Semalam aku berkesempatan ke rumah adikku di rawang.
Pada mulanya aku dah berjandi dengan mereka nak pergi awal.
Tujuan asalnya nak pergi tolong buat bubur asyura.
walau pun bulan muharram dah habis kami buat jugalah.
Tetapi oleh kerana pada pagi tu abang shariff telah membetulkan modem jadi kami pergi lambat sikit.
Dia telah menukarkan dari modem baru ke modem lama sebab yang baru ni internetnya lambat tak tahu kenapa.
bila di tukar yang lama ok pula.
Kira-kira pukul sebelas lebih baru kami turun dari rumah dan menaiki star-lrt.
Selalu tu kami naik monorial dan turun di KL-central.
Dari situ kami akan naik kpmuter dan terus ke rawang.
Memandangkan kat situ selalu ramai orang jadi kami turun di stesion tasik selatan dan dari situ kami nai komuter.
Sampai kat sungai buluh entah kenapa lama pula ianya berhenti dan ramainya orang bangla yang naik.
Kemudian apabila sampai stesion Kkuang aku meneleponi adikku dengan menggunakan handset abang Shariff sebab malas nak ambil hanset ku yang berada dalam beg.
Dia kata di dalam hansetnya cuma ada rm1 sahaja. dan suruh aku topup untuk dia.
Aku memberitahu tak apa. nanti boleh di topup kemudian.
Sudah menjadi kebiasannya kalau sampai kat stesion rawang adik aku akan menjemput dan terus ke rumah mereka.
Kira-kira pukul satu lebih kami pun sampai di stesion rawang.
Orang punyalah ramai kat situ.
Aku dan abang Shariff tunggu kat tepi kedai pancing kerana kat situ agak redup sikit.
Hari punya lah panas.
Tak lama kemudian kedengaran bunyi azan zuhor melalui handsetku.
Alamak dah pukul satu setengah rupanya ingatkan awal lagi.
Namapaknya bising lagilah adik iparku tu sebab tahun lepas pun macam ni juga kata nak datang awal dan tolong buat sama bubur tapi datang lambat.
Lebih kurang sepuluh minit lebih kami menunggu tapi tak juga kelihatan rupa keretanya.
Sekali lagi aku menyuruh abang Shariff mendail nombor adikku itu.\
Rupanya dia dah sampai tapi menunggu di bahagian atas dekat kedai makan.
Tak lama kemudian dia pun sampai.
Sesampai di rumah adikku, anak buah ku Miza dah menunggu depan pintu dan menyambutku.
”Maklang sampai mai dok kat kerusi.”
sambil menarik tanganku untuk duduk kat kerusi.
Anak buah ku yang seorang ni memang baik oranya suka menolong kalau kami sampai.
Shimah atau dia panggil mak ngah datang dia pun akan buat benda yang sama.
Dalam baik ada nakalnya, mudah merajuk dan mengamuk.
Kalau angin pasang sudah naik tak ada siapa yang boleh lawan atau bantah buat tak tahu saja.
Oleh kerana aku nak ke tandas lalu aku pun memberitahunya bahwa maklang nak ke bilik air.
Dia kemudian nak tarik aku ke tandas pula.
Padahal bukan aku tak biasa dengan rumah tu tapi tulah dia suka sangat nak tolong.
Aku pun beritahu tak apa nanti maklang pergi sendiri lagi pun maklang nak buka tudung dan jubah dulu.
Selepas membuang air aku dapati adik ipar ku sibuk kat dapur.
“HAH puan Rosnah baru sampai. mana kata nak sampai pukul sepuluh ni dah pukul berapa?”
Aku memang dah dapat agak tentu itu yang akan di katakan oleh adik iparku tu.
Aku pun teranglah perkara yang sebenar dan sebab takut dia bising lagi aku terus tinggalkan dia di dapur dan duduk kat ruang tamu.
Adikku ke meja komputer mungkin ada buat kerja opis kot.
Abang Shariff biasalah sampai rumah cari bantal dan berbaring atas kusyen panjang.
Sedang aku menengok tv, anak buah aku pula datang mengacau dan mengusik itu dan ini.
Tiba-tiba kucing pun menyiau.
Aku memang takut kucing suruh dia halau kucing tu keluar.
Tapi seperti yang ku nyatakan tadi di sebabkan anak buah ku ni seorang yang agak nakal dia megusik-usik aku dengan kucing.
sebab dia tahu aku memang takut kucing
Abah dia pun marah.
Namun dia mengacau lagi tapi kali ni bukan dengan kucing tetapi dengan kusyen pula suruh aku tangkap dia dan sebagainya.
Tak lama kemudian adik iparku datang dengan membawa sepinggan bubur asyura yang baru masak dan menyuruh aku merasa apa yang kurang.\
Sekali lagi anak buah aku kacau. orang nak makan dia pun nak makan juga.
Abah dia suruh dia pergi ambil kat ibunya di dapur dan jangan kacau maklang nak makan tapi dia tetap nak juga yang aku makan.
Aku pun beri pinggan kepada dia. makan dua tiga sudu dan tak nak kemudian minta lagi.
hingga habis baju kurungku terkena bubur.
Selesai makan aku duduk lagi.
tak lama kemudian anak buah aku kata nak pergi main kat luar tapi tak pergi pun sebaliknya mengacau lagi ajak main dengannya.
Aku pun layan ajerlah jadi macam budak-budak kejap.
Kira-kira pukul 3.00 adik iparku pun ajak kami makan.
Dia kata hari ni tak masak nasi tapi masak laksa.
Ketika aku nak ke meja makan anak buah aku kacau tapi di marahi ibunya dengan mencubit sikit.
Apa lagi dia pun merajuk dan masuk ke dalam bilik.
Selepas makan kami pun berehat sebentar dan berbual-bual sambil melipat baju.
Kira-kira pukul lima lebih adik iparku goreng pula keropok kering dan keropok lekoh yang di belinya di trengganu minggu lepas.
Selesai makan dan minum kami pun bersiap-siap pulan untuk keluar sebab aku dan abang Shariff nak pergi tengok rumah kami yang kami beli di bukit sentosa tapi tak duduk sebab tak ada kemudahan awam terutama bas.
Malangnya kunci yang abang Shariff bawa tak boleh buka pintu mungkin dah berkarat.
Jadi kami pun tak dapat masuk ke rumah tersebut.
Kami kemudian ke pasar malam kerana menunggu kakak ipar ku dan anak-anaknya yang sedang membeli iakan dan sebagainya kat pasar malam.
Sedangkan abang rosli ku berada di balai polis bukit sentosa kerana ada kerja yang perlu diuruskan.
Pada mulanya kami nak ke rumah mereka di batang kali, untuk menghantar bubur asyura tapi oleh kerana abang aku ada tugas kat balai polis manakala isterinya dan anak-anaknya berada di pasar malam maka kami tak jadi ke rumahnya.
Sebaliknya kami hanya berkumpul dan berbual d salah sebuah restoran yang terdapat kat pasar malam.
tak lama kemudian abang rosli pun datang berbual sekejap dengan kami sebab kerjanya belum selesai.
lebih kurang setengah jam lebih kami berada di situ sambil minum dan berbual lalu kami beredah dari situ sebab nak menunaikan fardhu maghrib dan terus balik.
mana kala kakak iparku dan anak-anaknya menunggu kat balai sahaja sementara kerja-kerja abangku selesai.
nasib baik kat bilik menunggu ada tv jadi bolehlah mereka tengok tv.
Kira-kira pukul 9.30pm kami pun sampai ke rumah dengan di hantar oleh mereka.
Oleh kerana anak buah ku dah terlena jadi mereka pun tak singah dan terus balik.
cuma hantar di bahagian bawah flat sahaja.
sebenarnya adik iparku suruh kami bermalam kat rumahnya tapi memandangkan hari ni 1 februari di sekolahnya ada sukan tahunan jadi malaslah.
tambahan pula abang shariff jenis yang tak suka tidur rumah orang jadi susahlah.
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan