Jumaat, 10 Julai 2009

5 Perkara pileh sahabat

 

assalamualaikum dan salam sejahtera

kepada  teman-teman yang di kasihi.

 

5 cara mudah pilih sahabat
Fikir Sejenak
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan
diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu,
jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu
dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan
dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu
dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka
membantu
dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan
bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan
yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,
dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan.
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu.
4.  dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memilikimu."

 

sekian

percubaan

perbubaan

RM10 Juta Sedia Kemudahan OKU.

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

 

Dipetik dari Mymetro.

 

RM10 juta sedia kemudahan OKU

 

 

BERITA baik bagi golongan orang kurang upaya (OKU) yang sering menggunakan perkhidmatan tren komuter sekitar Lembah Klang.
Ini berikutan peruntukan RM10 juta yang akan diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi menyediakan pelbagai kemudahan mesra OKU di lima stesen komuternya.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata stesen terbabit ialah stesen Rawang, Sungai Buloh, Serdang, Shah Alam dan Bandar Tasik Selatan.
“Ia membabitkan pemasangan dua unit lif, pembinaan tandas khas OKU, tempat letak kereta khas OKU, penyediaan ramp, pemasangan laluan khas di stesen dan landasan dan kemudahan lain yang berkaitan.
“Peruntukan ini membuktikan komitmen kerajaan persekutuan yang amat tinggi terhadap membela masyarakat kurang bernasib baik dan kurang upaya di negara ini,” katanya.

Khamis, 9 Julai 2009

Sajak Buat Isteriku Tersayang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Di sini ada sebuah sajak  pendek yang di tuju kepada isteri tersayang.

 

Sajak ini hasil penulisan seseorang yang berasal dan tinggal  dari Brunei dan  di tuju khas kepada isteri beliau.

 

Sajaknya walau pun pendek tapi penuh bermakna.

 

Terimakasih kerana telah membenarkan sajak ini di muatkan ke blog ini.

 

Terimakasih sekali lagi  kepada Halik atau nama samarannya Tok Moyok.

 

Semoga hidupmu terus bahagia hingga ke akhir hayat  di samping isteri tercinta dan anak tersayang.

sekian wassalam.

 

 

Sajak Buat Isteri Tersayang.

 

sayang: ketika aku kesepian, kaulah teman setiaku 

Ketika aku dalam kesusahan, Kaulah yang membantuku

Ketika aku di dalam kesedihan, Kaula penenang jiwaku

Ketika aku melakukan kesilapan, Kaulah yang menegur dan memaafkanku

Ketika aku di dalam kesakitan, kaulah penawarku

Tanpamu siapalah aku

Sayang: kaulah sebaik baik wanita di dunia ini Ko

sanggup terima kekuranganku, demi cinta dan kasih sayang

Doaku, semoga kasih sayang kita kekal hingga ke akhir hayat

Ameen...

 

Sajak ini hasil Nukilan Tok Moyok...

 

Sebenarnya, aku tak pandai sangat buat sajak ni, saja nak choba.

. Ini adalah pengalaman aku sendiri..

Tapi kalau sekiranya terchiplak aidia orang, hanya kemaafan yang kupinta..

Sekian.. Salam Ikhlas Dari Tok Moyok.

Rabu, 8 Julai 2009

assalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat Tinggal Sayangku.

 

 

selamat tinggal sayangku

semoga engkau bahagia

bersama kekasih baru

dan biarlah aku membawa diri

walaupun berat hatiku

sewaktu melepaskan mu

tetapi apa dayaku

antara kita dah tak sehaluan.

moga dikau bahagia.

adakalanya ku termenung

mengenang sikapmu

pandainya engkau mengukir janji

lalu kau memungkiri.

sepi ku rasa perjalanan ku

penuh duri rindu

sehingga fikiran ku tak menentu

cinta ku melayang-layang

wajahmu terbayang-bayang

orang yang ku sayang-sayang

kini dah di sambar orang.

pedih hatiku tidak terkata oh bisanya

selamat tinggal, wahai sayang ku

terima kasih, kerana engkau

sanggup melukakan hatiku ini.

semoga si dia

tidak menerima nasib

sepertiku.

selamat tinggal sayang.

sekian wassalam.

assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

 

siapalah diri aku ini

 

 

tanpa mu.

duniaku pasti tak berseri dan hidup tak menjadi

kau bagiku satu2 nya.

 

padamulah.

ku meminta,ku bermanja

ku rindui ku kasihi

dihatiku kau abadi.

 

dengan sinaran kasihmu

kian terancang hidup ku

tiada lagi keraguan

kau bagiku kekuatan

mana jua ku berada

ditemani cahaya cinta

sejak dirimu ku dekati

diri ku ini ku kenali

hanya engkaulah sesungguhnya

tiada dua.

 

 

di cermin kaca ku memandang

diri ku serba kekurangan

namun bagimu bukan itu jadi ukuran

melengkapi hidup kita

bukan harta-bukan nama-bukan

kau yang istimewwa,

kau yang ku sayang dan ku cinta,

semoga hidupku

bahagia di dunia dan akhirat.

 

amin.

.

Isnin, 29 Jun 2009

Ku sangka Intan, Rumpanya Kaca.

Ku sangka Intan, Rupanya Kaca.

 

Malam sepi tiada bintang
Hanya ditemani unggas rimba
Resah pun melanda
di kala ku dilamun rindu
Terlena dibuai asmara
Seruling ku tiup lembut
Mengalunkan irama lagu syahdu
Teman ku berbicara
Memecah kesunyian malam
Damailah jiwa yang gelora.

 


Kisah dulu tiada ertinya
Sandiwara tiada kebenaran
Lafaz cinta hanya di bibir
Kepuraan terbukti nyata
Tika itu kau dan dia ku temu
Perhatian ku lebihkan padanya
Kau merayu ku belaikan cintamu
Ku biarkan berlalu.

 


Aku sedar ku insafi diri
Ku sangka intan rupanya kaca
Pilihan ku tiada kebenaran
Mungkin ia suratan
Maafkan diriku
Dikaulah segalanya bagiku.

 


Moga kan bersama
Selamanya.


sekian wassalam.

 

Cuba Yahoo! Messenger 9.0 terbaru Akhirnya ia muncul!

__._,_.___

Messages in this topic (1) Reply (via web post) | Start a new topic

Messages

Disclaimer:-
The contents expressed in this YahooGroups are those of the person named and are not those of Mahligai. The person named on Mahligai has, as a condition of contributing to this YahooGroups, agreed to and hereby indemnifies Mahligai against all liability at law for the material contained therein.
Kandungan bahan-bahan yang termuat di dalam YahooGroups Mahligai ini adalah pendirian rasmi pemilik/pengirim bahan dan bukannya dari Pemilik dan Moderator Mahligai. Pengirim bahan bertanggung-jawap di atas mana-mana bahan yang didapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Pengirim bahan diminta mematuhi peraturan hakcipta sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.
YahooGroups Mahligai tidak bertanggungjawab ke atas pencerobohan akta hakcipta.
*********************************************
Silakan forward email ini ke teman Anda, dan ajaklah mereka untuk turut menyertai Mahligai.
Sila hantarkan sumbangan anda ke alamat: mahligai@yahoogroups.com
Untuk melanggan secara percuma di Mahligai, sila hantarkan satu e-mail kosong ke alamat: mahligai-subscribe@yahoogroups.com
Untuk berhenti menjadi ahli, hantarkan satu e-mail kosong ke alamat : mahligai-unsubscribe@yahoogroups.com

Yahoo! Groups
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

Recent Activity