Rabu, 25 Februari 2009

Kenangan Ketika Berkerja di Bengkel Membuat Sampul Surat di Alor Setar bahagian pertama..

Pada tahun 1986 ketika aku tinggal di kampung, tiba-tiba pada suatu hari dua orang pegawai dari pejabat kebajikan masyarakat telah datang ke rumah ku  dan membawa aku  ke sebuah bengkel membuat sampul surat yang terletak di kawasan batu dua Alor Malai Alor Setar Kedah.

Tempatnya tak jauh   Boleh jalan kaki pun lebih kurang dua puluh minit saja dari rumah ku. Ianya terletak tepi jalan. 

 

 

Sesampai saja aku di situ, aku disambut oleh kak Saerah bertugas sebagai tukang masak dan sekali gus menjadi penjaga kepada pekerja-pekerja di situ.

 

 

Aku juga diperkenalkan kepada encik Sabri salah seorang petugas atau pegawai  di situ. Beliau juga seorang cacat anggota.  Sebelah dari bahunya macam jatuh ke bawah dan kakinya pun ada sikit cacat dan jalan pun macam capek-capek kata orang.

 

 

Kemudian  aku diperkenalkan pula kepada Bakyah yang berasal dari Taulang kawasan Pokok Sena.

Cacatnya taklah berapa ketara dia hanya mengalami tangan dan kaki yang kedudukannya senget atau bengkok sikit.   Kalau di pandang sekali lalu memang tak perasan. Tapi kalau kita berjalan dengan dia kita boleh rasa dia jalan macam heret kaki. Orangnya agak peramah dan senang mesra dengan sesiapa.

Suaranya pun kalau bercakap agak kuat juga.

 

 

Kemudian aku di perkenalkan pula dengan kak Hasnah. Dia mengalami cacat bahu dan sebelah tangannya terpusing ke belakang dan lembik.  Ini bererti dia hanya boleh guna sebelah tangan sahaja  untuk membuat kerja-kerja.

 

Orangnya  agak pendiam dan bersopan.

 

 

Di sebelah kak Hasnah, ialah Ssodah. Dia ni seorang yang bisu.  Dia tak tinggal di bengkel.   Setiap hari dia akan berulang alik dari rumahnya ke bengkel tersebut.

 

 

Terdapat seorang lagi yang bisu namanya Salina.  Antara Salina dan Saodah ada perbezaannya walau pun mereka ini bisu dan pekak.

 

 

Salina belajar sampai tingkatan tiga.  Jadi untuk berbicara dengannya tak berapa susah sebab kita boleh tulis perkataan atau menggunakan bahasa isyarat.  Aku sempatlah belajar sikit-sikit bahasa isyarat tu.

 

 

Dari mulutnya kita boleh dengar sikit-sikit hujung  perkataan yang keluar.  Sebagai cuntoh, kalau dia nak sebut perkataan mandi. Kita akan dengar dia sebut macam ni. ma ma ma ma andi. Awal perkataan tu memanglah tak jelas atau terang tapi yang hujung tu kita bolehlah faham.

 

 

Berbeza dengan Saodah yang tak pernah bersekolah. Oleh itu dia tak berapa pandai menulis dan membaca apa yang kita tulis.  Untuk berbicara dengan dia kena tunjuk benda atau dia akan tengok gerak bibir kita. Lagi pun tak ada perkataan  yang keluar dari mulut dia.  Yang kedengaran hanyalah bunyi bising sahaja.  Dia seorang bunyi macam sepuluh orang kalau dia dah naik angin.

 

 

Tapi kalau di bandingkan dengan pendengaran pula, Saodah ok jugalah  sebab dia boleh dengar sikit-sikit.  Kalau kita kat belakang dia dan panggil nama dia, agak kuat sikit  “Saodah.”   Boleh pula dia dengar dan berpaling kepada kita.

 

 

Salina tak boleh dengar. Macam totaly blind. Kalau kita di belakang dia jerit macam nak tercabut anak tekak pun dia tak dengar kena cuit bahu, baru dia berpaling kepada kita.

 

 

Walau bagai mana pun kedua-duanya baik suka menolong.

cuma Saodah ni suka mempermainkan orang sikit dia buat kita macam budak-budak kadang-kadang.

 

 

Fauziah seorang lagi pekerja di situ.  Dia cacat di bahagian kaki.  Sebelah kakinya lembik manakala yang sebelah lagi ok tapi  tak berapa kuat.  Dia guna kerusi roda.  Lagi satu dia juga mengalami masalah kulit.   Di mana kulit tangan dan kakinya mengerutu  dan berbintik-bintik kasar.  Memang ketara kalau kita pegang dia. Menurut ceritanya, semasa mak dia mengandungkannya  ayah  dia bunuh temili.  Sejenis binatang termasuk dalam golongan katak.  Sebabtulah bila dia di lahirkan kulit dia jadi macam tu. Kata orang tua-tua terkenan.  Sama ada betul atau tak,  Allah maha mengetahuinya.

 

 

Fazidah seorang lagi pekerja di situ.  Dia hilang sebelah kaki dari paras punggung. Ini adalah karena dia terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya semasa di tingkatan dua.  Sewaktu balik dari sekolah. Dia menggunakan kaki palsu untuk bergerak ke sana dan ke sini. Pernah suatu hari kaki palsu dia patah dan dia tak boleh bergerak terpaksa balik kampung sementara  nak pulihkan kaki palsunya ttu.

 

 

Kak Robiah atau lebih di kenali sebagai kakcik seorang yang cacat penglihatan.  Dia tak pernah bersekolah  tapi pandai  menghafal al-quran.

  Dari kecil dia tinggal dengan neneknya.

 

 

Kak Kiah atau Rokiah seorang yang cacat tangan.  Dia tak ada sebelah tangan sejak di lahirkan lagi.    Selain dari itu dia juga ada masalah  jiwa.  Hari-hari dia kena makan ubat kalau tak penyakitnya akan datang balik. Oleh kerana dia terlalu banyak makan ubat  agaknya, lidah dia pun macam bergulong-gulong  sikit. Lebih kurang macam bunyi orang lepas makan sireh.

 

 

Seorang lagi pekerja di bengkel tersebut ialah Nazirah. Dari segi anggota dia tidak mengalami sebarang kecacatan. Cuma dia ni seorang kerdil. Kepalanya paras bawah bahu aku sahaja. Namun badannya agak bulat dan gempal. Oleh kerena dia seorang kerdil, sebuah kerusi dan meja rendah macam kanak-kanak tabika terpaksa di sediakan untuknya duduk atau buat kerja.

 

 

Kak Aminah seorang lagi yang mempunyai cukup sifat anggota bekerja di situ.  Cuma apa yang pasti dia mengalami masalah jiwa.

Orangnya agak pendiam dan berumur sikit.  Di antara ramai-ramai dia yang paling tua.   Kalau kita berbual dengannya sekejap mungkin tak ketara sangat, tapi bila kita dah lama berbual baru kita perasaan yang dia ada masalah jiwa. 

Dia akan ulang apa yang dia cakap dan akan tanya beberapa kali soalan  yang sama kepada kita.

 

 

Ada seorang lagi pekerja iaitu Bala.  Dia cacat kaki sebelahnya pendek.  Tapi dia jarang datang ke bengkel tersebut sebab dia ada kerja lain.

 

Cuma dia datang pada hari jumaat dan sabtu.  tugas dia potong kertas dengan menggunakan mesin pemotong.Orangnya ok dan fasih berbahasa melayu.

 

sambungan di bahagian kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan