Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Akhir-akhir ini boleh di katakan bandar Kuala Lumpur sering di landa hujan. Sama ada ianya turun pada waktu pagi atau petang.
Sebagai cuntoh, pada hari rabu yang baru lalu, awal pagi lagi hujan telah turun dengan lebatnya.
Alhamdulillah pada pukul tujuh hujan telah mula berhenti. Kalau tak susah juga nak ke tempat kerja.
Oleh kerana awal lagi hujan telah turun, maka di sana sini terdapat sikit-sikit air bertakung.
Namun pada sebelah petangnya, hujan telah turun dengan agak lebat dan di ikuti dengan bunyi guruh yang agak kuat.
Kira-kira pukul 6.20, husband call aku dari lobby meminta agar aku membawa turun payung. Memang telah menjadi kebiasaan aku, akan letak atau tinggal sebuah payung di office supaya mudah jika hujan turun tiba-tiba pada sebelah petang.
Setiap petang husband aku akan menunggu aku di bahagian lobby sampai aku habis kerja.
Sebenarnya bilik operator aku di tingkat 13. Biasanya kalau pukul 6.00 lebih suasana di tingkat 13 agak sunyi dan sepi.
Cuma kadang-kadang adalah beberapa orang staff yang masih belum balik dan kebiasaannya boss-boss lah yang lambat balik.
mungkin mereka nak siap kerja-kerja yang belum habis. Manakala yang lain sudah balik.
Office aku sebenarnya bermula pada pukul 8.45 dan tamat pada pukul 5.30 petang dari hari isnin sampai jumaat.
Sebagai operator kami terpaksa masuk kerja pukul 8.00 dan habis pada pukul 6.30 petang. Itu di kira over time dan ikut giliran yang telah dijadualkan.
Ini adalah kerana terdapat juga staff atau deapartment lain yang lambat balik seperti bahagian listing. Sebab semua company yang di senaraikan di bawah Burs Malaysi akan menghantar laporan urusniaga masing-masing setiap hari selepas pukul 5.00 petang.
Waktu ni di kira sibuk juga sebab call banyak masuk, terutama bila berlakunya sistem down lagi lah sibuk call masuk tak berhenti-henti.
Walau pun ada direct line di sediakan tapi bila call dah terlalu masuk line tersebut pun jadi jem.
Yang jadi mangsa kena marah dan sebagainya kami lah operator. Habis nak buat macam mana banyak-banyaklah bersabar kata a orang.
Namun ada juga deapartment yang beroperasi 24 jam iaitu deapartment IT atau help-desk.
Ianya terletak di tingkat 3. Untuk masuk ke deapartment tersebut memanglah sukar sekali kerana ia di kawal ketat,
sebab ianya merupakan deapartment yang paling penting dan sulit.
Pernah sekali aku masuk ke deapartment tersebut kerana nak beri barang kepada seseorang.
Sampai di tingkat 3, kena masuk sebuah bbilik khas.
Bilik tersebut kecil sahaja, ada kamera yang akan scan kita. Tujuannya untuk memastikan bahwa sesiapa yang hendak masuk ke deapartment tersebut tidak membawa masuk atau membawa keluar apa-apa barang atau dokument dari deapartment tersebut.
Di dalam deapartment tersebut keadaannya begitu sejuk sekali.
Tepat pukul 6.30 aku pun turun ke bawah. Sesampai saja di lobby hujan masih lebat.
Salah seorang petugas polis bantuan yang berada di situ mencadangkan agar aku dan husband pergi minum di kantin dulu sementara menunggu hujan yang masih lebat.
Pada mulanya aku setuju juga, tapi setelah sampai separuh jalan menghala ke kantin, aku rasa malas pula sebab aku tahu waktu hujan-hujan biasanya di kantin penuh orang yang akan lepak-lepak dan minum-minum di situ.
Tambah pula sekarang ni bangunan kami disewa oleh 2 company iaitu HSBC propety yang menywa dari tingkat 5, 6, 7 dan 8. Staff mereka ramai dekat 2000 orang. Staff mereka ikut shief sampai pukul 12.00 malam kerana ikut internasional time.
Selain dari HSBC, astro juga menyewa di bahagian belakang berhampiran dengan laibrary kami dan kantin.
Lalu aku dan husband pun teruslah balik tak jadi singgah kantin. Oleh kerana hujan yang masih turun agak lebat dan kedengaran juga bunyi guruh sesekali, walau pun kami pakai payung namun baju dan tudung aku basah juga. Maklumlah satu payung kongsi dua orang.
Jalan memanglah agak licin dan kenderaan pun agak jem. Kami pun berjalan agak perlahan sedikit dan akhirnya kami pun sampai kat PuduRraya.
Semasa kami melintasi Pudu Raya, kami terserempak dengan Saliza anak buah husband ku yang nak balik ke Melaka.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan Along berkerja di salah sebuah syarikat guaman yang terletak dekat jalan Raja Laut. Dia tinggal di Melaka bersama suami dan anak-anaknya. Ini bererti dia akan berulang alik dari MEelaka ke KL setiap hari.
Kami berbual sekejap sahaja sebab dia nak naik bas pukul 7.00 dan sampai di Melaka biasanya husband dia tunggu kat stetion.
Dari Pudu Raya kami berjalan menuju ke stesion star-LRT. Semasa sampai berhampiran dengan kaki lima star-LRT terdapat takungan air yang agak banyak dan biasanya kat situ lah air selalu bertakung. Nak tak nak terpaksa lompat juga dan nasib baik tak jatuh.
Sesampai saja di stetion Hang Tuah tempat selalu kami berhenti, orang begitu ramai sebab sana sini air bertakung. Husband aku telah mengikut jalan sebelah atas jadi kuranglah sikit air bertakung namun terdapat banyak pula batu-batu dan jalannya pun tak lah berapa elok. Sebab satu projek membesarkan jalan sedang di lakukan kat situ. Jadi terdapat jalan yang di tutup dan kat situ juga jalannya agak jem.
Akhirnya kami pun sampai di hadapan flat. Seluruh baju, tudung dan kasut ku habis basah kuyup.
Nasib baik kami tak tunggu hujan berhenti kalau tak entah pukul berapa sampai rumah sebab masa kami sampai ke rumah pun hujan masih belum berhenti lagi.
sekian tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan