Khamis, 7 Mei 2009

Puisi Asyik.

Puisi asyik.
Assalamualaikum. ...

 


Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain

 


Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu.

 


Jangan Asyik mengata orang,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang

, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang,

Al-Quran kamu tak baca.

 


Asyik berceramah sana sini,

! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini,

Al-Quran kamu tak baca.

 

 


Asyik bersajak berpuisi,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen  bernovel,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di IRC,

Al-Quran kamu tak baca.

 


Asyik bergebang di telefon,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah,

Al-Quran kamu tak baca.

 


Asyik baca majalah tabloid,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan,

Al-Quran kamu tak baca.

 


Asyik membelek handphone,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah,

Al-Quran kamu tak baca
Kenapa tak baca?


Tak sempat


Busy


Tak faham


Tak reti


Malas


dapat surat dari pejabat tanah


dalam bahasa melayu
kamu boleh baca


dapat surat lawyer


dalam bahasa inggeris
kamu boleh baca


dapat surat daripada Allah


dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca


apa nak jadi?


Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini


Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi.

 


Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri

 


Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

 

Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula, bukan berkhutbah, cuba betul diri
ini cuma.. sekadar peringatan untuk saudara sekalian dan diri sendiri jua
__._,_.___
Yang  benar,
Kakros

Tiada ulasan:

Catat Ulasan