Sabtu, 7 Februari 2009

Kembali ke blog

Sabtu 7 Februari 2009.

 

 

Setelah beberapa hari aku tak berkesempatan untuk  masuk dan menjengok ke blogku,  kini ku kembali semula.

 

Jika boleh setiap hari aku ingin singgah di blog ku ini tapi apa kan daya masa yang begitu terhad buat ku terutama jika hari kerja.

 

 

Siang aku sibuk di tempat kerja. Balik saja ke rumah dalam pukul lapan  mata dah mengantuk.

Tengah malam kira-kira dua lebih baru  aku sempat membuka laptop.

Itu untuk membaca dan membalas email-email yang berlambak-lambak masuk setiap hari.

 

 

Di samping itu aku juga terpaksa melihat email dari office ku sendiri.

Kerana dari situ lah aku akan mendapat tahu apa yang berlaku dan berita-berita terkini di pejabatku.

Aku juga akan membaca bebrapa surat khabar seperti kosmo, utasan  dan mymetro sekadar pengetahuanku.

Jika ada berita yang manarik aku akan forward kepada member-member yang mungkin tak berkesempatan membaca surat khabar kerana sibuk dengan tugas-tugas harian.

 

 

Jika ada masa aku juga akan masuk ke beberapa webside dan mencari artikal-artikal yang menarik  untuk di baca.

Kemudian aku juga akan forward artikal-artikal yang  menarik dan yang mempunyai pengetahuan am  ke bebrapa group yang ku sertai untuk di kongsi bersama dengan rakan-rakanku.

 

 

Beberapa   hari kebelakangan  ini juga ku dapati  streamyx di kawasan tempat aku tinggal agak lambat.

Line pula asyik terputus-putus.

 

 

Setelah aku call telekom bahagian internet baru ok sikit hari ni taklah terputus-putus sangat

 

 

Ini ada lah di sebabkan terdapat sebuah syarikat yang sedang giat memasang talian internet 

 

 

Syarikat yang ku maksudkan  tu ialah syarikat p1 wimax wireless     brod band.

Aku difahamkan syarikat tersebut di bawah streamyx.

 

Pemasangan di kawasan perumahan khas di kawasan DBKL sedang giat dijalankan.

 

 

Untuk peringkat percubaan ianya percuma.Namun keadaannya begitu slow  sekali.

 

 

Ianya boleh dianggap seperti sebatang paip kemudian disambung ke cawangan-cawangan atau saluran untuk di guna oleh orang ramai.

 

Jadi bayangkanlah. Menurut kata salah seorang jiranku, itu pun punyalah slow dan masa yang di beri pun agak terhad.

 

 

Sebab itu jugalah sehari dua ni aku malas nak hantar sebarang artikal ke group-group yang sering ku hantar.

Sebab internet  yang terlalu lembap.

 

 

Alhamdulillah hari ni ok dan kira-kira pukul 3.00  petang  telekom pun adacall nak pastikan sama ada line kami ok kah tak sebab menurut katanya mereka  ada  monitor  dan mereka dapati kami online  lama sepanjang hari ini.

 

Kira-kira pukul 12.00 lebih aku online dengan Teddybear.

 

Kami buat install skype4 dan live messager.

 

Sempat jugalah aku berchat dengan Faridah dari Brunei.

 

Perbualan kami terganggu kejap  sebab   ada call dari Mastura dari Perak.

Kemudian Faridah pun hilang mungkin time untuk dia mengajar dah tiba agaknya.

 

Pukul 3 lebih aku pun off laptop sebab dah lama sangat ianya online.

 

Itulah kegiatanku sepanjang hari ini.

 

 

semalam tinggal kenangan yang  tak mungkin berulang lagi

 

hari ini akan pasti jadi  sejarah.

 

esok tak pasti  apa akan terjadi.

 

 

sekian wassalam.

1 ulasan: