kutipan untuk beliau telah dibuat.

 

Peristiwa ini juga telah mengingatkan aku kepada  satu kejadian yang pernah berlaku kepada diri aku sendiri.

 

Ianya telah berlaku kira-kira 19 tahun yang lalu iaitu dalam tahun 90.

 

Ketika itu  aku berkerja sementara di penang.

 

Hujung bulan aku pun dapat gaji walau pun tak sebarapa tapi alhamdulillah atas rezeki yang di kurniakan oleh allah kepada aku.

 

Aku masih ingat, hari itu hari sabtu.

 

Aku nak balik ke kampung ku di Alor Setar.

 

Setelah hampir 10 minit aku menunggu bas di Butterworthakhirntya bas yang ku tunggu pun sampai.

 

Aku duduk  di sebuah kerusi yang tak berapa jauh dari pemandu bas.

 

Tak berapa lama kemudian datang seorang wanita dan duduk di sebelahku.

 

Dia bertanya kepada aku nak ke mana.

 

Aku pun meberitahu dia yang aku  nak turun kat  Alor Setar.

 

 

Dia pun beritahu aku yang dia pun nak turun tempat yang sama dan berjanji akan memberitahu aku apa bila sampai.

 

Orangnya memang peramah dan baik hati. Dia memperkenalkan namanya sebagai   Ida dan berkerja di Ipoh sebagai angota polis wanita.

 

 

Mamacam-macam dari satu tajuk sampai ke satu tajuk termasuk dia menceritakan kisah keluarganya dan sebagainya.

 

Dia juga telah memberi aku sebiji buah limau dan tolong kopekan sekali untuk aku.

 

Tak lama kemudian dia bertanya pula tentang kad pengenalan  sama ada aku ada bawa atau tak.

 

Aku memberitahunya bahwa kad pengenalan  aku ada di dalam beg tangan.

 

Dia kata, dia nak tengok hanya sekadar nak buat pemereksaan  biasa sahaja dan akan kembalikan semula kad tersebut kepada ku.

 

 

Aku yang tak menarik shak apa-apa, dan memang faham akan tugas seorang anggota polis tambahan pula kebanyakan kaum keluargaku termasuk ayah dan abang aku berkerja sebagai anggota polis.

 

Di tambah pula dengan kata-kata manisnya itu membuat aku termakan juga.

 

Tampa berfikir panjang aku pun membuka beg tangan dan mengeluarkan beg kecil yang di dalamnya mengandungi kad pengenalanku dan wang rm80. Beg tersebut aku serahkan kepadanya.

 

Tak lama kemudian dia mengerahkan beg kecil itu kepada ku sambil menasihihatiku agar berhati-hati dan simpan kad pengenalan  baik-baik.

 

macam-macam nasihat yang berguna  di beri kepada aku.

 

 

Kemudian tampa rasa ragu dan shak wasangka aku terus masukan beg kecilku itu ke dalam beg tangan.

 

Lebih kurang 15 minit kemudian dia memberitahu aku yang dia nak turun.

 

Aku pun tanya kepadanya dah sampai ke Alor Setar?

 

Dia kata belum lagi dua tiga stesion sampailah tapi dia nak turun dulu sebab nak jumpa kawan.

 

Aku pun tak kata apa.Hanya mengucapkan terimakasih.

 

Tak lama kemudian bas pun sampai di Alor Setar.

 

Dengan menaiki sebuah lagi bas lalu aku pun sampai ke rumah ku dengan selamatnya.

 

Semasa di rumah entah macam mana tergerak di hatiku untuk membuka beg kecil atau beg duitku.

 

Alangkah terperanjatnya di dalam beg tersebut yang tinggal hanya sekeping kad pengenalan sedangkan wang di dalamnya dah tak ada.

 

Aku pun ceritalah kepada keluargaku apa yang berlaku.

 

Tapi ayahku tak percaya dia kata,

 

tak kanlah  lah orang sampai hati nak tipu orang cacat macam aku.

 

entah-entah duit tu jatuh kat mana-mana sebab aku tak nampak mana aku tahu kta ayahku.

 

Oleh kerena aku malas nak bertekak  dengan ayahku yang memang terkenal dia seorang  saja yang betul dan tak boleh bangkang maka aku mendiamkan diri saja.

 

Sejak hari itu aku dah tak percaya orang lagi.

 

 

Itulah kisah jangan terlalu mudah percaya kepada orang lain.

 

Semoga dua peristiwa  yang ku nyatakan tadi  menjadi peduman dan peringatan kepada kita terutama  mereka yang tergolong   dalam golongan OKU.

 

Berhati-hatilah dan berwaspadalah kepada mereka-mereka yang hendak menghulur bantuan kepada kita.

 

sekian wassalam.

1 ulasan: