RM10 Juta Sedia Kemudahan OKU.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dipetik dari Mymetro.
RM10 juta sedia kemudahan OKU
BERITA baik bagi golongan orang kurang upaya (OKU) yang sering menggunakan perkhidmatan tren komuter sekitar Lembah Klang.
Ini berikutan peruntukan RM10 juta yang akan diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi menyediakan pelbagai kemudahan mesra OKU di lima stesen komuternya.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata stesen terbabit ialah stesen Rawang, Sungai Buloh, Serdang, Shah Alam dan Bandar Tasik Selatan.
“Ia membabitkan pemasangan dua unit lif, pembinaan tandas khas OKU, tempat letak kereta khas OKU, penyediaan ramp, pemasangan laluan khas di stesen dan landasan dan kemudahan lain yang berkaitan.
“Peruntukan ini membuktikan komitmen kerajaan persekutuan yang amat tinggi terhadap membela masyarakat kurang bernasib baik dan kurang upaya di negara ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan