Assalamualaikum.
Rasanya dah lama aku tidak menjengok ke blog ku. Ini adalah kerana keadaan kasihatan yang tak mengizinkan. Maklumlah boleh di katakan hampir setiap hari Kuala Lumpur di sirami hujan tidak kira sama ada pagi, petang dan ada kalanya hampir sepanjang hari.
Bila cuaca tak menentu maka kesihatan juga tak menentu jugalah.
Hingga ke hari ni sebenarnya kesihatan ku masih belum pulih sepenuhnya. seselma masih menyerang aku.
Seperti biasa jugalah setiap kali apa bila hujan turun membasahi bumi Kuala Lumpur maka di sana sini air bertakung. Keadaan bertambah buruk kalau hujan turun dengan lebatnya tidak berhenti dalam masa dua atau tiga jam lalu berlakulah banjir kilat.
Pada aku biar hujan pada sebelah tengah hari atau petang daripada hujan di waktu pagi. Ini adalah kerana jika hujan pada waktu pagi, susah sikit nak ke tempat kerja terutama bila hujan lebat atau disertai dengan angin.
Walau pun ada payung tapi kalau dah terlalu lebat atau ada angin yang agak kuat sudah tentu sukar sikit bagi kami yang berjalan kaki dari rumah ke stetion star LRT yang memakan masa lebih kurang 10 minit. Bisanya pada waktu pagi kawasan tempat aku tinggal agak sibuk sikit dengan kenderaan yang lalu lalang maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri.
Yang dewasa sibuk nak ke tempat kerja manakala yang kanak-kanak atau pelajar-pelajar sibuk nak ke sekolah. Walau bagai mana pun minggu ni kurang sibuk sebab sekolah tutup untuk penggal pertama tahun ini.
Biasanya kalau hujan d waktu pagi aku terpaksa bawa extra sarung kaki dan kasut maklumlah air akan bertakung sana dan sini. Tempat yang selalu ditakungi air ialah depan tangga star-LRT menuju ke puduraya.Satu lagi di hadapan nak masuk ke kawasan pejabatku air akan bertakung juga.
Sampai saja kat kawasan yang ada takungan air biasanya husband ku suruh aku lompat sebab mengelakan diri dariada masuk ke dalam air.
Namun kadang kala termasuk juga sebab air yang terlalu banyak bertakung.
Akibat dari pada itu juga hujung baju ku selalu basah.Nasib baik di tempat kerja aku pakai uniform jadi dapatlah aku keringkan bajuku yang dah basah tu.
Di pejabat pula aircon punyalah sejuk kalau waktu hujan. Aku pula mempunyai penyakit kalau sejuk maka kerap akan ke bilik air sebab tak tahan sejuk.
Bila musim hujan ramailah yang demam, seselma, batuk dan sebagainya.
Justeru itu tidak terkecuali aku dapat seselma. Alhamdulillah tak demam atau batuk. Cuma hampir-hampir nak demam tu adalah.
Ini mengingatkan aku ketika aku mengikuti satu rombongan ke Kelantan dan Trrengganu tahun lepas, hujan telah turun boleh dikatakan sepanjang hari. Keadaan di sana pun lebih kurang macam kat KL juga air bertakung sana sini terutama bahagian tepi jalan.
Minta-minta pagi ini janganlah hujan turun macam semalam.
Walau bagai mana pun hujan itu adalah rahmat dari Allah. sebagai manusia kita kenalah terima dengan rasa kesyukuran.
sekian wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan