asslamualaikum
ini sebagai perbubaan.
assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada teman-teman yang di kasihi.
5 cara mudah pilih sahabat
Fikir Sejenak
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan
diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu,
jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu
dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan
dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu
dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka
membantu
dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan
bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan
yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,
dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan.
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu.
4. dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memilikimu."
sekian
RM10 Juta Sedia Kemudahan OKU.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dipetik dari Mymetro.
BERITA baik bagi golongan orang kurang upaya (OKU) yang sering menggunakan perkhidmatan tren komuter sekitar Lembah Klang.
Ini berikutan peruntukan RM10 juta yang akan diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi menyediakan pelbagai kemudahan mesra OKU di lima stesen komuternya.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata stesen terbabit ialah stesen Rawang, Sungai Buloh, Serdang, Shah Alam dan Bandar Tasik Selatan.
“Ia membabitkan pemasangan dua unit lif, pembinaan tandas khas OKU, tempat letak kereta khas OKU, penyediaan ramp, pemasangan laluan khas di stesen dan landasan dan kemudahan lain yang berkaitan.
“Peruntukan ini membuktikan komitmen kerajaan persekutuan yang amat tinggi terhadap membela masyarakat kurang bernasib baik dan kurang upaya di negara ini,” katanya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini ada sebuah sajak pendek yang di tuju kepada isteri tersayang.
Sajak ini hasil penulisan seseorang yang berasal dan tinggal dari Brunei dan di tuju khas kepada isteri beliau.
Sajaknya walau pun pendek tapi penuh bermakna.
Terimakasih kerana telah membenarkan sajak ini di muatkan ke blog ini.
Terimakasih sekali lagi kepada Halik atau nama samarannya Tok Moyok.
Semoga hidupmu terus bahagia hingga ke akhir hayat di samping isteri tercinta dan anak tersayang.
sekian wassalam.
Sajak Buat Isteri Tersayang.
sayang: ketika aku kesepian, kaulah teman setiaku
Ketika aku dalam kesusahan, Kaulah yang membantuku
Ketika aku di dalam kesedihan, Kaula penenang jiwaku
Ketika aku melakukan kesilapan, Kaulah yang menegur dan memaafkanku
Ketika aku di dalam kesakitan, kaulah penawarku
Tanpamu siapalah aku
Sayang: kaulah sebaik baik wanita di dunia ini Ko
sanggup terima kekuranganku, demi cinta dan kasih sayang
Doaku, semoga kasih sayang kita kekal hingga ke akhir hayat
Ameen...
Sajak ini hasil Nukilan Tok Moyok...
Sebenarnya, aku tak pandai sangat buat sajak ni, saja nak choba.
. Ini adalah pengalaman aku sendiri..
Tapi kalau sekiranya terchiplak aidia orang, hanya kemaafan yang kupinta..
Sekian.. Salam Ikhlas Dari Tok Moyok.
selamat tinggal sayangku
semoga engkau bahagia
bersama kekasih baru
dan biarlah aku membawa diri
walaupun berat hatiku
sewaktu melepaskan mu
tetapi apa dayaku
antara kita dah tak sehaluan.
moga dikau bahagia.
adakalanya ku termenung
mengenang sikapmu
pandainya engkau mengukir janji
lalu kau memungkiri.
sepi ku rasa perjalanan ku
penuh duri rindu
sehingga fikiran ku tak menentu
cinta ku melayang-layang
wajahmu terbayang-bayang
orang yang ku sayang-sayang
kini dah di sambar orang.
pedih hatiku tidak terkata oh bisanya
selamat tinggal, wahai sayang ku
terima kasih, kerana engkau
sanggup melukakan hatiku ini.
semoga si dia
tidak menerima nasib
sepertiku.
selamat tinggal sayang.
sekian wassalam.
assalamualaikum dan salam sejahtera.
siapalah diri aku ini
tanpa mu.
duniaku pasti tak berseri dan hidup tak menjadi
kau bagiku satu2 nya.
padamulah.
ku meminta,ku bermanja
ku rindui ku kasihi
dihatiku kau abadi.
dengan sinaran kasihmu
kian terancang hidup ku
tiada lagi keraguan
kau bagiku kekuatan
mana jua ku berada
ditemani cahaya cinta
sejak dirimu ku dekati
diri ku ini ku kenali
hanya engkaulah sesungguhnya
tiada dua.
di cermin kaca ku memandang
diri ku serba kekurangan
namun bagimu bukan itu jadi ukuran
melengkapi hidup kita
bukan harta-bukan nama-bukan
kau yang istimewwa,
kau yang ku sayang dan ku cinta,
semoga hidupku
bahagia di dunia dan akhirat.
amin.
.
Ku sangka Intan, Rupanya Kaca.
Malam sepi tiada bintang
Hanya ditemani unggas rimba
Resah pun melanda
di kala ku dilamun rindu
Terlena dibuai asmara
Seruling ku tiup lembut
Mengalunkan irama lagu syahdu
Teman ku berbicara
Memecah kesunyian malam
Damailah jiwa yang gelora.
Kisah dulu tiada ertinya
Sandiwara tiada kebenaran
Lafaz cinta hanya di bibir
Kepuraan terbukti nyata
Tika itu kau dan dia ku temu
Perhatian ku lebihkan padanya
Kau merayu ku belaikan cintamu
Ku biarkan berlalu.
Aku sedar ku insafi diri
Ku sangka intan rupanya kaca
Pilihan ku tiada kebenaran
Mungkin ia suratan
Maafkan diriku
Dikaulah segalanya bagiku.
Moga kan bersama
Selamanya.
sekian wassalam.
Cuba Yahoo! Messenger 9.0 terbaru Akhirnya ia muncul!
__._,_.___
Messages in this topic (1) Reply (via web post) | Start a new topic
Disclaimer:-
The contents expressed in this YahooGroups are those of the person named and are not those of Mahligai. The person named on Mahligai has, as a condition of contributing to this YahooGroups, agreed to and hereby indemnifies Mahligai against all liability at law for the material contained therein.
Kandungan bahan-bahan yang termuat di dalam YahooGroups Mahligai ini adalah pendirian rasmi pemilik/pengirim bahan dan bukannya dari Pemilik dan Moderator Mahligai. Pengirim bahan bertanggung-jawap di atas mana-mana bahan yang didapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Pengirim bahan diminta mematuhi peraturan hakcipta sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.
YahooGroups Mahligai tidak bertanggungjawab ke atas pencerobohan akta hakcipta.
*********************************************
Silakan forward email ini ke teman Anda, dan ajaklah mereka untuk turut menyertai Mahligai.
Sila hantarkan sumbangan anda ke alamat: mahligai@yahoogroups.com
Untuk melanggan secara percuma di Mahligai, sila hantarkan satu e-mail kosong ke alamat: mahligai-subscribe@yahoogroups.com
Untuk berhenti menjadi ahli, hantarkan satu e-mail kosong ke alamat : mahligai-unsubscribe@yahoogroups.com
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Recent Activity
Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang
Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana.
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda
Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya.
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini.
Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina
Semoga kitakan dirahmati.
Oh teman.
sekian wassalam
yang benar
kakros.
Selasa 19 mei 2009.
5.32 pagi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jangan ucapkan kata-kata indah dan manis buatku,
Kerna aku takut akan menyayangimu.
Jangan mengambil berat tentang diriku,
Kerna aku bimbang akan mengasihimu.
Jangan terlalu baik pada ku,
Kerna aku takut akan merinduimu.
Jangan memberiku kenangan dan harapan,
Kerna aku khuatir akan jatuh cinta padamu.
Jangan beri sebarang harapan kepadaku,
Aku takut tidak dapat menunaikannya.
Jangan suka berjanji,
jika tidak dapat ditepati.
Jangan suka bersumpah,
kelak sumpah memakan diri sendiri.
Jangan menghargai pertemuaan ini,
Kerna aku tidak mahu menderita kehilangan dirimu,
Lantaran perpisahan yang akan terjadi nanti.
Jangan kesali pertemuan yang terjadi,
jangan tangisi anda kita terpaksa berpisah dikemudian hari.
sekian yang benar
kakros.
Jumaat 15 Mei 2009. 6.11 pagi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kadangkala.
Kadang kala
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita.
Kadang kala
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita.
Kadang kala
ketika kita risau
tiada orang nampak kerisauan kita.
Kadang kala
ketika kita gembira
tiada orang nampak kegembiraan kita.
hanya kita saja yang tau diri kita sendiri
dan hanya kita jua yang memahami diri kita sendiri.
sekian yang benar
kakros.
Jumaat. 15 mei 2009.
4.54 pagi.
Puisi asyik.
Assalamualaikum. ...
Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu.
Jangan Asyik mengata orang,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang
, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang,
Al-Quran kamu tak baca.
Asyik berceramah sana sini,
! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini,
Al-Quran kamu tak baca.
Asyik bersajak berpuisi,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di IRC,
Al-Quran kamu tak baca.
Asyik bergebang di telefon,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah,
Al-Quran kamu tak baca.
Asyik baca majalah tabloid,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan,
Al-Quran kamu tak baca.
Asyik membelek handphone,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah,
Al-Quran kamu tak baca
Kenapa tak baca?
Tak sempat
Busy
Tak faham
Tak reti
Malas
dapat surat dari pejabat tanah
dalam bahasa melayu
kamu boleh baca
dapat surat lawyer
dalam bahasa inggeris
kamu boleh baca
dapat surat daripada Allah
dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca
apa nak jadi?
Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini
Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi.
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula, bukan berkhutbah, cuba betul diri
ini cuma.. sekadar peringatan untuk saudara sekalian dan diri sendiri jua
__._,_.___
Yang benar,
Kakros
Pada Asaku.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku terus menulis
Goreskan semua rasa dan asa
Harapkan sebuah kepuasan,
harapkan sebuah makna,
tapi tak kutemukan semua
Dan aku terus ditemani oleh sebuah kekosongan,
Kekosongan yang membuat hati tersesak perih
Aku yang selalu memendam rasa,
tak mampu mengungkap segala rasa
Lalu diam menghadapi semua
Terlalu lama kutipu diri
Tak pernah tahu ke mana harus melangkah,
tapi aku terus saja berjalan
Tak pernah tahu siapa diri ini,apa diri ini,atau bagaimana sebenarnya diri ini!
Diri seorang insan yang tertutup oleh topeng
Sehingga aku tak mengenalinya..padahal itulah aku!
Apakah ini hidup?
Akankah selalu penuh dengan kepalsuan?
Hidupku selalu penuh dengan tanya
Tanya tentang hidup
Tanya tentang cinta
Bahkan tentang diriku yang tak pernah kukenal
Dunia cuma suatu perhentian sementara..
Di tengah ramai ataupun sepi.
Aku masih tetap begini.
Tak pernah merasa sebuah ketenangan sejati
semoga Allah kuatkan hatiku dan imanku.
sekian wassalam.
Hari ini hari lahirku.Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini 4 mei 2009 maka genaplah usiaku ke49 tahum.
Ini bererti sudah 49 tahun aku berada di dunia ini.
Berbagai-bagai asam garam kehidupan telah ku rasa.
Ada kalanya ku gembira dan ada kalanya ku derita dan menangis sendiri tak siapa yang tahu.
Ku mohon ke hadrat Ilahi semoga tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang hidup ku lebih sejahtera dan di jauhi dari segala malapetaka yang tak di ingini.
Ku mohon juga kepada Allah semoga Allah memberi kasihatan yang baik agar dapatlah aku mempertingkatkan segala amal ibadatku di sampingberusaha demi mencapai cita-citaku.
Ku juga memohon kehadrat ilahi agar allah murahkan rezki, panjang usia dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat amin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
rasanya sudah sekian lama aku tidak masuk kerumahku.
entah lah mungkin masa yang tak mengizinkan. ada ajer halangannya.
Walau bagaimana pun syukorlah kini aku kembali lagi dan di harap selepas ini tiada sebarang halangan lagi termasuklah masalah blog yang tak dapat masuk.
Hari ini hari sabtu cuaca pun bnampaknya alhamdulillah cerah sahaja. tiada tanda-tanda nak hujan.
Tapi tak tahulah kalau di sebelah petang nanti. Biasanya bila menjelang tengahari atau petang hujan pun mulalah mencurah-curah dan di iringi dengan guruh dan kilat.
Semalam aku berkesempatan on skype dengan abang Syukor dan Teddybear. Bercerita kisah IT.
Tiba Teddybear pula yang hilang entah ke mana.
Sementara itu jari jemariku ligat menaip kerana waktu itu sedang berchating dengan seorang gadis bernama Izah yang tinggal di Brunei.
Aku berkenalan degannya semasa aku berkunjung ke Brbunei hujung bulan lepas.
Sebelum itu aku hanya mendengar suaranya di handset sahaja kerana ustaz Mad Noor yang memperkenalkan aku kepadanya.
Orangnya muda lagi berusia awal duapuluhan. Dia juga seorang peramah walau pun kami baru sekali berjumpa ketika aku menziarahi ke tempat beliau belajar.
Izah merupakan seorang pelajar menghafiz alquran di sebuah institut tafsih alquran.
Sekarang beliau sedang menghafal ayat-ayat alquran.
Menurut katanya beliau memang berminat mendalami alquran sejak kecil lagi.
Ku doakan agar tercapai segala cita-citanya agar beliau menjadi seorang hafizah yang berjaya di masa depan insya allah.
Macam-macam yang kami cerita.
Aku menjadi kasihan apabila dia meluahkan apa yang terpendam di dalam sanubarinya.
Menurut katanya dia tiada tempat untuk mengadu dan meluahkan segala masalah.
Macam-macam masalah yang sedang di hadapi seperti masalah dengan keluarga, masalah tempat dia belajar dan sebagainya.
Sebagai seorang yang lebih dewasa telah banyak asam garam telah ku rasa maka tak banyak sedikit aku juga dapat merasai apa yang sedang beliau alami.
Aku akan cuba sedaya upaya untuk membantu beliau hanya sekadar memberi semangat dan serba sedikit nasihat.
Aku bukannya pandai sangat nak beri nasihat kepada orang tapi sikit-sikit tu boleh lah.
Oleh kerana jarak antara Brunei dan Malaysia agak jauh, hanya berchating dan berskype di samping sms melalui handset saja yang dapat meghubungi kami.
Untuk Izah kakros nasihati agar banyak-banyak bersabar dan hadapilah hidup ini dengan tabah disamping berdoa kepada Allah agar mempermudahkan segala usaha dan semoga hidupmu lebih berjaya serta menjadi seorang wanita yang solehah de masa depan. amiiiin.
Assalamualaikum.
Rasanya dah lama aku tidak menjengok ke blog ku. Ini adalah kerana keadaan kasihatan yang tak mengizinkan. Maklumlah boleh di katakan hampir setiap hari Kuala Lumpur di sirami hujan tidak kira sama ada pagi, petang dan ada kalanya hampir sepanjang hari.
Bila cuaca tak menentu maka kesihatan juga tak menentu jugalah.
Hingga ke hari ni sebenarnya kesihatan ku masih belum pulih sepenuhnya. seselma masih menyerang aku.
Seperti biasa jugalah setiap kali apa bila hujan turun membasahi bumi Kuala Lumpur maka di sana sini air bertakung. Keadaan bertambah buruk kalau hujan turun dengan lebatnya tidak berhenti dalam masa dua atau tiga jam lalu berlakulah banjir kilat.
Pada aku biar hujan pada sebelah tengah hari atau petang daripada hujan di waktu pagi. Ini adalah kerana jika hujan pada waktu pagi, susah sikit nak ke tempat kerja terutama bila hujan lebat atau disertai dengan angin.
Walau pun ada payung tapi kalau dah terlalu lebat atau ada angin yang agak kuat sudah tentu sukar sikit bagi kami yang berjalan kaki dari rumah ke stetion star LRT yang memakan masa lebih kurang 10 minit. Bisanya pada waktu pagi kawasan tempat aku tinggal agak sibuk sikit dengan kenderaan yang lalu lalang maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri.
Yang dewasa sibuk nak ke tempat kerja manakala yang kanak-kanak atau pelajar-pelajar sibuk nak ke sekolah. Walau bagai mana pun minggu ni kurang sibuk sebab sekolah tutup untuk penggal pertama tahun ini.
Biasanya kalau hujan d waktu pagi aku terpaksa bawa extra sarung kaki dan kasut maklumlah air akan bertakung sana dan sini. Tempat yang selalu ditakungi air ialah depan tangga star-LRT menuju ke puduraya.Satu lagi di hadapan nak masuk ke kawasan pejabatku air akan bertakung juga.
Sampai saja kat kawasan yang ada takungan air biasanya husband ku suruh aku lompat sebab mengelakan diri dariada masuk ke dalam air.
Namun kadang kala termasuk juga sebab air yang terlalu banyak bertakung.
Akibat dari pada itu juga hujung baju ku selalu basah.Nasib baik di tempat kerja aku pakai uniform jadi dapatlah aku keringkan bajuku yang dah basah tu.
Di pejabat pula aircon punyalah sejuk kalau waktu hujan. Aku pula mempunyai penyakit kalau sejuk maka kerap akan ke bilik air sebab tak tahan sejuk.
Bila musim hujan ramailah yang demam, seselma, batuk dan sebagainya.
Justeru itu tidak terkecuali aku dapat seselma. Alhamdulillah tak demam atau batuk. Cuma hampir-hampir nak demam tu adalah.
Ini mengingatkan aku ketika aku mengikuti satu rombongan ke Kelantan dan Trrengganu tahun lepas, hujan telah turun boleh dikatakan sepanjang hari. Keadaan di sana pun lebih kurang macam kat KL juga air bertakung sana sini terutama bahagian tepi jalan.
Minta-minta pagi ini janganlah hujan turun macam semalam.
Walau bagai mana pun hujan itu adalah rahmat dari Allah. sebagai manusia kita kenalah terima dengan rasa kesyukuran.
sekian wassalam.
Rasanya dah lama aku tak men jengok ke rumah ku ini. Di sebabkan ke sentukkan masa maka aku tak berkesempatan untuk menjengok rumahku yang baru di bina ini.
Siang aku berkerja. Sampai rumah dah pukul enam lebih, itu pun kalau aku tak buat over time.
Kalau buat over time pukul tujuh lebih aku sampai rumah.
Walau pun jarak antara rumah ku dengan tempat aku bekerja tidak jauh hanya naik satu stetion saja dari pejabat ke rumah dengan menaiki star-LRT. Tapi sejak satu projek sedang di jalankan di kawasan berhampiran star-LRT maka banyak jalan-jalan yang telah di tutup.
Akibatnya terpaksa ikut jalan yang agak jauh sikit untuk sampai ke flat tempat aku tinggal.
Aku dan husband hanya menyewa sebuah rumah flat dewan bandaraya Kuala Lumpur atau di kenali dengan DBKL. Kawasannya agak ok juga sebab banyak kemudahan yang terdapat di kawasan tempat aku tinggal.
Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat ialah berhampiran dengan stetion monoriel, kedai runcit, kedai makan, beberapa buah klinik dan bank, pejabat kecil DBKL, pasar dan sebagainya.
Terdapat deretan kedai yang menjual kain baju secara borong. Selain daripada itu juga terdapat sebuah masjid yang baru di bina yakni Masjid Al-bokhari. Pendek kata semuany ada.
Tiga hari bercuti yakni termasuk cuti umum kerana menyambut maudulrasul aku tak ke mana hanya tinggal di rumah sahaja. Pada mulanya bercadang nak balik ke rumah mak mertuaku di Gombak, tapi cucu-cucunya pula bawa dia ke Melaka lalu tak jadilah aku ke rumahnya.
Walau bagai mana pun pada hari sabtu aku dan husband telah pergi ke MAB Brickfields kerana membeli barang-barang yang di pesan oleh beberapa orang rakanku yang tinggal di Brunei sebab kalau tak ada apa-apa halangan insya allah aku dan dua orang rakanku akan terbang ke sana pada 25 mac.
Kami akan berada di sana sampai 30 mac dan kemudian akan bertolak ke Kuching dan balik semula ke KL pada malam 1 april.
Setelah membeli barangan yang di perlukan, kami ke Jalan Masjid India membeli sebuah beg pakaia dan beberapa barangan lain.
Pukul satu lebih kami pun balik sebab kami takut terperangkap di dalam kesesakan jalanraya kerana pada hati itu satu perhimpunan yang telah dirancangn oleh pihak-pihak tertentu di adakan.
Terdapat tiga tempat yang dikenal pasti mengadakan perhimpunan tersebut dan salah satunya di kawasan sogo.
Banyak jalan-jalan telah di adakan road blok oleh pihak polis. Ini menyebabkan jalan semakin sesak.
Swebenarnya tujuan perhimpunan diadakan ialah kerana membantah penggunaan bahasa ingeris dalam mata pelajaran sains dan matmetik.
Pada hari ahad, secara tiba-tiba salah satu akaun gmail aku pula ada masalah. Nasib baik Teddybear salah seorang member ku yang mahir bab-bab komputer telah mengajar aku semula untuk membuat akaun tersebut akhirnya alhamdulillah ianya dapat di selesaikan dengan baik. Tetapi selepas akaun tersebut selesai, pada pada keesokan harinya aku dapati punyalah banyak email-emai yang masuk. Yang teruk tu, email yang lama-malam yang dah aku baca dan delete masuk semula. Ianya bermula dari bulan januari 2009 punya email.
Teruk jugalah kerjaku mendelete email-email yang masuk itu.
Pada sebelah petang ahad, aku telah menelepon Zahari atau lebih mesra dengan panggilan along meminta agar dia mengajar aku cara-cara nak transfer dari cd ke laptop.Ini adalah kerana aku telah membeli beberapa keping cd lagu-lagu lama.
Aku sebenarnya memang minat buat kolesi lagu-lagu lama terutama lagu-lagu sekitar tahun enampuluhan dan tujuhpuluhan.
Banyak kenangan-kenangan pahit manis terdapat dalam lagu-lagu sekadar tahun tersebut.
Terimakasih along kerana telah mengajar aku.
Pada mulanya sevgalanya ok tak ada apa-apa masalah.
Proses transer dilakukan dengan elok tanpa sebarang masalah.
Namun pada keesokan harinya pula apa bila aku membuka semula lagu-lagu tersebut kerana aku nak edit atau nak tulis tajuk-tajuk lagu tersebut, aku dapati masalah untuk memberhentikan lagu-lagu tersebut tak boleh.
Puas berbagai-bagai cara aku lakukan tapi tak boleh juga. Aku tak tahu apa puncanya. Apakah sebab pada semalamnya ada ada buat update beberapa program dengan Teddybar yang menyebabkan laptop ku tak boleh memberhentikan cd-cd tersebut?
Aku pun lalu menelepon Teddybear. Pada mulanya dia mengajar aku melalui telepon, setelah di cjuba beberapa kali namun tak berjaya juga dan akhirnya dia minta aku masuk skype saja lalu dia pun mengajar aku melalui skype.
Pua juga dia cuba dan dia pun merasa hairan kenapa hal tersebut boleh terjadi.
Dia kemudian, menyuruh aku tekan itu dan ini aku hanya mengikut arahannya sahaja.
Akhirnya dia pun dapat cari apa puncanya dan rupanya ianya perlu di lakukan satu setting iaitu dari wma ke mp3.
Oleh kerana dia pun dah lama tak buat jadi dia pun dah agak terlupa maka kami pun cuba membuatnya bersama.
Akhirnya atas kepandaiann yang dia miliki akhirnya masalah tersebut telah boleh diselesaikan degan selamatnya.
Sekali lagi terimakasih Teddybear.
sekian wassalam.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam adalah hari ahad.Seperti biasa hari ahad dan sabtu aku tak bekerja. Seperti biasalah kalau hujung-hujung minggu aku akan mengemas rumah dan membuat apa-apa yang patut.Biasanya aku buat selepas selesai sembahyang subuh.
Aku tak suka tidur semula lepas sembahyang subuh. Kalau aku tidur juga nanti kepala aku jadi pening. Kecualilah kalau mengantuk sangat baru aku tidur itu pun sekejap. Jadi lebih baik aku buat kerja rumah atau buka laptop.
Kalau aku dah kemas pada hari sabtu jadi hari ahad aku tak perlu kemas lagilah.
Oleh kerana di rumah cuma kami berdua sahaja iaitu aku dan husband jadi rumah pun taklah bersepah sangat.
Cuma terdapat habuk-habuk sahaja. Maklumlah tinggal di rumah flat habuk memang tak boleh di elakan.
Walau pun kita sapu dan mok lantai namun habuk tetap ada.
Lebih-lebih lagi kalau guna karpet lagi lah berhabuk.
Oleh kerana pada hari sabtu aku dah kemas jadi aku pun tak ada apa-apa nak buat. Jadi aku pun on laptop aku.
Seperti biasa, aku makan nasi untuk breakfast. Jadi lunch time aku tak perlu makan lagi sebab kenyangnya sampai ke petang.
Cuma my husband saja yang tak suka makan nasi untuk breakfast.Dia juga tak suka makan breakfast awal pagi.
Pukul 9.00 lebih baru dia turun ke bawah untuk cari breakfast
di kawasan flat tempat aku tinggal terdapat beberapa buah kedai makan dan gerai yang menjual makanan.
Kadang-kadang dia makan di bawah dan kadang-kadang dia bawa naik makan di rumah saja.
Kemudian husband ku kata air tak ada dan tak tahu apa puncaknya sama ada pihak DBKL suci tangki atau paip pecah.
Pukul 9.30 biasanya aku akan buka siaran warna singapore untuk mendengar pentas radio yang di siarkan pada pukul 10.05 pagi.
Sememangnya ddari kecil lagi aku memang gemar mendengar siaran pentas radio. Jika dulu kita boleh mendengarnya melalui radio,
tapi sekarang dah tak boleh. Kena on internet untuk masuk ke siaran warna. Itu pun siarannya tak berapa elok
sebab sering berlaku siaran terputus-putus. Kadang-kadang geram juga bila kita tengah sedap mendengar cerita menarik kat warna tiba-tiba senyap. Kena tunggu kemudian berbunyi semula. Ada masa tu lama baru pulih balik. Yang geram tu bila cakap dua tiga patah perkataan putus. Itu biasanya berlaku bila internet tak elok atau ada masalah kabel.
Kalau internet dan kabel ok maka masalah putus-putus kuranglah berlaku.
Kira-kira pukul 11.00 lebih mulalah bunyi bising di bawah flat ku sebab ada kenduri kahwin. Bukan bising bunyi suara orang bercakap sebab aku tinggal di tingkat7 tapi bising bunyi mereka pasang CD memainkan lagu-lagu pengantin.
Pukul 1.30 aku pun menunaikan sembahyang zuhor dan bersiap untuk ke Cheras sebab biasanya pada hari ahad aku dan seorang lagi rakanku iaitu Hamenah akan ke sana untuk mengikuti klas mengaji al quran
Pukul 2.00 lebih aku dan husband dah sampai di bawah kondo sebab biasanya di situ senang sikit nak dapatkan teksi.
Hampir 10 minit baru Hamenah termuncul. Dia tinggal di flat Seri Selanggor atau di kenali juga dengan nama Samping flat. Sedangkan aku tinggal di flat Seri Serawak. Jaraknya taklah berapa jauh lebih kurang 10 hingga 20 minit sampailah tak lama kemudian teksi pun sampai
Kami sampai di Cheras lebih kurang pukul 2.50 petang.
Sesampai sahaja kak rumah Kurafeah tapi lebih mesra dengan panggilan kak Ku saja yang mengajar kami mengaji sedang menunaikan sembahyang zuhor.
Sementara menunggu kak Ku selesai menunaikan sembahyang, kami pun berbual sekejap dengan husband kak Ku iaitu abangt Zainal.
Tiba-tiba ku dapati tongkat ku tak ada dalam bbeg. Ini sudah pasti tongkat aku tercicir dalam teksi semasa aku nak keluar tadi. Sebab kata Hamenah dia tak dengar pun bunyi tongkat aku jatuh.
Biasanya klas kami bermula pada pukul 3.00 dan tamat dalam pukul 4.30 petang.
Selepas mengaji, kami pun berbual sambil minum tea dan makan biskut sementara menunggu kak Aishah dan Nurul datang sebab kami akan ke rumah kak Azizah lebih mesra dengan panggilan kakci. yang juga tinggal di Cheras tapi di flat Seri Pulau Pinang sedangkan rumah kak Ku di flat Seri Sabah.
Sedang kami berbual kak Aisah pun call dan suruh kami turun dan tunggu di bawah sebab mereka pun dah nak turun.
Lalu aku dan Hamenah a pun turun dan menunggu mereka dua beranak di tepi tangga.
Kami pergi dengan kereta, Nurul yang bawa.Masa tu hujan dah mulai turun.
Sebelum kami ke rumah kak Azizah kami ke Brickfields mengambil abang Yusoff suami kak Aishah. .
Tujuan kami ke rumah kak Azizah lah kerana pada hari jumaat yang baru lalu abang Said suami kak Azizah baru meninggal dunia. Jadi kami tak sempat nak ziarah pada hari tersebut.
Kalau tak salah aku pukul lima lebih kami sampai di rumah kak Azizah. . Waktu tu hujan dah mula turun lebat dan kedengaran bunyi guruh yang agak kuat juga.
Di rumahnya yang ada ketika itu dia dengan anak perempuannya iaitu Maisarah serta dua tiga orang cucu-cucunya iaitu anak kepada Maisara dan anak kepada anak sulungnya iaitu Nasran. Maisarah pun sedang sarat mengandung kalau tak silap aku sebulan dua lagi dia akan melahirkan anaknya yang ketiga.
Lebih kurang setengah jam lebih, kami berada di rumah kak Azizah kami pun minta diri sebab aku dan Hamenah nak balik lagi pun kami berdua belum lagi sembahyang asar. Setelah bersalam-salaman, kami pun turun dan Nurul hantar kami dekat stetion teksi yang berhampiran dengan flat tersebut.
Lama juga aku dan Hamenah menunggu teksi. Hujan pada ketika itu dah mulai renyai-renyai. Akhirnya teksi pun sampai dan kami sampai di rumah masing-masing kira-kira pukul tujuh lebih. Sempatlah aku menunaikan fardhu asar.
Sekian wassalam.
Bengkel membuat sampul surat sebenarnya di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM.
ianya juga adalah di bawah pengurusan seorang pak haji kalau tak silap namanya Haji Shahabuddin. Dia jarang datang dalam seminggu lebih kurang sekali atau dua kali sahaja. Itu pun biasanya dia akan terus masuk ke bilik atau ke pejabat encik Sabri berbincang atas urusan kerja.
Dia jarang berbual dengan kami tak tahulah mungkin dia segan kot maklumlah pekerja-pekerja di bengkel tersebut semuanya wanita sedang kan dia seorang pak haji dan seorang yang normal pula.
Sebenarnya sampul-sampul surat yang kami buat adalah berdasarkan permintaan yang di minta.
Kalau banyak permintaan maka banyaklah sampul yang perlu kami siap.
Biasanya kami dapat permintaan atau tender dari ajensi-ajensi kerajaan termasuk dari pihak hospital.
Sebab itulah di sampul surat tersebut akan ada cop mohor raja. Terdapat tiga jenis saiz. Iaitu,
Yang pertama saiz terkecil.
Yang kedua sederhana dan
Yang ketiga, besar biasanya digunakan untuk x-tray.
Bayaran yang di beri juga mengikut saiz sampul surat.
Yang kecil biasanya RM2.00 untuk seribu sampul surat.
Yang sederhana RM2.50 untuk seribu sampul surat
dan RM5.00 500 sampul surat untuk saiz yang besar.
Proses membuat sampul surat tersebut adalah bermula setelah mr Bala telah memotong kertas-kertas tersebut mengikut saiz.
Kami akan mengambil dan membawa kertas-kertas tersebut ke meja atau tempat masing-masing.
Kemudian kertas tersebut akan di lipat bahagian tepi mengikut garisan.Lipatannya perlu betul dan kemas, jika tak nanti berlubang atau bocor bahagian bawah dan sudah tentu akan di reject atau di tolak.
Setelah lipat kena sapu gam di tengah-tengah lipatan. Bahagian ini biasanya bagiOKU penglihatan susah sikit sebab ianya tak boleh sikit pun kotor dan ianya memerlukan mata. Sedangkan mereka yang mempunyai penglihatan yang ok pun selalu berlaku titik-titik gam ini kan kita yang tak nampak.
Oleh itu aku biasanya buat bahagian lipat dan kira jumlah sampul yang mereka dahsiap gam sampul-sampul tersebut di susun 25 keping dan di ikat.
Kemudian aku akan susun dalam kotak. Setiap kotak boleh muat 200 sampul. Ini adalah untuk memudahkan pihak JKM membuat bayaran.
Oleh kerana terlalu banyak sampul yang perlu kami siap maka kami bekerja sampai ke malam.
Kami cuma berhenti bila waktu makan dan sembahyang. Kami bekerja dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 5.00 petang kalau nak ikut waktu pejabat. Oleh kerana tak sempat nak siap jadi kami pun sambunglah sampai malam.
Khamis separuh hari manakala jumaat hari cuti tapi untuk menambahkan pendapatan kami buat juga lah kalau tak ke mana-mana. Selain daripada kami mendapat bayaran hasil dari membuat sampul, kami juga dapa elaun dari JKM iaitu RM50 sebulan pada ketika itu.
Setiap hujung bulan, puanm Ainun atau puan Zakiah dari JKM akan datang membuat bayaran kepada kami termasuk bagi elaun atau EPC kepada kami.
Kalau nak ikut memanglah tak cukup pendapatan yang kami perolehi tu, tapi nasib baik makan dan minum di taja atau di beri oleh pihak JKM.
Setiap hari pegawai dari JKM akan datang membawa barang-barang untuk di masak seperti ikan, sayur-sayuran, bawang, cili, minyak masak dan sebagainya. Kak Saerah lah yang akan masak untuk kami semua.
Kak Saerah ni seorang yang normal tapi dia ada masalah keluarga.
Dia sudah pun berkahwin dengan seorang warga Indonesia dan mempunyai dua orang anak.
Yang lelaki bernama Mohd Hanipa ketika itu berusia 4 atau 5 tahun.
Manakala seorang lagi perumpuan bernama Siti Munira berusia 1 tahun lebih.
Suaminya tidak tinggal di situ sebab dia bekerja kontrak di Johor dan sebulan atau dua bulan sekali baru dia balik tengok anak dan isterinya.
Biasanya kak Saerah dan anak-anaknya akan tidur di bahagian dapur sebab ruang dapur besar dan di situ terdapat sebuah katil besar yang terletak di satu sudut.
Jadi mudahlah kalau suaminya datang sesekali ke bengkel tersebut.
Kebetulan pula bilik air terletak di bahagian luar belakang dapur. Jadi kalau nak ke bilik air waktu tengah malam tak lah takut
sebab Kak Saerah tidur di situ.
Sebenarnya bengkel tersebut adalah sebuah bangunan bekas penjara lama yang di gunakan untuk hukuman gantung.
Walau pun ianya terletak di tepi jalan, tapi agak ke dalam sedikit dan jauh dari rumah orang.
Di bahagian belakang bengel tersebut terdapat hutan dan kebun sayur kepunyaan taukeh cina.
Kemudahan telepon tak ada kalau nak telepon terpaksa berjalan keluar kena seberang jalan,
ke rumah flat yang letaknya lebih kurang 100 meter kalau tak salah aku.
Pada waktu malam memang agak sunyi yang kedengaran hanyalah kenderaan yang lalu lalang sahaja.
Namun nasib baik ada sebuah tv di sediakan dan di letak di bahagian dapur berhadapan dengan tempat kami bekerja.
Sebelum kami tinggal di situ, terdapat sekumpulan pekerja-pekerja lelaki lebih kurang 20 orang yang OKU bekerja buat sampul surat dan tinggal di situ.
Menmurut kata mereka semasa mereka tinggal di situ hampir setiap malam mereka akan terdengar bumyi orang mandi dan air selalu terbuka di bilik air.
Bila mereka pergi tengok tak ada orang pun dan keadaan bilik air atau bilik mandi biasa saja.Mereka juga pernah nampak ada lembaga yang memakai pakaian warna putih melintasi tempat mereka terutama pada waktu tengah malam.
Alhamdulillah semasa kami tinggal di situ belum pernah lagi terdengar orang mandi di bilik air.Tapi pernah orang ternampak kelabat lembaga lalu dalam bengel
Sebenarnya bangunan atau bengel tersebuat kawasannya agak luas dan besar. Ianya terbahagi kepada beberapa bahagian.
Kami cuma guna tiga bahagian sahaja. iaitu bahagian tengah tempat kami bbuat sampul surat, bilik sebelah belakang iaitu dapur dan bilik sebelah kanan hujung sebagai bilik tidur.
Manakala bilik sebelah kiri hujung kosong. Tapi di bahagian situ agak seram sikit sebab gelap.
Tapi di dalam bilik tersebut ada terdapat beberapa buah katil dan entah apa-apa barang termasuk tali. Aku difahamkan di situlah tempat banduan-banduan menjalani hukuman gantung.
Aku pernah masuk ke situ sebab nak tahu apa yang ada budak-budak lain semuanya takut mungkin sebab mereka nampak bilik tu seram kot sebab tu mereka tak berani masuk.
Aku masuk pun sebab pada suatu hari, semasa kami sedang membuat kerja, dua orang pegawai kebajikanmasyarakat dari ibu pejabat telah membawa seorang yang mengalami sakit jiwa tinggal dengan kami.
Aku masih ingat namanya Sofiah. Umurnya masih muda lebih kurang 19 tahun. Dia hanya pakai baju tapi pakaian dalam dia tak pakai. Dia lari dari rumahnya yang terletak di Ipoh Perak. Aku di fahamkan bapanya kahwin lain. Dia tinggal bersama mak tiri, tapi mereka selalu bergaduh.
Dia juga ada abang yang kerjanya membawa lori. Budak-budak lain takut nak layan dia jadi aku lah yang selalu layan dia. Pada mulanya dia tak nak cakap tetapi oleh kerana aku selalu ajak dia makan dan layan lama kelamaan dia nak bercakap dengan aku.
Dia suka duduk tepi longkang. Bila ada lori lalu depan bengkel nanti dia akan tepuk tangan dan memanggil nama abangnya. Mungikin dia ingat itu abang dia kot.
Pada mulanya tu aku takut juga berhadapan dengan orang macam ni, sebab aku di fahamkan dia boleh cekik orang bila angin dia naik.
Pernah sekali tu dia menjerit dan mengamuk semua orang lari takut. Aku buat tak tahu saja akhirnya dia datang pada aku dan duduk sebelah aku. Menurut kata member dia renung aku semacam sahaja. Alhamdulillah dia tak apa-apa kan aku.
Satu perangai yang anih dia tak nak tidur di bilik kami. Dia tidur di bilik atau di bahagian yang kosong yang orang takut nak masuk.
Dia tidur sorang sahaja kat situ. Aku ikut dia masuk ke tempat tersebut. Memang seram jugalah masuk bilik tu. Aku berbual-bual dengan dia waktu tu dah malam benar. Keadaan bilik tu pun sunyi ajer.
Budak-budak lain sibuk cari aku sebab mereka tak nampak aku. Puas mereka cari aku dalam bilik tidur tak ada, tempat membuat sampul surat tak ada dan di dapur pun tak ada. Aku dengar suara Bakyah yang sememangnya suara kuat menjerit-jerit panggil aku “kakros, kakros.”
Mereka terperanjat bbila mereka ternampak aku keluar dari tempat yang gelap tu. Sebenarnya mereka takut juga kalau si Sopiah apa-apakan aku.
Walau bagai mana pun Sofiah tak lama tinggal di bengkel tersebut lebih kurang dua atau tiga minggu sahaja sebab dia suka menangis dan tak nak makan. Selalu panggil abang dia. Akhirnya pihak Kebajian telah menghubungi abangnya. Lalu abangnya pun datang nak menjemput dia.
Apa lagi sebaik sahaja dia ternampak abang dia datang dia terus peluk abangnya sekuat-kuat hati macam tak nak lepas.
Sebenarnya bukan Sofiah saja yang menghidap penyakit jiwa yang di hantar ke situ ada lagi beberapa orang yang menghidap penyakit jiwa dan macam-macam lagi orang-orang yang di hantar ke situ.
Nanti akan ku cerita lagi di bahagian ketiga.
Sememangnyalah berbagai-bagai ragam manusia yang ku temui ketika berada di bengkel tersebut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Akhir-akhir ini boleh di katakan bandar Kuala Lumpur sering di landa hujan. Sama ada ianya turun pada waktu pagi atau petang.
Sebagai cuntoh, pada hari rabu yang baru lalu, awal pagi lagi hujan telah turun dengan lebatnya.
Alhamdulillah pada pukul tujuh hujan telah mula berhenti. Kalau tak susah juga nak ke tempat kerja.
Oleh kerana awal lagi hujan telah turun, maka di sana sini terdapat sikit-sikit air bertakung.
Namun pada sebelah petangnya, hujan telah turun dengan agak lebat dan di ikuti dengan bunyi guruh yang agak kuat.
Kira-kira pukul 6.20, husband call aku dari lobby meminta agar aku membawa turun payung. Memang telah menjadi kebiasaan aku, akan letak atau tinggal sebuah payung di office supaya mudah jika hujan turun tiba-tiba pada sebelah petang.
Setiap petang husband aku akan menunggu aku di bahagian lobby sampai aku habis kerja.
Sebenarnya bilik operator aku di tingkat 13. Biasanya kalau pukul 6.00 lebih suasana di tingkat 13 agak sunyi dan sepi.
Cuma kadang-kadang adalah beberapa orang staff yang masih belum balik dan kebiasaannya boss-boss lah yang lambat balik.
mungkin mereka nak siap kerja-kerja yang belum habis. Manakala yang lain sudah balik.
Office aku sebenarnya bermula pada pukul 8.45 dan tamat pada pukul 5.30 petang dari hari isnin sampai jumaat.
Sebagai operator kami terpaksa masuk kerja pukul 8.00 dan habis pada pukul 6.30 petang. Itu di kira over time dan ikut giliran yang telah dijadualkan.
Ini adalah kerana terdapat juga staff atau deapartment lain yang lambat balik seperti bahagian listing. Sebab semua company yang di senaraikan di bawah Burs Malaysi akan menghantar laporan urusniaga masing-masing setiap hari selepas pukul 5.00 petang.
Waktu ni di kira sibuk juga sebab call banyak masuk, terutama bila berlakunya sistem down lagi lah sibuk call masuk tak berhenti-henti.
Walau pun ada direct line di sediakan tapi bila call dah terlalu masuk line tersebut pun jadi jem.
Yang jadi mangsa kena marah dan sebagainya kami lah operator. Habis nak buat macam mana banyak-banyaklah bersabar kata a orang.
Namun ada juga deapartment yang beroperasi 24 jam iaitu deapartment IT atau help-desk.
Ianya terletak di tingkat 3. Untuk masuk ke deapartment tersebut memanglah sukar sekali kerana ia di kawal ketat,
sebab ianya merupakan deapartment yang paling penting dan sulit.
Pernah sekali aku masuk ke deapartment tersebut kerana nak beri barang kepada seseorang.
Sampai di tingkat 3, kena masuk sebuah bbilik khas.
Bilik tersebut kecil sahaja, ada kamera yang akan scan kita. Tujuannya untuk memastikan bahwa sesiapa yang hendak masuk ke deapartment tersebut tidak membawa masuk atau membawa keluar apa-apa barang atau dokument dari deapartment tersebut.
Di dalam deapartment tersebut keadaannya begitu sejuk sekali.
Tepat pukul 6.30 aku pun turun ke bawah. Sesampai saja di lobby hujan masih lebat.
Salah seorang petugas polis bantuan yang berada di situ mencadangkan agar aku dan husband pergi minum di kantin dulu sementara menunggu hujan yang masih lebat.
Pada mulanya aku setuju juga, tapi setelah sampai separuh jalan menghala ke kantin, aku rasa malas pula sebab aku tahu waktu hujan-hujan biasanya di kantin penuh orang yang akan lepak-lepak dan minum-minum di situ.
Tambah pula sekarang ni bangunan kami disewa oleh 2 company iaitu HSBC propety yang menywa dari tingkat 5, 6, 7 dan 8. Staff mereka ramai dekat 2000 orang. Staff mereka ikut shief sampai pukul 12.00 malam kerana ikut internasional time.
Selain dari HSBC, astro juga menyewa di bahagian belakang berhampiran dengan laibrary kami dan kantin.
Lalu aku dan husband pun teruslah balik tak jadi singgah kantin. Oleh kerana hujan yang masih turun agak lebat dan kedengaran juga bunyi guruh sesekali, walau pun kami pakai payung namun baju dan tudung aku basah juga. Maklumlah satu payung kongsi dua orang.
Jalan memanglah agak licin dan kenderaan pun agak jem. Kami pun berjalan agak perlahan sedikit dan akhirnya kami pun sampai kat PuduRraya.
Semasa kami melintasi Pudu Raya, kami terserempak dengan Saliza anak buah husband ku yang nak balik ke Melaka.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan Along berkerja di salah sebuah syarikat guaman yang terletak dekat jalan Raja Laut. Dia tinggal di Melaka bersama suami dan anak-anaknya. Ini bererti dia akan berulang alik dari MEelaka ke KL setiap hari.
Kami berbual sekejap sahaja sebab dia nak naik bas pukul 7.00 dan sampai di Melaka biasanya husband dia tunggu kat stetion.
Dari Pudu Raya kami berjalan menuju ke stesion star-LRT. Semasa sampai berhampiran dengan kaki lima star-LRT terdapat takungan air yang agak banyak dan biasanya kat situ lah air selalu bertakung. Nak tak nak terpaksa lompat juga dan nasib baik tak jatuh.
Sesampai saja di stetion Hang Tuah tempat selalu kami berhenti, orang begitu ramai sebab sana sini air bertakung. Husband aku telah mengikut jalan sebelah atas jadi kuranglah sikit air bertakung namun terdapat banyak pula batu-batu dan jalannya pun tak lah berapa elok. Sebab satu projek membesarkan jalan sedang di lakukan kat situ. Jadi terdapat jalan yang di tutup dan kat situ juga jalannya agak jem.
Akhirnya kami pun sampai di hadapan flat. Seluruh baju, tudung dan kasut ku habis basah kuyup.
Nasib baik kami tak tunggu hujan berhenti kalau tak entah pukul berapa sampai rumah sebab masa kami sampai ke rumah pun hujan masih belum berhenti lagi.
sekian tamat.
Pada tahun 1986 ketika aku tinggal di kampung, tiba-tiba pada suatu hari dua orang pegawai dari pejabat kebajikan masyarakat telah datang ke rumah ku dan membawa aku ke sebuah bengkel membuat sampul surat yang terletak di kawasan batu dua Alor Malai Alor Setar Kedah.
Tempatnya tak jauh Boleh jalan kaki pun lebih kurang dua puluh minit saja dari rumah ku. Ianya terletak tepi jalan.
Sesampai saja aku di situ, aku disambut oleh kak Saerah bertugas sebagai tukang masak dan sekali gus menjadi penjaga kepada pekerja-pekerja di situ.
Aku juga diperkenalkan kepada encik Sabri salah seorang petugas atau pegawai di situ. Beliau juga seorang cacat anggota. Sebelah dari bahunya macam jatuh ke bawah dan kakinya pun ada sikit cacat dan jalan pun macam capek-capek kata orang.
Kemudian aku diperkenalkan pula kepada Bakyah yang berasal dari Taulang kawasan Pokok Sena.
Cacatnya taklah berapa ketara dia hanya mengalami tangan dan kaki yang kedudukannya senget atau bengkok sikit. Kalau di pandang sekali lalu memang tak perasan. Tapi kalau kita berjalan dengan dia kita boleh rasa dia jalan macam heret kaki. Orangnya agak peramah dan senang mesra dengan sesiapa.
Suaranya pun kalau bercakap agak kuat juga.
Kemudian aku di perkenalkan pula dengan kak Hasnah. Dia mengalami cacat bahu dan sebelah tangannya terpusing ke belakang dan lembik. Ini bererti dia hanya boleh guna sebelah tangan sahaja untuk membuat kerja-kerja.
Orangnya agak pendiam dan bersopan.
Di sebelah kak Hasnah, ialah Ssodah. Dia ni seorang yang bisu. Dia tak tinggal di bengkel. Setiap hari dia akan berulang alik dari rumahnya ke bengkel tersebut.
Terdapat seorang lagi yang bisu namanya Salina. Antara Salina dan Saodah ada perbezaannya walau pun mereka ini bisu dan pekak.
Salina belajar sampai tingkatan tiga. Jadi untuk berbicara dengannya tak berapa susah sebab kita boleh tulis perkataan atau menggunakan bahasa isyarat. Aku sempatlah belajar sikit-sikit bahasa isyarat tu.
Dari mulutnya kita boleh dengar sikit-sikit hujung perkataan yang keluar. Sebagai cuntoh, kalau dia nak sebut perkataan mandi. Kita akan dengar dia sebut macam ni. ma ma ma ma andi. Awal perkataan tu memanglah tak jelas atau terang tapi yang hujung tu kita bolehlah faham.
Berbeza dengan Saodah yang tak pernah bersekolah. Oleh itu dia tak berapa pandai menulis dan membaca apa yang kita tulis. Untuk berbicara dengan dia kena tunjuk benda atau dia akan tengok gerak bibir kita. Lagi pun tak ada perkataan yang keluar dari mulut dia. Yang kedengaran hanyalah bunyi bising sahaja. Dia seorang bunyi macam sepuluh orang kalau dia dah naik angin.
Tapi kalau di bandingkan dengan pendengaran pula, Saodah ok jugalah sebab dia boleh dengar sikit-sikit. Kalau kita kat belakang dia dan panggil nama dia, agak kuat sikit “Saodah.” Boleh pula dia dengar dan berpaling kepada kita.
Salina tak boleh dengar. Macam totaly blind. Kalau kita di belakang dia jerit macam nak tercabut anak tekak pun dia tak dengar kena cuit bahu, baru dia berpaling kepada kita.
Walau bagai mana pun kedua-duanya baik suka menolong.
cuma Saodah ni suka mempermainkan orang sikit dia buat kita macam budak-budak kadang-kadang.
Fauziah seorang lagi pekerja di situ. Dia cacat di bahagian kaki. Sebelah kakinya lembik manakala yang sebelah lagi ok tapi tak berapa kuat. Dia guna kerusi roda. Lagi satu dia juga mengalami masalah kulit. Di mana kulit tangan dan kakinya mengerutu dan berbintik-bintik kasar. Memang ketara kalau kita pegang dia. Menurut ceritanya, semasa mak dia mengandungkannya ayah dia bunuh temili. Sejenis binatang termasuk dalam golongan katak. Sebabtulah bila dia di lahirkan kulit dia jadi macam tu. Kata orang tua-tua terkenan. Sama ada betul atau tak, Allah maha mengetahuinya.
Fazidah seorang lagi pekerja di situ. Dia hilang sebelah kaki dari paras punggung. Ini adalah karena dia terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya semasa di tingkatan dua. Sewaktu balik dari sekolah. Dia menggunakan kaki palsu untuk bergerak ke sana dan ke sini. Pernah suatu hari kaki palsu dia patah dan dia tak boleh bergerak terpaksa balik kampung sementara nak pulihkan kaki palsunya ttu.
Kak Robiah atau lebih di kenali sebagai kakcik seorang yang cacat penglihatan. Dia tak pernah bersekolah tapi pandai menghafal al-quran.
Dari kecil dia tinggal dengan neneknya.
Kak Kiah atau Rokiah seorang yang cacat tangan. Dia tak ada sebelah tangan sejak di lahirkan lagi. Selain dari itu dia juga ada masalah jiwa. Hari-hari dia kena makan ubat kalau tak penyakitnya akan datang balik. Oleh kerana dia terlalu banyak makan ubat agaknya, lidah dia pun macam bergulong-gulong sikit. Lebih kurang macam bunyi orang lepas makan sireh.
Seorang lagi pekerja di bengkel tersebut ialah Nazirah. Dari segi anggota dia tidak mengalami sebarang kecacatan. Cuma dia ni seorang kerdil. Kepalanya paras bawah bahu aku sahaja. Namun badannya agak bulat dan gempal. Oleh kerena dia seorang kerdil, sebuah kerusi dan meja rendah macam kanak-kanak tabika terpaksa di sediakan untuknya duduk atau buat kerja.
Kak Aminah seorang lagi yang mempunyai cukup sifat anggota bekerja di situ. Cuma apa yang pasti dia mengalami masalah jiwa.
Orangnya agak pendiam dan berumur sikit. Di antara ramai-ramai dia yang paling tua. Kalau kita berbual dengannya sekejap mungkin tak ketara sangat, tapi bila kita dah lama berbual baru kita perasaan yang dia ada masalah jiwa.
Dia akan ulang apa yang dia cakap dan akan tanya beberapa kali soalan yang sama kepada kita.
Ada seorang lagi pekerja iaitu Bala. Dia cacat kaki sebelahnya pendek. Tapi dia jarang datang ke bengkel tersebut sebab dia ada kerja lain.
Cuma dia datang pada hari jumaat dan sabtu. tugas dia potong kertas dengan menggunakan mesin pemotong.Orangnya ok dan fasih berbahasa melayu.
sambungan di bahagian kedua.
assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada rakan-rakan yang di kasihi.
Lemahnya Diri Ini.
Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri
Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri
Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri
Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri
Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang
Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan
Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri
Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti
Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri
Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling
Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi
Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari'at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat
Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI
sekian wassalam
yang benar
kakros
assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sinar hidup baru.
Biar pun jauh beribu batu
Namum kau tetap dekat disisiku
Ku mengerti luahan hati mu
setiap baris kata mu
seribu persoalan buat ku
Detik demi detik yang berlalu
menceritakan kisah perit mu
kata mu
kusangka panas hinga ke petang
rupanya taufan yang mendatang
di sini di lembah ini
telah terkubur sejuta kenangan
ditiup keras taufan yang mendatang
dan bertaburan debu sepi berterbangan
yang tak kan mungkin dapat terulang
kini aku tersenyum sendiri
kerana hadir mu membawa seri
lenyaplah segala kisah sepi
yang selama ini menghantui
Terima kasih sekali lagi
Kau yg memahami
kau yang mengerti
kau yang menyayangi
sehingga terubat segala sepi
sekian wassalam
yang benar
kakros
puisi Hidup ini umpama roda.
mereka berkata hidup itu umpama roda
sekejap kita di atas
sekejap kita di bawah.
namun hidup tidak berputar
masa lah yang berputar
maka masa itulah roda
dan hidup itu jalannya.
siang dan malam silih berganti
hari,minggu, bulan dan tahun berulang-ulang
musim bunga,panas,luruh dan sejuk juga berputar
dalam putaran itu masa berjalan atas kehidupaa.
dunia ini hidup maka pasti punya matinya
akhir riwayat dunia dipanggil kiamat
akhir riwayat manusia dipanggil ajal
tibanya ajal maka jalan hidup manusia tamat.
setiap garis mula pasti ada garis penamat
maka melepasi garis penamat itu, kemenangan apakah yang kau cari?
ada yang berkata hidup satu perlumbaan
namun kau tidak berlumba dengan sesiapa.
kerana setiap manusia punya jalan-jalan yang telah ditetapkan
ketetapan jalan itu dipanggil takdir
kau tidak akan dapat mengubah jodohmu
rezekimu,dan ajalmu.
oleh itu, apakah yang kau cari lagi di dunia ini?
apa yang kau bimbang lagi di dunia ini?
apa yang kau resah lagi di dunia ini?
apa lagi yang kau harus usahakan lagi di dunia ini?
jika kau mengetahui akan kejayaan agung itu redha Allah
maka kau akan membekalkan amal soleh yang banyak di dunia
kerana beramal soleh saja mampu meraih redha Allah
mampu capai iman, mampu capai taqwa.
demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh
yang menasihati akan kebenaran
yang menasihati akan kesabaran
di petik dari
surah al-asri.
sekian wassalam
Puisi asyik.
Assalamualaikum. .
Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu
Jangan Asyik mengata orang.
Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchat-chat di internet ,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergebang di telefon,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber-email dengan kawan,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone,
Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah,
Al-Quran kamu tak baca
Kenapa tak baca?
Tak sempat
Busy
Tak faham
Tak reti
Malas
dapat surat dari pejabat tanah
dalam bahasa melayu
kamu boleh baca
dapat surat lawyer
dalam bahasa inggeris
kamu boleh baca
dapat surat daripada Allah
dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca
apa nak jadi?
Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini
Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!
Untuk perhatian :
jangan puisi ini disalah tafsir pula,
bukan berkhutbah,
cuba betul diri
ini cuma sekadar peringatan untuk saudara sekalian dan diri sendiri jua
__._,_.___
Yang benar,
Kakros
Semalam 14 Februari rumahku di kunjungi sepasang suami isteri. Mereka ialah
puan Asiah Yeop Kamaruddin yang lebih mesra dengan panggilan kak Asiah.
Manakala suaminya iaitu Abu Seman yang lebih mesra dengan panggilan abang Abu sahaja.
Sebenarnya dah banyak kali mereka buat rancangan untuk datang ke rumahku, tetapi oleh kerana ada sahaja halangan yang tak disengajakan seperti aku terpaksa mengikuti kursus atau samenar sama ada dianjurkan oleh persatuan atau opis ku. Ada kalanya pula terpaksa ke opis atas urusan kerja dan macam-macam lagilah halangan.
Biasanya program-program tersebut di adakan pada hari sabtu. Manakala pada hari ahad pula biasanya aku ke Cheras kerana menghadiri klas mengaji alquran.
Oleh kerana semalam aku tak mempunyai sebarang urusan lalu aku pun bersetuju untuk menunggu mereka di rumah.
Sudah menjadi kebiasan ku jika ada tetamu yang hendak datang ke rumah aku akan mengemas rumah dan memasak lebih awal. Jadi jika tetamu dah sampai semua dah ku siap.
Oleh kerana awal-awal lagi kak Asiah dah berpesan meminta aku buat jemput-jemput ikan iblis sebab dia memag suka makan jemput-jemput cuma dia tak berapa pandai bak bancuh atau membuatnya.
Nak suruh dua orang anak daranya buat maklumlah budak-budak zaman sekarang mana nak ke dapur sangat tambahan pula kalau mereka dah berkerja dan mempunyai kereta sendiri panjanglah langkahnya.
Bila cuti selagi matahari tak naik ke kepala tak bangunlah budak-budak tu. kata kak asiah.
Lalu abang Shariff pun pergilah ke pasar awal sikit sebab mereka berjanji akan datang mungkin dalam pukul duabelas.
Aku bertanya sama ada mereka nak makan nasi atau tak. Sebab aku memang jarang masak untuk lunch. Ini adalah kerana biasanya aku makan nasi tak kiralah nasi goreng ke, nasi lemak, nasi kerabu ke, bihoon ke atau sebagainya yang agak berat untuk breakfast.
Jadi ianya kenyang sampai ke petang.
Kata kak Asiah nasi tak payahlah dia nak makan jemput-jemput juga.
Abang Sariff belikan tepung, udang basah bawang dan sebagainya.
Setelah selesai mengemas aku pun ke dapur terus menyiapkan bahan-bahan untuk membuat jemput-jemput. Semntara abang Shariff ke Loyat kat Bukit Bintang sebab nak beli kad reader.
Aku cari ikan bilis dalam bekas rupanya ikan bilis dah habis yang tinggal pun sedikit saja.
Aku pun gantikan ikan bilis dengan udang.
Oleh kerena udang yang dibeli agak besar lalu aku pun cincang jadi kecil-kecil.
Aku lebih suka guna bawang besar untuk buat jemput-jemput. Separuh darinya aku akan tumbuk bersama cili dan separuh lagi aku mayang halus sahaja. Biasanya kalau aku buat jemput-jemput udang aku akan campur sedikit tauge dan kucai atau daun sadri. Tapi oleh kerena abang Shariff tak beli lalu aku cuma masukan udang dan bawang sahajalah.
Siap di bancuh, aku pun biarkan dulu sebab bila mereka sampai baru goreng. Makan masa panas-panas baru sedap.
Waktu dah pun pukul sebelas lebih. Aku pun telepon kak Asiah bertanya mereka berada kat mana.
Menurut katanya, mereka baru nak turun dari SBM lepas tu abang Abu nak ke rumah Moktar pula sebab nak bayar barang yang mereka ambil dari dia.
Sementara menunggu mereka sampai aku pun buka laptop ku.
Tak lama kemudian abang Shariff pun balik.
Lalu aku pun cuba kad reader yang baru abang Shariff beli. Sebab kata orang lebih senang guna kad reader dari kabel. walau bagai mana pun bagi aku lebih mudah guna kabel dari kad reader.
Sebab kalau guna kad reader, kita kena keluarkan kad memori dari hanset. Aku cukup takut kalau nak keluarkan kad memori dari hanset sebab kecil sangat dan kuku ku pun pendek susah nak kopek kata orang.
Setelah di cuba beberapa kali tapi malangnya kad reader tersebut tak boleh detect dalam laptop aku.
Aku tak tahu apa masalahnya. Nak kata kad yang di beli rosak tak mungkin, sebab sebelum ni pun abang Shariff ada beli kad reader tapi tak juga boleh.
Sampai pukul satu lebih mereka tak juga sampai-sampai. Aku pun call hanset kak Asiah.
Yang kedengaran hanyalah voicemail saja. Dalam waktu yang sama aku ada terdengar ada suara orang di hadapan rumahku seperti bercakap-cakap.
Kemudian di ikuti ketukan pintu. Abang Shariff pun buka pintu rumpanya mereka dah sampai.
Aku tanya,
“”akak off handset ke?”
Kak Asiah jawab.
“taklah. I on mana ada off.”
kemudian dia pun check ada miss call. Dia kata dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu.
Sebenarnya tujuan utama mereka nak datang ke rumahku adalah kerena nak minta aku masukan lagu-lagu lama seperti lagu Sharifah Aini, Rafeah Buang, A. Ramli dan sebagainya termasuk bacaan al quran ke dalam hanset mereka.
Oleh kerana tak boleh guna kad reader lalu aku terpaksa gunakan juga kabel.
Alhamdulillah boleh pun.
Kak Asiah guna 6120 klasik.
Sekarang ni ramai di kalangan rakan-rakan kita yang mengunakan 6120 sebab harganya agak murah lebih kurang 400 hingga 600 RM, dan boleh masuk talk crack jika di bandingkan dengan handset N78, N81, N96, N79 dan sebagainya yang mana harganya agakmahal melebihi RM1000.
Handsetnya pun ringan dan agak kecil sikit boleh digantung kat leher seperti mana yang di buat oleh kak Asiah.
Sebenarnya ini lebih terjamin jika di bandingkan kita letak dalam beg. Terutama kalau kita nak pergi sembahyang kat surau MAB. Aku sendiri pun kadang-kadang risau bila letak beg kat tepi dinding dan pergi ke bilik air atau ambil air sembahyang.
Sebab aku di fahamkan dah banyak hanset hilang kat surau atau di kawasan MAB. Maklumlah kawasan kat situ agak terbuka dan sesiapa pun boleh keluar masuk walau pun ada pengawal keselamatan.
Untuk memudahkan aku memasukan lagu-lagu yang kak Asiah minati lalu aku pun pindahkan lagu-lagu tersebut ke dalam my document.
Setelah dia berpuas hati baru aku transper dengan menggunakan kabel.
Sementara abang Shariff telah menghidangkan mereka makan jemput-jemput setelah mereka selesai menunai fardhu zohor.
Selepas selesai aku memasukan lagu-lagu dan alquran ke dalam hanset kak Asiah, kini aku buat untuk abang Abu pula.
Abang Abu pun guna 6120 klasik juga tapi dia bbeli dari Moktar. Menurut kata kak Asiah, Moktar baru guna sebulan dan di jual kepada abang Abu dan dia beli yang baru N73.
Seperti biasa aku pun sambungkan hanset abang Abu ke laptop dengan menggunakan kabel yang sama.
Aku dapati handset abang Abu berbeza dengan kak Asiah punya.
Kak Asiah punya senang detect dan nak cari sim kad dan memori kad pun mudah.
Walau bagai mana pun akhirnya aku jumpa sim kad dam mmemori kad tapi bila aku nak masuk untuk program tak boleh.
Di dalam memori kadnya ada lagu-lagu ingeris, tapi bila aku cuba masuk dengan menekan enter tak boleh masuk.
Bila aku nak transfer lagu pun tak boleh. Ada message minta di tukar file yang terdapat di dalam handset sebab memori penuh lebih kurang macam tulah.
Padahal memori kad masih banyak yang kosong.
Dia sendiri pun tak tahu apa yang telah di buat oleh si Moktar pada handset tersebut.
Aku cuba bebrapa kali tak boleh juga. Sampai naik mengantuk aku memikirkan bagai mana mencari cara mengatasi masalah tersebut.
Akhirnya abang Abu kata tak apalah kita guna bluetooth untuk transfer.
Aku pun keluarkan handset tersebut dari laptop dan cuba cari file manager pun tak jumpa. Puas di cari baru jumpa tapi lagu-lagu yang Abu sebut tu tak ada pun dalam file manager.
Rupanya ianya berada dalam muzic laibrary.
Di dalamnya punyalah banyak lebih kurang dekat 200 program atau file.
Kebanyakannya sound infect dan storry atau drama.
Aaku rasa ianya di petik dari radio BBC, dan kemudian di transfer ke handset.
Mungkin dia nak dengar kat opis dia kot.
Bunyi-bunyi tu pun kebanyakan berulang seperti bunyi kambinglah,lembulah, kucing, bany menangis, ketawa, bunyi suara perumpuan seksilah dan macam-macam lagi.
Lagu-lagu pun ada tapi tak banyak.
Menurut kata abang Abu tak tahulah sebab Moktar yang masukan dan dia tak buang semua program tersebut.
Ini lah masalahnya sepatutnya kalau kita nak jual handset kita kepada orang lain sebaik-baiknya buang semua program atau file-file di dalamnya biar clear handset tersebut.
Kemudian aku pun masuk beberapa buah lagu ke dalam handset abang Abu dengan menggunkan bluetooth.
Tak sampai 6 lagu rasanya baterinya pun tinggal 1 bar.
Azan asar pun kedengar kat surau rumah ku. abang Shariff pun buat tea o dan di makan dengan biskut kering. Pada mulanya nak gorng keropok tapi kak Asiah kata tak payahlah lagi pun abang Abu tak boleh makan makanan yang berminyak sangat sebab dia ada masalah jantung.
Selepas mereka menunaikan fardhu asar dan minum mereka pun balik.
Abang Shariff tolong dapatkan mereka teksi.
sekian.