Jumaat, 15 Mei 2009

Jangan. jangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jangan ucapkan kata-kata  indah  dan  manis buatku,

Kerna aku takut akan menyayangimu.

Jangan   mengambil berat tentang  diriku,

Kerna aku bimbang akan mengasihimu.

Jangan  terlalu baik pada ku,

Kerna aku takut akan merinduimu.

Jangan memberiku kenangan dan harapan,

Kerna aku khuatir akan jatuh cinta padamu.

Jangan beri sebarang harapan kepadaku,

Aku takut tidak dapat menunaikannya.

Jangan suka berjanji,

jika tidak dapat ditepati.

Jangan suka bersumpah,

kelak sumpah memakan diri sendiri.

 

Jangan menghargai pertemuaan ini,

Kerna aku tidak mahu menderita kehilangan dirimu,

Lantaran perpisahan   yang  akan terjadi nanti.

Jangan kesali pertemuan yang terjadi,

jangan tangisi anda kita terpaksa berpisah dikemudian hari.

sekian yang benar

kakros.

Jumaat 15 Mei 2009. 6.11 pagi.

Kadangkala.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

 

Kadangkala.

 

 

Kadang kala
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita.

Kadang kala
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita.

Kadang kala
ketika kita risau
tiada orang  nampak kerisauan kita.

Kadang kala
ketika kita gembira
tiada orang  nampak kegembiraan kita.

hanya kita saja yang tau diri kita sendiri

dan hanya kita jua yang memahami diri kita sendiri.

sekian yang benar

kakros.

Jumaat. 15 mei 2009.

4.54 pagi.

Khamis, 7 Mei 2009

Puisi Asyik.

Puisi asyik.
Assalamualaikum. ...

 


Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain

 


Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu.

 


Jangan Asyik mengata orang,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang

, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang,

Al-Quran kamu tak baca.

 


Asyik berceramah sana sini,

! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini,

Al-Quran kamu tak baca.

 

 


Asyik bersajak berpuisi,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen  bernovel,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di IRC,

Al-Quran kamu tak baca.

 


Asyik bergebang di telefon,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah,

Al-Quran kamu tak baca.

 


Asyik baca majalah tabloid,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan,

Al-Quran kamu tak baca.

 


Asyik membelek handphone,

Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah,

Al-Quran kamu tak baca
Kenapa tak baca?


Tak sempat


Busy


Tak faham


Tak reti


Malas


dapat surat dari pejabat tanah


dalam bahasa melayu
kamu boleh baca


dapat surat lawyer


dalam bahasa inggeris
kamu boleh baca


dapat surat daripada Allah


dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca


apa nak jadi?


Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini


Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi.

 


Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri

 


Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

 

Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula, bukan berkhutbah, cuba betul diri
ini cuma.. sekadar peringatan untuk saudara sekalian dan diri sendiri jua
__._,_.___
Yang  benar,
Kakros

Rabu, 6 Mei 2009

Pada Asaku.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Batas Asa ku

 

Aku terus menulis

Goreskan semua rasa dan asa

Harapkan sebuah kepuasan,


harapkan sebuah makna,

 

tapi tak kutemukan semua

Dan aku terus ditemani oleh sebuah kekosongan,


Kekosongan yang membuat hati tersesak perih

Aku yang selalu memendam rasa,


tak mampu mengungkap segala rasa


Lalu diam menghadapi semua

Terlalu lama kutipu diri

Tak pernah tahu ke mana harus melangkah,


tapi aku terus saja berjalan


Tak pernah tahu siapa diri ini,apa diri ini,atau bagaimana sebenarnya diri ini!

Diri seorang insan yang tertutup oleh topeng

Sehingga aku tak mengenalinya..padahal itulah aku!

Apakah ini hidup?


Akankah selalu penuh dengan kepalsuan?

Hidupku selalu penuh dengan tanya


Tanya tentang hidup

Tanya tentang cinta


Bahkan tentang diriku yang tak pernah kukenal

Dunia cuma suatu perhentian sementara..


Di tengah ramai ataupun sepi.

Aku masih tetap begini.

Tak pernah merasa sebuah ketenangan sejati

semoga Allah kuatkan hatiku dan imanku.

sekian wassalam.

