Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam adalah hari ahad.Seperti biasa hari ahad dan sabtu aku tak bekerja. Seperti biasalah kalau hujung-hujung minggu aku akan mengemas rumah dan membuat apa-apa yang patut.Biasanya aku buat selepas selesai sembahyang subuh.
Aku tak suka tidur semula lepas sembahyang subuh. Kalau aku tidur juga nanti kepala aku jadi pening. Kecualilah kalau mengantuk sangat baru aku tidur itu pun sekejap. Jadi lebih baik aku buat kerja rumah atau buka laptop.
Kalau aku dah kemas pada hari sabtu jadi hari ahad aku tak perlu kemas lagilah.
Oleh kerana di rumah cuma kami berdua sahaja iaitu aku dan husband jadi rumah pun taklah bersepah sangat.
Cuma terdapat habuk-habuk sahaja. Maklumlah tinggal di rumah flat habuk memang tak boleh di elakan.
Walau pun kita sapu dan mok lantai namun habuk tetap ada.
Lebih-lebih lagi kalau guna karpet lagi lah berhabuk.
Oleh kerana pada hari sabtu aku dah kemas jadi aku pun tak ada apa-apa nak buat. Jadi aku pun on laptop aku.
Seperti biasa, aku makan nasi untuk breakfast. Jadi lunch time aku tak perlu makan lagi sebab kenyangnya sampai ke petang.
Cuma my husband saja yang tak suka makan nasi untuk breakfast.Dia juga tak suka makan breakfast awal pagi.
Pukul 9.00 lebih baru dia turun ke bawah untuk cari breakfast
di kawasan flat tempat aku tinggal terdapat beberapa buah kedai makan dan gerai yang menjual makanan.
Kadang-kadang dia makan di bawah dan kadang-kadang dia bawa naik makan di rumah saja.
Kemudian husband ku kata air tak ada dan tak tahu apa puncaknya sama ada pihak DBKL suci tangki atau paip pecah.
Pukul 9.30 biasanya aku akan buka siaran warna singapore untuk mendengar pentas radio yang di siarkan pada pukul 10.05 pagi.
Sememangnya ddari kecil lagi aku memang gemar mendengar siaran pentas radio. Jika dulu kita boleh mendengarnya melalui radio,
tapi sekarang dah tak boleh. Kena on internet untuk masuk ke siaran warna. Itu pun siarannya tak berapa elok
sebab sering berlaku siaran terputus-putus. Kadang-kadang geram juga bila kita tengah sedap mendengar cerita menarik kat warna tiba-tiba senyap. Kena tunggu kemudian berbunyi semula. Ada masa tu lama baru pulih balik. Yang geram tu bila cakap dua tiga patah perkataan putus. Itu biasanya berlaku bila internet tak elok atau ada masalah kabel.
Kalau internet dan kabel ok maka masalah putus-putus kuranglah berlaku.
Kira-kira pukul 11.00 lebih mulalah bunyi bising di bawah flat ku sebab ada kenduri kahwin. Bukan bising bunyi suara orang bercakap sebab aku tinggal di tingkat7 tapi bising bunyi mereka pasang CD memainkan lagu-lagu pengantin.
Pukul 1.30 aku pun menunaikan sembahyang zuhor dan bersiap untuk ke Cheras sebab biasanya pada hari ahad aku dan seorang lagi rakanku iaitu Hamenah akan ke sana untuk mengikuti klas mengaji al quran
Pukul 2.00 lebih aku dan husband dah sampai di bawah kondo sebab biasanya di situ senang sikit nak dapatkan teksi.
Hampir 10 minit baru Hamenah termuncul. Dia tinggal di flat Seri Selanggor atau di kenali juga dengan nama Samping flat. Sedangkan aku tinggal di flat Seri Serawak. Jaraknya taklah berapa jauh lebih kurang 10 hingga 20 minit sampailah tak lama kemudian teksi pun sampai
Kami sampai di Cheras lebih kurang pukul 2.50 petang.
Sesampai sahaja kak rumah Kurafeah tapi lebih mesra dengan panggilan kak Ku saja yang mengajar kami mengaji sedang menunaikan sembahyang zuhor.
Sementara menunggu kak Ku selesai menunaikan sembahyang, kami pun berbual sekejap dengan husband kak Ku iaitu abangt Zainal.
Tiba-tiba ku dapati tongkat ku tak ada dalam bbeg. Ini sudah pasti tongkat aku tercicir dalam teksi semasa aku nak keluar tadi. Sebab kata Hamenah dia tak dengar pun bunyi tongkat aku jatuh.
Biasanya klas kami bermula pada pukul 3.00 dan tamat dalam pukul 4.30 petang.
Selepas mengaji, kami pun berbual sambil minum tea dan makan biskut sementara menunggu kak Aishah dan Nurul datang sebab kami akan ke rumah kak Azizah lebih mesra dengan panggilan kakci. yang juga tinggal di Cheras tapi di flat Seri Pulau Pinang sedangkan rumah kak Ku di flat Seri Sabah.
Sedang kami berbual kak Aisah pun call dan suruh kami turun dan tunggu di bawah sebab mereka pun dah nak turun.
Lalu aku dan Hamenah a pun turun dan menunggu mereka dua beranak di tepi tangga.
Kami pergi dengan kereta, Nurul yang bawa.Masa tu hujan dah mulai turun.
Sebelum kami ke rumah kak Azizah kami ke Brickfields mengambil abang Yusoff suami kak Aishah. .
Tujuan kami ke rumah kak Azizah lah kerana pada hari jumaat yang baru lalu abang Said suami kak Azizah baru meninggal dunia. Jadi kami tak sempat nak ziarah pada hari tersebut.
Kalau tak salah aku pukul lima lebih kami sampai di rumah kak Azizah. . Waktu tu hujan dah mula turun lebat dan kedengaran bunyi guruh yang agak kuat juga.
Di rumahnya yang ada ketika itu dia dengan anak perempuannya iaitu Maisarah serta dua tiga orang cucu-cucunya iaitu anak kepada Maisara dan anak kepada anak sulungnya iaitu Nasran. Maisarah pun sedang sarat mengandung kalau tak silap aku sebulan dua lagi dia akan melahirkan anaknya yang ketiga.
Lebih kurang setengah jam lebih, kami berada di rumah kak Azizah kami pun minta diri sebab aku dan Hamenah nak balik lagi pun kami berdua belum lagi sembahyang asar. Setelah bersalam-salaman, kami pun turun dan Nurul hantar kami dekat stetion teksi yang berhampiran dengan flat tersebut.
Lama juga aku dan Hamenah menunggu teksi. Hujan pada ketika itu dah mulai renyai-renyai. Akhirnya teksi pun sampai dan kami sampai di rumah masing-masing kira-kira pukul tujuh lebih. Sempatlah aku menunaikan fardhu asar.
Sekian wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan