Khamis, 19 Mac 2009

Cuaca.

 

Assalamualaikum.

 

Rasanya dah lama aku tidak menjengok ke blog ku.  Ini adalah kerana  keadaan kasihatan yang tak mengizinkan. Maklumlah boleh di katakan hampir setiap hari Kuala Lumpur di sirami hujan tidak kira sama ada pagi, petang dan ada kalanya hampir sepanjang hari.

 

Bila cuaca tak menentu maka kesihatan juga tak menentu jugalah.

 

Hingga ke hari ni sebenarnya kesihatan  ku masih belum pulih sepenuhnya. seselma masih menyerang aku.

 

Seperti biasa jugalah setiap kali apa bila hujan turun membasahi bumi Kuala Lumpur maka di sana sini air bertakung.  Keadaan bertambah buruk   kalau hujan turun dengan lebatnya  tidak berhenti dalam masa dua atau tiga jam lalu berlakulah banjir kilat.

 

Pada aku biar hujan pada sebelah tengah hari atau petang daripada hujan di waktu pagi. Ini adalah kerana jika hujan pada  waktu pagi, susah sikit  nak ke tempat kerja terutama bila hujan lebat  atau disertai dengan angin.

 

Walau pun ada payung tapi kalau dah terlalu lebat atau ada angin yang agak kuat sudah  tentu  sukar sikit bagi kami yang berjalan kaki dari rumah ke stetion star LRT yang memakan masa lebih kurang 10 minit. Bisanya pada waktu pagi kawasan tempat aku tinggal agak sibuk sikit dengan kenderaan yang lalu lalang maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri.

 

Yang  dewasa sibuk nak ke tempat kerja manakala yang kanak-kanak atau pelajar-pelajar  sibuk nak ke sekolah. Walau bagai mana pun minggu ni kurang sibuk  sebab sekolah tutup untuk penggal  pertama tahun ini.

 

Biasanya kalau hujan d waktu pagi aku terpaksa bawa extra  sarung kaki dan kasut maklumlah air akan bertakung sana dan sini. Tempat yang selalu ditakungi air ialah depan tangga star-LRT  menuju ke puduraya.Satu lagi di hadapan nak masuk ke kawasan pejabatku air akan bertakung juga. 

 

Sampai saja kat kawasan yang ada takungan air  biasanya husband ku suruh aku lompat sebab mengelakan diri dariada masuk ke dalam air.

 

Namun kadang kala termasuk juga sebab air yang terlalu banyak bertakung.

Akibat  dari pada itu juga hujung baju ku  selalu  basah.Nasib baik di tempat kerja aku pakai uniform jadi dapatlah aku keringkan bajuku yang dah basah tu. 

 

Di pejabat pula   aircon punyalah sejuk kalau waktu hujan. Aku pula  mempunyai penyakit kalau sejuk maka kerap akan ke bilik air sebab tak tahan sejuk.

 

Bila musim hujan ramailah yang demam, seselma, batuk dan sebagainya.

 

 

Justeru itu tidak terkecuali aku  dapat seselma. Alhamdulillah tak demam atau batuk.  Cuma  hampir-hampir nak demam tu adalah.

Ini mengingatkan aku ketika aku mengikuti satu rombongan ke Kelantan dan Trrengganu tahun lepas, hujan telah turun boleh dikatakan  sepanjang hari.  Keadaan di sana pun lebih kurang macam kat KL juga air bertakung sana sini terutama bahagian tepi jalan.

 

Minta-minta pagi ini  janganlah hujan turun   macam semalam.

 

Walau bagai mana pun hujan itu adalah rahmat  dari Allah.  sebagai manusia kita kenalah terima dengan rasa kesyukuran.

sekian wassalam.

Selasa, 10 Mac 2009

Assalamualaikum.

Rasanya dah lama aku tak men jengok ke rumah ku ini. Di sebabkan ke sentukkan masa maka aku tak berkesempatan untuk menjengok rumahku yang baru di bina ini.

 

Siang aku berkerja.  Sampai rumah dah pukul enam lebih, itu pun  kalau aku tak  buat over time.

Kalau buat over time pukul tujuh lebih aku sampai rumah.

 

 

Walau pun jarak antara rumah ku dengan tempat aku bekerja tidak jauh hanya naik satu stetion saja dari pejabat ke rumah dengan menaiki star-LRT.   Tapi sejak satu projek sedang di jalankan di kawasan berhampiran star-LRT  maka banyak jalan-jalan yang telah di tutup.

 

 

Akibatnya terpaksa ikut jalan yang agak jauh sikit untuk sampai ke flat tempat aku tinggal.

 

 

Aku dan husband hanya menyewa sebuah rumah flat dewan bandaraya Kuala Lumpur atau di kenali dengan DBKL.  Kawasannya agak ok juga sebab banyak kemudahan yang terdapat di kawasan tempat aku tinggal.

 

 

 

Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat ialah berhampiran dengan stetion monoriel, kedai runcit, kedai makan, beberapa buah klinik dan bank, pejabat kecil DBKL, pasar dan sebagainya.

 

Terdapat deretan kedai yang menjual kain baju secara borong.  Selain daripada itu juga terdapat sebuah masjid yang baru di bina yakni Masjid Al-bokhari.  Pendek kata semuany ada.

 

Tiga hari bercuti yakni termasuk cuti umum kerana menyambut maudulrasul aku tak ke mana hanya tinggal di rumah sahaja. Pada mulanya bercadang nak balik ke rumah mak mertuaku di Gombak, tapi cucu-cucunya pula bawa dia ke Melaka lalu tak jadilah aku ke rumahnya.

 

 

Walau bagai mana pun pada hari sabtu aku dan husband  telah pergi ke MAB Brickfields kerana membeli barang-barang yang di pesan oleh beberapa orang rakanku yang tinggal di Brunei sebab kalau tak ada apa-apa halangan insya allah  aku dan dua orang rakanku akan terbang ke sana pada 25 mac.

Kami akan berada di sana sampai 30 mac dan kemudian akan bertolak ke Kuching dan balik semula ke KL pada malam 1 april.

 

Setelah membeli barangan yang di perlukan, kami ke Jalan Masjid India membeli sebuah beg pakaia  dan beberapa barangan lain.

Pukul satu lebih kami pun balik sebab kami takut terperangkap di dalam  kesesakan jalanraya kerana pada hati itu satu  perhimpunan yang telah dirancangn oleh pihak-pihak tertentu  di adakan.

 

 

Terdapat tiga tempat yang dikenal pasti mengadakan perhimpunan tersebut dan salah satunya di kawasan sogo.

Banyak  jalan-jalan telah di adakan road blok oleh pihak polis. Ini menyebabkan jalan semakin sesak.

 

 

Swebenarnya tujuan perhimpunan diadakan ialah kerana membantah penggunaan bahasa ingeris dalam mata  pelajaran sains dan matmetik. 

 

 

Pada hari ahad, secara tiba-tiba salah satu akaun gmail aku pula ada masalah.  Nasib baik Teddybear salah seorang member ku yang mahir bab-bab komputer telah mengajar aku semula untuk membuat akaun tersebut akhirnya alhamdulillah ianya dapat di selesaikan dengan baik. Tetapi selepas akaun tersebut selesai, pada pada keesokan harinya aku dapati punyalah banyak email-emai yang masuk.  Yang teruk tu, email yang lama-malam yang dah aku baca dan delete masuk semula.  Ianya bermula dari bulan januari 2009 punya email.

 

 

Teruk jugalah kerjaku mendelete email-email yang masuk itu.

 

 

Pada sebelah petang  ahad,  aku telah menelepon Zahari atau lebih mesra dengan panggilan along meminta agar dia mengajar aku cara-cara nak transfer dari cd ke laptop.Ini adalah kerana aku telah membeli beberapa    keping cd lagu-lagu lama.

 

 

Aku sebenarnya memang minat buat kolesi lagu-lagu lama terutama lagu-lagu sekitar tahun enampuluhan dan tujuhpuluhan.

  Banyak kenangan-kenangan pahit manis terdapat dalam lagu-lagu sekadar tahun tersebut.

 

Terimakasih along kerana telah mengajar aku.

 

 

Pada mulanya sevgalanya ok tak ada apa-apa masalah.

Proses transer dilakukan dengan elok tanpa sebarang masalah.

 

Namun pada keesokan harinya pula apa bila aku membuka semula lagu-lagu tersebut kerana aku nak edit atau nak tulis  tajuk-tajuk lagu tersebut, aku dapati masalah untuk memberhentikan lagu-lagu tersebut tak boleh.

 

 

Puas berbagai-bagai cara aku lakukan tapi tak boleh juga. Aku tak tahu apa puncanya. Apakah sebab pada semalamnya ada ada buat update beberapa program dengan Teddybar yang menyebabkan laptop ku tak boleh memberhentikan cd-cd tersebut?

 

Aku pun lalu menelepon Teddybear.  Pada mulanya dia mengajar aku melalui telepon, setelah di cjuba beberapa kali namun tak berjaya juga dan akhirnya dia minta aku masuk skype saja lalu dia pun mengajar aku melalui skype.

 

Pua juga dia cuba dan dia pun merasa hairan kenapa hal tersebut boleh terjadi.

 

Dia kemudian, menyuruh aku tekan itu dan ini aku hanya mengikut arahannya  sahaja.

 

Akhirnya dia pun dapat cari apa puncanya dan rupanya ianya perlu di lakukan satu setting iaitu dari wma ke mp3.

 

 

 

 

Oleh kerana dia pun dah lama tak buat jadi dia pun dah agak terlupa  maka kami pun cuba membuatnya bersama.  

 

 

Akhirnya atas kepandaiann yang dia miliki akhirnya masalah tersebut telah boleh diselesaikan degan selamatnya.

 

Sekali lagi terimakasih Teddybear.

 

sekian wassalam.

Selasa, 3 Mac 2009

Program di hari minggu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Semalam adalah hari ahad.Seperti biasa hari ahad dan sabtu aku tak bekerja.  Seperti biasalah kalau hujung-hujung  minggu aku akan  mengemas rumah dan membuat apa-apa yang patut.Biasanya aku buat selepas selesai   sembahyang subuh.

 

 

Aku tak suka tidur semula lepas sembahyang subuh. Kalau aku tidur juga nanti kepala aku jadi pening. Kecualilah kalau mengantuk  sangat baru aku tidur itu pun sekejap. Jadi lebih baik aku buat kerja rumah atau buka laptop.

 

 

Kalau aku dah kemas pada hari sabtu jadi hari ahad aku tak perlu kemas lagilah.   

Oleh kerana di rumah cuma kami berdua sahaja iaitu aku dan husband jadi rumah pun taklah bersepah  sangat.

Cuma terdapat habuk-habuk sahaja.  Maklumlah tinggal di rumah flat habuk memang tak boleh di elakan.

Walau pun kita sapu dan mok lantai namun habuk tetap ada.

Lebih-lebih lagi kalau guna karpet  lagi lah berhabuk.

 

 

Oleh kerana pada hari sabtu aku dah kemas jadi aku pun tak ada apa-apa nak buat.  Jadi aku pun on laptop aku.

 

 

Seperti  biasa, aku makan nasi untuk breakfast. Jadi lunch time aku tak perlu makan lagi sebab kenyangnya sampai ke petang.

Cuma my husband saja yang tak suka makan nasi untuk  breakfast.Dia juga tak suka makan breakfast awal pagi.

 

 

Pukul 9.00 lebih baru dia  turun ke bawah untuk cari breakfast 

di kawasan flat tempat  aku tinggal   terdapat beberapa buah kedai makan dan gerai yang menjual makanan.

Kadang-kadang dia makan di bawah dan kadang-kadang dia bawa naik   makan di rumah saja.

 

 

 

Kemudian  husband ku kata air tak ada dan tak tahu apa puncaknya sama ada pihak DBKL  suci tangki atau paip pecah.

 

 

Pukul 9.30 biasanya aku akan buka siaran warna singapore untuk mendengar pentas radio yang di siarkan pada pukul 10.05  pagi.

 

  Sememangnya ddari kecil lagi aku memang gemar mendengar siaran pentas radio. Jika dulu kita boleh mendengarnya melalui radio,

tapi sekarang dah tak boleh. Kena on internet untuk masuk ke siaran  warna.  Itu pun siarannya tak berapa elok

sebab sering berlaku siaran terputus-putus. Kadang-kadang geram juga bila kita tengah sedap mendengar cerita menarik kat warna tiba-tiba senyap. Kena tunggu kemudian berbunyi semula. Ada masa tu lama baru pulih balik.  Yang geram tu bila cakap dua tiga patah perkataan putus. Itu biasanya berlaku bila internet  tak elok atau ada masalah kabel.

Kalau  internet dan   kabel  ok maka masalah putus-putus kuranglah berlaku.

 

 

Kira-kira pukul 11.00 lebih mulalah bunyi bising di bawah flat ku sebab ada kenduri kahwin. Bukan bising bunyi suara orang bercakap sebab aku tinggal di tingkat7 tapi bising bunyi mereka pasang CD memainkan  lagu-lagu pengantin.

 

 

Pukul 1.30 aku pun menunaikan sembahyang zuhor dan bersiap untuk ke Cheras sebab biasanya pada hari ahad aku dan seorang lagi rakanku iaitu Hamenah  akan ke sana untuk mengikuti klas mengaji al quran

 

 

Pukul 2.00 lebih aku dan husband dah sampai  di bawah kondo  sebab biasanya di situ senang sikit nak dapatkan teksi.

  Hampir 10 minit baru Hamenah  termuncul. Dia tinggal di flat Seri Selanggor atau di kenali juga dengan nama Samping flat. Sedangkan aku tinggal di flat Seri Serawak. Jaraknya taklah berapa jauh lebih kurang 10  hingga 20 minit sampailah     tak lama kemudian teksi pun sampai

Kami sampai di Cheras lebih kurang pukul 2.50 petang. 

 

 

Sesampai sahaja kak rumah Kurafeah tapi lebih mesra dengan panggilan kak Ku saja  yang mengajar kami mengaji sedang menunaikan sembahyang zuhor.

 

Sementara menunggu kak Ku  selesai menunaikan sembahyang,  kami  pun berbual sekejap dengan husband kak Ku iaitu abangt Zainal.

 

 

Tiba-tiba ku dapati tongkat ku tak ada dalam bbeg.  Ini sudah pasti tongkat aku tercicir dalam teksi semasa aku nak keluar tadi.  Sebab kata Hamenah dia tak dengar pun bunyi tongkat aku jatuh. 

 

 

Biasanya klas kami bermula pada pukul 3.00 dan tamat dalam pukul 4.30 petang.

Selepas mengaji, kami pun berbual sambil  minum tea dan makan biskut sementara  menunggu kak Aishah dan Nurul datang sebab kami akan ke rumah kak Azizah lebih mesra dengan panggilan kakci.  yang juga tinggal di Cheras tapi di flat Seri Pulau Pinang sedangkan  rumah kak Ku   di flat Seri Sabah.

 

 

Sedang kami berbual kak Aisah pun call dan suruh kami turun dan tunggu di bawah sebab mereka pun dah nak turun.

 

 

Lalu aku dan Hamenah  a  pun turun dan menunggu mereka dua beranak di tepi tangga.

Kami pergi dengan kereta, Nurul yang bawa.Masa tu hujan dah mulai turun. 

 

 

Sebelum kami ke rumah kak Azizah kami ke Brickfields mengambil abang  Yusoff  suami kak Aishah. .

 

Tujuan kami ke rumah kak Azizah  lah kerana pada hari jumaat yang baru lalu abang  Said suami kak Azizah  baru meninggal dunia.  Jadi kami tak sempat nak ziarah pada hari tersebut.

 

 

Kalau tak salah  aku pukul  lima lebih kami sampai di rumah kak Azizah. .  Waktu tu hujan dah mula turun  lebat dan kedengaran bunyi guruh yang agak kuat juga.

 

 

Di rumahnya yang ada ketika itu dia dengan anak perempuannya iaitu Maisarah serta dua tiga orang cucu-cucunya iaitu anak kepada Maisara dan anak kepada anak sulungnya iaitu Nasran.  Maisarah pun sedang sarat mengandung kalau tak silap aku sebulan dua lagi dia akan melahirkan anaknya yang ketiga.

 

 

Lebih kurang setengah jam lebih,  kami berada di rumah kak Azizah kami pun minta diri   sebab aku dan Hamenah  nak balik lagi pun kami berdua belum lagi sembahyang asar. Setelah bersalam-salaman,  kami pun turun dan Nurul hantar kami dekat stetion teksi  yang berhampiran dengan flat tersebut.

 

 

Lama juga aku dan Hamenah menunggu teksi.  Hujan pada ketika itu dah mulai renyai-renyai.  Akhirnya teksi pun sampai dan kami sampai di rumah masing-masing kira-kira pukul tujuh lebih.  Sempatlah aku menunaikan fardhu asar.

 

 

Sekian wassalam.

Ahad, 1 Mac 2009

Kenangan Ketika Bekerja di Bengkel Sampul surat Alor Setar. bahagian kedua.

 

Bengkel membuat sampul surat sebenarnya di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM.

  ianya juga adalah di bawah pengurusan  seorang pak haji kalau tak silap namanya Haji Shahabuddin.  Dia jarang datang dalam seminggu  lebih kurang sekali atau dua kali sahaja.  Itu pun biasanya dia akan terus masuk ke bilik atau ke pejabat encik Sabri berbincang atas  urusan kerja.

 

 

Dia jarang berbual dengan kami tak tahulah mungkin dia segan kot maklumlah pekerja-pekerja di bengkel tersebut semuanya   wanita sedang kan dia  seorang pak haji dan seorang yang normal pula.

 

 

Sebenarnya sampul-sampul surat yang kami buat adalah berdasarkan permintaan yang di minta.

  Kalau banyak permintaan maka banyaklah sampul yang perlu kami siap.

 

 

Biasanya kami dapat  permintaan atau tender dari ajensi-ajensi kerajaan termasuk dari pihak hospital.

Sebab itulah di sampul surat tersebut akan ada cop mohor raja.  Terdapat tiga jenis saiz. Iaitu,

 

 

Yang  pertama saiz terkecil.

Yang kedua sederhana dan

Yang ketiga, besar biasanya digunakan untuk x-tray.

 

 

Bayaran yang di beri juga mengikut saiz sampul surat.

Yang kecil biasanya RM2.00 untuk seribu sampul surat.

Yang sederhana RM2.50 untuk seribu sampul surat

dan RM5.00 500 sampul surat untuk saiz yang besar.

 

 

 

Proses membuat sampul surat tersebut adalah bermula setelah mr Bala telah memotong kertas-kertas tersebut mengikut saiz.

Kami akan mengambil dan membawa kertas-kertas tersebut ke meja atau tempat masing-masing.

  Kemudian kertas tersebut akan di lipat bahagian tepi mengikut garisan.Lipatannya perlu betul dan kemas, jika tak nanti berlubang atau bocor  bahagian bawah dan sudah tentu akan di reject atau di tolak.

 

 

 

Setelah lipat kena sapu gam di  tengah-tengah lipatan.  Bahagian ini biasanya bagiOKU penglihatan susah sikit sebab ianya tak boleh sikit pun kotor dan ianya memerlukan mata.  Sedangkan mereka yang mempunyai penglihatan yang ok pun selalu berlaku titik-titik gam ini kan kita yang tak nampak.

 

 

Oleh itu aku  biasanya buat bahagian lipat dan kira  jumlah sampul yang mereka dahsiap   gam sampul-sampul tersebut di susun 25 keping dan di ikat.

Kemudian aku akan  susun dalam kotak.  Setiap kotak boleh muat 200 sampul.      Ini adalah untuk memudahkan pihak JKM membuat bayaran.

 

 

Oleh kerana terlalu banyak sampul yang perlu kami siap maka kami bekerja sampai ke malam.

Kami cuma berhenti bila waktu makan dan  sembahyang. Kami bekerja dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 5.00 petang kalau nak ikut waktu pejabat. Oleh kerana tak sempat nak siap jadi kami pun sambunglah sampai malam.

 

 

Khamis separuh hari manakala jumaat hari cuti tapi untuk menambahkan pendapatan kami buat juga lah kalau tak ke mana-mana. Selain daripada kami mendapat bayaran hasil dari  membuat sampul, kami juga dapa elaun dari JKM  iaitu RM50 sebulan pada ketika itu.

 

 

Setiap hujung  bulan,   puanm Ainun atau puan Zakiah dari JKM akan datang membuat bayaran kepada kami termasuk bagi elaun atau EPC  kepada kami.

 

 

Kalau nak ikut memanglah tak cukup pendapatan yang kami perolehi tu, tapi nasib baik  makan dan minum  di taja atau di beri oleh pihak JKM.

 

 

Setiap hari pegawai dari JKM akan datang membawa barang-barang untuk di masak seperti  ikan, sayur-sayuran, bawang, cili, minyak masak  dan sebagainya.  Kak Saerah lah yang akan masak untuk kami semua.

 

 

Kak Saerah ni seorang yang normal tapi dia ada masalah keluarga.

  Dia sudah pun berkahwin dengan seorang warga Indonesia dan  mempunyai dua orang anak.

  Yang lelaki bernama  Mohd Hanipa ketika itu berusia 4 atau 5 tahun.

  Manakala seorang lagi perumpuan bernama Siti Munira berusia 1 tahun lebih.

Suaminya  tidak tinggal di situ sebab dia bekerja kontrak   di Johor  dan sebulan atau dua bulan  sekali  baru dia balik tengok anak dan isterinya.

Biasanya  kak Saerah dan anak-anaknya akan tidur di bahagian dapur sebab ruang dapur besar dan di situ terdapat sebuah  katil besar yang terletak di satu sudut.

 

 

Jadi mudahlah kalau suaminya datang   sesekali ke bengkel tersebut.

  Kebetulan pula bilik air terletak di bahagian luar belakang   dapur.  Jadi kalau nak ke bilik air waktu tengah  malam tak lah takut

sebab Kak Saerah tidur di situ.

 

 

Sebenarnya bengkel tersebut adalah  sebuah bangunan bekas  penjara lama yang di gunakan untuk hukuman gantung.

Walau pun ianya terletak di tepi jalan, tapi agak  ke dalam sedikit dan jauh dari rumah orang.

Di bahagian belakang bengel tersebut terdapat hutan dan kebun sayur kepunyaan taukeh cina.

 

 

Kemudahan telepon tak ada kalau nak telepon terpaksa berjalan keluar kena seberang jalan,

  ke rumah flat yang letaknya lebih kurang 100 meter kalau tak salah aku.

Pada waktu malam memang  agak sunyi yang kedengaran hanyalah kenderaan yang lalu lalang sahaja.

 

 

Namun nasib baik ada sebuah tv   di sediakan dan di letak  di bahagian  dapur berhadapan dengan tempat kami bekerja.

 

Sebelum kami tinggal   di situ,   terdapat sekumpulan pekerja-pekerja lelaki lebih kurang 20 orang   yang OKU   bekerja buat sampul surat dan  tinggal di situ.

 

Menmurut kata mereka semasa mereka tinggal di situ hampir setiap malam mereka akan  terdengar   bumyi orang mandi dan air selalu terbuka di bilik air.

 

Bila mereka pergi tengok tak ada orang pun dan keadaan bilik air atau bilik mandi biasa saja.Mereka  juga pernah nampak ada lembaga yang memakai pakaian warna putih  melintasi tempat mereka terutama pada waktu tengah malam.

 

 

Alhamdulillah semasa kami tinggal di situ belum pernah lagi terdengar orang mandi di bilik air.Tapi pernah orang ternampak kelabat lembaga   lalu dalam bengel

 

 

Sebenarnya bangunan atau bengel tersebuat kawasannya agak luas dan besar. Ianya terbahagi  kepada beberapa bahagian.

Kami cuma guna tiga bahagian sahaja. iaitu bahagian tengah tempat kami bbuat sampul surat, bilik sebelah belakang iaitu dapur dan bilik sebelah kanan hujung sebagai bilik tidur.

 

 

Manakala bilik sebelah kiri hujung kosong.  Tapi di bahagian situ agak seram sikit sebab gelap.

Tapi di dalam bilik tersebut ada terdapat beberapa buah katil dan entah apa-apa barang termasuk tali. Aku difahamkan di situlah tempat banduan-banduan menjalani hukuman gantung.

 

 

 

Aku pernah masuk ke situ sebab nak tahu apa yang ada budak-budak lain semuanya takut mungkin sebab mereka nampak bilik tu seram kot sebab tu mereka tak berani masuk.

 

 

Aku masuk pun sebab pada suatu hari, semasa kami sedang membuat kerja, dua orang pegawai kebajikanmasyarakat  dari ibu pejabat telah membawa seorang  yang mengalami sakit jiwa tinggal dengan kami.

 

 

Aku masih ingat namanya Sofiah.  Umurnya masih muda lebih kurang 19 tahun. Dia hanya pakai baju tapi pakaian dalam dia tak pakai.   Dia lari dari  rumahnya yang terletak di Ipoh Perak.  Aku di fahamkan bapanya kahwin lain.  Dia tinggal bersama mak tiri, tapi mereka selalu bergaduh.

  Dia juga ada abang yang kerjanya membawa lori. Budak-budak lain takut nak layan dia  jadi aku lah yang selalu layan dia. Pada mulanya dia tak nak cakap tetapi oleh kerana aku selalu ajak dia makan dan layan lama kelamaan dia nak bercakap dengan aku.

 

Dia suka duduk tepi longkang. Bila ada lori lalu depan bengkel nanti dia akan tepuk tangan dan memanggil nama abangnya.   Mungikin dia ingat itu abang dia kot.

 

 

Pada mulanya tu aku takut juga berhadapan dengan  orang macam ni, sebab aku di fahamkan dia boleh cekik orang bila angin dia naik.

 

Pernah sekali tu dia menjerit dan  mengamuk semua orang lari takut.  Aku buat tak tahu  saja akhirnya dia datang pada aku dan duduk sebelah aku. Menurut kata member dia renung aku semacam sahaja. Alhamdulillah dia tak apa-apa kan aku.

 

 

Satu perangai yang anih dia tak nak tidur di bilik kami. Dia tidur di bilik atau di bahagian yang kosong yang orang takut nak masuk.

 

 

Dia tidur sorang sahaja kat situ.  Aku ikut dia masuk ke tempat tersebut. Memang seram jugalah masuk bilik tu. Aku berbual-bual dengan dia waktu tu dah malam benar. Keadaan bilik tu pun  sunyi  ajer.

 

Budak-budak lain sibuk cari aku sebab mereka tak nampak aku.   Puas  mereka cari aku dalam bilik tidur  tak ada,  tempat membuat sampul surat tak ada dan di dapur pun tak ada. Aku dengar suara Bakyah yang  sememangnya suara kuat menjerit-jerit panggil aku “kakros, kakros.”

 

 

Mereka terperanjat bbila mereka ternampak aku keluar dari tempat yang gelap tu.  Sebenarnya mereka takut juga kalau si Sopiah apa-apakan aku.

 

Walau bagai mana pun Sofiah tak lama tinggal di bengkel tersebut lebih kurang dua atau  tiga minggu sahaja sebab dia suka menangis dan tak nak makan. Selalu panggil abang dia.  Akhirnya pihak Kebajian telah menghubungi abangnya.  Lalu abangnya pun datang nak menjemput dia.

 

Apa lagi sebaik sahaja  dia ternampak abang dia datang dia terus peluk abangnya sekuat-kuat hati macam tak nak lepas.

 

Sebenarnya bukan Sofiah saja yang menghidap penyakit jiwa yang di hantar ke situ ada lagi beberapa orang yang menghidap penyakit jiwa dan macam-macam lagi orang-orang yang di hantar ke situ.

 

 

Nanti  akan ku cerita lagi di bahagian ketiga.

 

Sememangnyalah  berbagai-bagai ragam manusia yang ku temui ketika berada di bengkel tersebut.