Isnin, 4 Mei 2009

Hari ini hari lahirku.Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini 4 mei 2009 maka genaplah usiaku ke49 tahum.

 

Ini bererti sudah 49 tahun aku berada  di dunia ini.

 

Berbagai-bagai asam garam kehidupan telah ku rasa.

 

Ada kalanya ku gembira dan ada kalanya ku derita dan menangis sendiri tak siapa yang tahu.

 

Ku mohon ke hadrat Ilahi semoga tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang hidup ku lebih sejahtera  dan di jauhi  dari segala malapetaka  yang tak di ingini.

 

Ku mohon juga kepada   Allah semoga Allah memberi kasihatan yang  baik agar dapatlah aku mempertingkatkan segala amal ibadatku di sampingberusaha demi mencapai cita-citaku.

 

Ku juga memohon kehadrat  ilahi agar allah murahkan rezki, panjang usia dan hidup bahagia  hingga ke akhir hayat amin.

Ahad, 3 Mei 2009

hari ahad.hariahad.

hari ini hari ahad. cuaca begitu panas sekali.

Sabtu, 18 April 2009

Assalamualaikum.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

rasanya sudah sekian lama aku tidak masuk kerumahku.

 

entah lah  mungkin masa yang tak mengizinkan. ada ajer halangannya.

 

Walau bagaimana pun syukorlah kini aku kembali lagi dan di harap selepas ini tiada sebarang halangan lagi termasuklah masalah blog yang tak dapat masuk.

 

Hari ini hari sabtu cuaca pun bnampaknya alhamdulillah cerah sahaja. tiada tanda-tanda nak hujan.

 

Tapi tak tahulah kalau di sebelah petang nanti. Biasanya bila menjelang tengahari atau petang hujan pun mulalah mencurah-curah dan di iringi dengan guruh dan kilat.

 

Semalam aku berkesempatan on skype dengan abang Syukor dan Teddybear.   Bercerita kisah IT.

 

Tiba Teddybear pula yang hilang entah ke mana.

 

Sementara itu jari jemariku ligat menaip kerana waktu itu sedang berchating dengan seorang gadis bernama Izah yang tinggal di Brunei.

 

Aku berkenalan degannya semasa aku berkunjung ke Brbunei hujung bulan lepas.

 

Sebelum itu aku hanya mendengar suaranya di handset sahaja kerana ustaz Mad Noor yang memperkenalkan aku kepadanya.

 

Orangnya muda lagi berusia awal duapuluhan.  Dia juga seorang peramah walau pun kami baru sekali berjumpa ketika aku menziarahi ke tempat beliau belajar.

 

Izah merupakan seorang pelajar menghafiz alquran di sebuah institut tafsih alquran.

 

Sekarang beliau sedang menghafal ayat-ayat alquran.

 

Menurut katanya beliau memang  berminat mendalami alquran sejak kecil lagi.

 

Ku doakan agar tercapai segala cita-citanya agar beliau menjadi seorang hafizah yang berjaya di masa depan insya allah.

 

 

Macam-macam yang  kami cerita.

 

Aku menjadi kasihan apabila dia meluahkan apa yang terpendam  di dalam sanubarinya.

 

Menurut katanya dia tiada  tempat untuk mengadu dan meluahkan segala masalah.

 

Macam-macam masalah yang sedang di hadapi seperti masalah dengan keluarga, masalah tempat dia belajar dan sebagainya.

 

Sebagai seorang yang lebih dewasa telah banyak  asam garam telah ku rasa maka tak banyak sedikit aku juga dapat merasai apa yang sedang beliau alami.

 

Aku akan cuba sedaya upaya untuk membantu beliau hanya sekadar memberi semangat dan serba sedikit nasihat.

 

Aku bukannya pandai sangat nak beri nasihat kepada orang tapi sikit-sikit tu   boleh lah.

 

Oleh kerana  jarak antara  Brunei dan Malaysia agak jauh, hanya berchating dan berskype di samping sms melalui handset saja yang dapat meghubungi kami.

 

Untuk Izah kakros nasihati agar banyak-banyak bersabar dan hadapilah hidup ini dengan tabah disamping berdoa kepada Allah agar  mempermudahkan segala usaha dan semoga hidupmu lebih berjaya  serta  menjadi seorang wanita yang solehah de masa depan.   amiiiin.