Bengkel membuat sampul surat sebenarnya di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM.
ianya juga adalah di bawah pengurusan seorang pak haji kalau tak silap namanya Haji Shahabuddin. Dia jarang datang dalam seminggu lebih kurang sekali atau dua kali sahaja. Itu pun biasanya dia akan terus masuk ke bilik atau ke pejabat encik Sabri berbincang atas urusan kerja.
Dia jarang berbual dengan kami tak tahulah mungkin dia segan kot maklumlah pekerja-pekerja di bengkel tersebut semuanya wanita sedang kan dia seorang pak haji dan seorang yang normal pula.
Sebenarnya sampul-sampul surat yang kami buat adalah berdasarkan permintaan yang di minta.
Kalau banyak permintaan maka banyaklah sampul yang perlu kami siap.
Biasanya kami dapat permintaan atau tender dari ajensi-ajensi kerajaan termasuk dari pihak hospital.
Sebab itulah di sampul surat tersebut akan ada cop mohor raja. Terdapat tiga jenis saiz. Iaitu,
Yang pertama saiz terkecil.
Yang kedua sederhana dan
Yang ketiga, besar biasanya digunakan untuk x-tray.
Bayaran yang di beri juga mengikut saiz sampul surat.
Yang kecil biasanya RM2.00 untuk seribu sampul surat.
Yang sederhana RM2.50 untuk seribu sampul surat
dan RM5.00 500 sampul surat untuk saiz yang besar.
Proses membuat sampul surat tersebut adalah bermula setelah mr Bala telah memotong kertas-kertas tersebut mengikut saiz.
Kami akan mengambil dan membawa kertas-kertas tersebut ke meja atau tempat masing-masing.
Kemudian kertas tersebut akan di lipat bahagian tepi mengikut garisan.Lipatannya perlu betul dan kemas, jika tak nanti berlubang atau bocor bahagian bawah dan sudah tentu akan di reject atau di tolak.
Setelah lipat kena sapu gam di tengah-tengah lipatan. Bahagian ini biasanya bagiOKU penglihatan susah sikit sebab ianya tak boleh sikit pun kotor dan ianya memerlukan mata. Sedangkan mereka yang mempunyai penglihatan yang ok pun selalu berlaku titik-titik gam ini kan kita yang tak nampak.
Oleh itu aku biasanya buat bahagian lipat dan kira jumlah sampul yang mereka dahsiap gam sampul-sampul tersebut di susun 25 keping dan di ikat.
Kemudian aku akan susun dalam kotak. Setiap kotak boleh muat 200 sampul. Ini adalah untuk memudahkan pihak JKM membuat bayaran.
Oleh kerana terlalu banyak sampul yang perlu kami siap maka kami bekerja sampai ke malam.
Kami cuma berhenti bila waktu makan dan sembahyang. Kami bekerja dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 5.00 petang kalau nak ikut waktu pejabat. Oleh kerana tak sempat nak siap jadi kami pun sambunglah sampai malam.
Khamis separuh hari manakala jumaat hari cuti tapi untuk menambahkan pendapatan kami buat juga lah kalau tak ke mana-mana. Selain daripada kami mendapat bayaran hasil dari membuat sampul, kami juga dapa elaun dari JKM iaitu RM50 sebulan pada ketika itu.
Setiap hujung bulan, puanm Ainun atau puan Zakiah dari JKM akan datang membuat bayaran kepada kami termasuk bagi elaun atau EPC kepada kami.
Kalau nak ikut memanglah tak cukup pendapatan yang kami perolehi tu, tapi nasib baik makan dan minum di taja atau di beri oleh pihak JKM.
Setiap hari pegawai dari JKM akan datang membawa barang-barang untuk di masak seperti ikan, sayur-sayuran, bawang, cili, minyak masak dan sebagainya. Kak Saerah lah yang akan masak untuk kami semua.
Kak Saerah ni seorang yang normal tapi dia ada masalah keluarga.
Dia sudah pun berkahwin dengan seorang warga Indonesia dan mempunyai dua orang anak.
Yang lelaki bernama Mohd Hanipa ketika itu berusia 4 atau 5 tahun.
Manakala seorang lagi perumpuan bernama Siti Munira berusia 1 tahun lebih.
Suaminya tidak tinggal di situ sebab dia bekerja kontrak di Johor dan sebulan atau dua bulan sekali baru dia balik tengok anak dan isterinya.
Biasanya kak Saerah dan anak-anaknya akan tidur di bahagian dapur sebab ruang dapur besar dan di situ terdapat sebuah katil besar yang terletak di satu sudut.
Jadi mudahlah kalau suaminya datang sesekali ke bengkel tersebut.
Kebetulan pula bilik air terletak di bahagian luar belakang dapur. Jadi kalau nak ke bilik air waktu tengah malam tak lah takut
sebab Kak Saerah tidur di situ.
Sebenarnya bengkel tersebut adalah sebuah bangunan bekas penjara lama yang di gunakan untuk hukuman gantung.
Walau pun ianya terletak di tepi jalan, tapi agak ke dalam sedikit dan jauh dari rumah orang.
Di bahagian belakang bengel tersebut terdapat hutan dan kebun sayur kepunyaan taukeh cina.
Kemudahan telepon tak ada kalau nak telepon terpaksa berjalan keluar kena seberang jalan,
ke rumah flat yang letaknya lebih kurang 100 meter kalau tak salah aku.
Pada waktu malam memang agak sunyi yang kedengaran hanyalah kenderaan yang lalu lalang sahaja.
Namun nasib baik ada sebuah tv di sediakan dan di letak di bahagian dapur berhadapan dengan tempat kami bekerja.
Sebelum kami tinggal di situ, terdapat sekumpulan pekerja-pekerja lelaki lebih kurang 20 orang yang OKU bekerja buat sampul surat dan tinggal di situ.
Menmurut kata mereka semasa mereka tinggal di situ hampir setiap malam mereka akan terdengar bumyi orang mandi dan air selalu terbuka di bilik air.
Bila mereka pergi tengok tak ada orang pun dan keadaan bilik air atau bilik mandi biasa saja.Mereka juga pernah nampak ada lembaga yang memakai pakaian warna putih melintasi tempat mereka terutama pada waktu tengah malam.
Alhamdulillah semasa kami tinggal di situ belum pernah lagi terdengar orang mandi di bilik air.Tapi pernah orang ternampak kelabat lembaga lalu dalam bengel
Sebenarnya bangunan atau bengel tersebuat kawasannya agak luas dan besar. Ianya terbahagi kepada beberapa bahagian.
Kami cuma guna tiga bahagian sahaja. iaitu bahagian tengah tempat kami bbuat sampul surat, bilik sebelah belakang iaitu dapur dan bilik sebelah kanan hujung sebagai bilik tidur.
Manakala bilik sebelah kiri hujung kosong. Tapi di bahagian situ agak seram sikit sebab gelap.
Tapi di dalam bilik tersebut ada terdapat beberapa buah katil dan entah apa-apa barang termasuk tali. Aku difahamkan di situlah tempat banduan-banduan menjalani hukuman gantung.
Aku pernah masuk ke situ sebab nak tahu apa yang ada budak-budak lain semuanya takut mungkin sebab mereka nampak bilik tu seram kot sebab tu mereka tak berani masuk.
Aku masuk pun sebab pada suatu hari, semasa kami sedang membuat kerja, dua orang pegawai kebajikanmasyarakat dari ibu pejabat telah membawa seorang yang mengalami sakit jiwa tinggal dengan kami.
Aku masih ingat namanya Sofiah. Umurnya masih muda lebih kurang 19 tahun. Dia hanya pakai baju tapi pakaian dalam dia tak pakai. Dia lari dari rumahnya yang terletak di Ipoh Perak. Aku di fahamkan bapanya kahwin lain. Dia tinggal bersama mak tiri, tapi mereka selalu bergaduh.
Dia juga ada abang yang kerjanya membawa lori. Budak-budak lain takut nak layan dia jadi aku lah yang selalu layan dia. Pada mulanya dia tak nak cakap tetapi oleh kerana aku selalu ajak dia makan dan layan lama kelamaan dia nak bercakap dengan aku.
Dia suka duduk tepi longkang. Bila ada lori lalu depan bengkel nanti dia akan tepuk tangan dan memanggil nama abangnya. Mungikin dia ingat itu abang dia kot.
Pada mulanya tu aku takut juga berhadapan dengan orang macam ni, sebab aku di fahamkan dia boleh cekik orang bila angin dia naik.
Pernah sekali tu dia menjerit dan mengamuk semua orang lari takut. Aku buat tak tahu saja akhirnya dia datang pada aku dan duduk sebelah aku. Menurut kata member dia renung aku semacam sahaja. Alhamdulillah dia tak apa-apa kan aku.
Satu perangai yang anih dia tak nak tidur di bilik kami. Dia tidur di bilik atau di bahagian yang kosong yang orang takut nak masuk.
Dia tidur sorang sahaja kat situ. Aku ikut dia masuk ke tempat tersebut. Memang seram jugalah masuk bilik tu. Aku berbual-bual dengan dia waktu tu dah malam benar. Keadaan bilik tu pun sunyi ajer.
Budak-budak lain sibuk cari aku sebab mereka tak nampak aku. Puas mereka cari aku dalam bilik tidur tak ada, tempat membuat sampul surat tak ada dan di dapur pun tak ada. Aku dengar suara Bakyah yang sememangnya suara kuat menjerit-jerit panggil aku “kakros, kakros.”
Mereka terperanjat bbila mereka ternampak aku keluar dari tempat yang gelap tu. Sebenarnya mereka takut juga kalau si Sopiah apa-apakan aku.
Walau bagai mana pun Sofiah tak lama tinggal di bengkel tersebut lebih kurang dua atau tiga minggu sahaja sebab dia suka menangis dan tak nak makan. Selalu panggil abang dia. Akhirnya pihak Kebajian telah menghubungi abangnya. Lalu abangnya pun datang nak menjemput dia.
Apa lagi sebaik sahaja dia ternampak abang dia datang dia terus peluk abangnya sekuat-kuat hati macam tak nak lepas.
Sebenarnya bukan Sofiah saja yang menghidap penyakit jiwa yang di hantar ke situ ada lagi beberapa orang yang menghidap penyakit jiwa dan macam-macam lagi orang-orang yang di hantar ke situ.
Nanti akan ku cerita lagi di bahagian ketiga.
Sememangnyalah berbagai-bagai ragam manusia yang ku temui ketika berada di bengkel tersebut.