Sabtu, 18 April 2009

Assalamualaikum.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

rasanya sudah sekian lama aku tidak masuk kerumahku.

 

entah lah  mungkin masa yang tak mengizinkan. ada ajer halangannya.

 

Walau bagaimana pun syukorlah kini aku kembali lagi dan di harap selepas ini tiada sebarang halangan lagi termasuklah masalah blog yang tak dapat masuk.

 

Hari ini hari sabtu cuaca pun bnampaknya alhamdulillah cerah sahaja. tiada tanda-tanda nak hujan.

 

Tapi tak tahulah kalau di sebelah petang nanti. Biasanya bila menjelang tengahari atau petang hujan pun mulalah mencurah-curah dan di iringi dengan guruh dan kilat.

 

Semalam aku berkesempatan on skype dengan abang Syukor dan Teddybear.   Bercerita kisah IT.

 

Tiba Teddybear pula yang hilang entah ke mana.

 

Sementara itu jari jemariku ligat menaip kerana waktu itu sedang berchating dengan seorang gadis bernama Izah yang tinggal di Brunei.

 

Aku berkenalan degannya semasa aku berkunjung ke Brbunei hujung bulan lepas.

 

Sebelum itu aku hanya mendengar suaranya di handset sahaja kerana ustaz Mad Noor yang memperkenalkan aku kepadanya.

 

Orangnya muda lagi berusia awal duapuluhan.  Dia juga seorang peramah walau pun kami baru sekali berjumpa ketika aku menziarahi ke tempat beliau belajar.

 

Izah merupakan seorang pelajar menghafiz alquran di sebuah institut tafsih alquran.

 

Sekarang beliau sedang menghafal ayat-ayat alquran.

 

Menurut katanya beliau memang  berminat mendalami alquran sejak kecil lagi.

 

Ku doakan agar tercapai segala cita-citanya agar beliau menjadi seorang hafizah yang berjaya di masa depan insya allah.

 

 

Macam-macam yang  kami cerita.

 

Aku menjadi kasihan apabila dia meluahkan apa yang terpendam  di dalam sanubarinya.

 

Menurut katanya dia tiada  tempat untuk mengadu dan meluahkan segala masalah.

 

Macam-macam masalah yang sedang di hadapi seperti masalah dengan keluarga, masalah tempat dia belajar dan sebagainya.

 

Sebagai seorang yang lebih dewasa telah banyak  asam garam telah ku rasa maka tak banyak sedikit aku juga dapat merasai apa yang sedang beliau alami.

 

Aku akan cuba sedaya upaya untuk membantu beliau hanya sekadar memberi semangat dan serba sedikit nasihat.

 

Aku bukannya pandai sangat nak beri nasihat kepada orang tapi sikit-sikit tu   boleh lah.

 

Oleh kerana  jarak antara  Brunei dan Malaysia agak jauh, hanya berchating dan berskype di samping sms melalui handset saja yang dapat meghubungi kami.

 

Untuk Izah kakros nasihati agar banyak-banyak bersabar dan hadapilah hidup ini dengan tabah disamping berdoa kepada Allah agar  mempermudahkan segala usaha dan semoga hidupmu lebih berjaya  serta  menjadi seorang wanita yang solehah de masa depan.   amiiiin.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen