Isnin, 2 Februari 2009

Hari ni aku bercuti lagi

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi  Maha penyayang.

Segala puji-pujian bagi Allah pencipta alam semesta.

 

Selawat dan salam ke atas junjungan

mulia kita nabi Muhammad SAW.

 

Tidak lupa juga selawat dan salam kepada kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang  kita kasihi.

 

Assalamualaikum dan salam    sejahtera.

 

hari ini 2 februari merupakan cuti umum  bagi mereka yang tinggal di Wilayah persekutuan

termasuk Puterajaya dan Labuan Sabah.

 

Ini adalah untuk menggantikan cuti wilayah yang sepatutnya di sambut  semalam  1 februari.

 

Tapi oleh kerana ianya jatuh pada hari ahad maka ia pun di ganti pada hari ini isnin 2 februari.

 

 

Sepanjang  hari ini aku tak ke mana hanya tinggal di rumah sahaja.

 

Oleh kerana tak ada  kerja rumah nak kusiapkan sebab semua dah selesai, cuma ada sebakul kain baju  sahaja yang belum ku lipat sebab biasanya aku lebih suka lipat dan megemas pakain pada waktu tengah malam yakni kira-kira dalam pukul 1 atau 2 malam.

 

lalu aku pun membuka laptop aku.

 

Pagi aku membaca beberapa surat khabar dan membalas serta menghantar email ke group komuniti dan group sinarislam.

 

Kira-kira pukul 12 lebih aku online melalui skype dengan abang Joe.

 

Aku minta dia tunjuk ajar cara-cara nak masuk webside ke airasia.

 

Sebelum ni aku dah masuk tapi yang aku nak cari sekarang ialah untuk   satu hala.

 

Kala dua hala tu aku tahulah car-cara nak membuatnya.

 

Ini adalah kerana kalau tak ada apa-apa halangan aku dan beberapa orang member akanpergi cuti-cuti Malaysia keBrunei dan Kuching.

 

Tarih yang di cadangkan  adalah dari 18 mac hingga 24 mac.

 

Kami akan bertolak dari KL ke Miri dan balik dari Kuching ke KL.

 

 

Harga kedua-dua hala tersebut adalah lebih kurang rm663  untuk 3 orang.

 

Ini bererti  setiap dari kami kena bayar lebih kurang rm221 seorang untuk airasia.

 

Masalahnya sekarang, bagai mana untuk  kami nak bertolak dari Miri ke Kuching kerana jaraknya agak jauh yakni kalau naik bas lebih kurang 13 atau 14 jam.

 

Menurut kata abang Joe   tambang basnya lebih kurang  rm80 seorang.

 

Sebenarnya member aku yang beria-ia nak ke Kuching sebab dia nak berjumpa sangat member dia yang dah berpuluh tahun tak berjumpa.

 

Setelah  semua di kira, aku pun menelepon member aku yang seorangni.

 

Rupanya dia berada kat Johor Bahru hari khamis baru balik ke KL.

 

 

Dia ni memang kaki jalan dan memandangkan dia dah biasa pergi Brunei dan Kuching jadi senanglah sikit.

 

 

aku pun bertanya sama ada dia setuju atau tak tarikh yang di cadangkan.

 

Menurut katanya  tarih yang aku cadankan tu tak sesuai baginya sebab membernya yang bertugas di brunei tidak ada pada tarih tersebut.

 

 

menurut katanya si polan  tu bakal suaminya dan tarikh yang aku pileh tu dia berada di Labuan menghadiri mesyuarat dan 25 baru balik ke Bunei.

  Menurut katanya lagi bakal suaminya tu adalah seorang business man.

 

   dan meminta aku ambil tarikh yang asal sebab dia dah beritahu kepada bakal suaminya yang dia akan sampai sekian hari bulan.

 

 

sebenarnya  asal cadangan aku ialah 25  sampai 31 mac.

 

Tapi apabila aku berbincang dengan member aku yang tinggal di brunei dia kata kalau  aku nak tengok sekolah kat sana se-elok-eloknya datang sebelum cuti sekolah   sebab di sana sekolah mereka mula bercuti pada 20 sampai 29 mac.

 

jadi kalau datang waktu cuti sekolah maka tak berkesempatanlah kami nak melawat sekolah sebab semua sekolah tutup. Jadi sebab itulah aku tukarkan pula dari 18 hingga 24 mac.

 

Yang seorang lagi tu dia tak kisah dia ikut saja bila  pergi.

 

 

Akhirnya untuk ambil jalan tengah aku pun terpaksa ubah semula tarikh tersebut dan bercadang akan bertolak pada  25 mac dan balik pada 1 april.

 

Jadi terpaksa pula aku masuk semula untuk tengok harga.

 

Kira-kira pukul 2.30 si teddy bear pula yang masuk setelah aku dan abang Joe berhenti online.

 

 

Aku suruh teddybear tunggu dulu sebab aku nak sembahyang zuhor dulu.

 

Selesai sembahyang aku pun online pula dengan teddybear.

 

 

 

Bual punya bual, dia pun   bertanya sama ada aku nak cuba internet explorer 8 ke tak?

 

Aku pun kata  bolehlah  cuba.

 

Lalu dia pun hantar file tersebut dan kami pun buatlah install dan setting untuk internet explorer 8.

 

Kira-kira pukul 4.00  lebih  baru semuanya selesai.

 

Dia kata  komputer  kena restart dua kali.

 

Sementara nak  menunggu laptop restart  teddybear pun pergi mandi dan sebagainya.

 

Tapi aku punya cuma sekali sahaja restart ia pun jadi seperti sediakala.

 

 

Teddybear kata

 

“apa fasal dia punya komputer kena restart dua kali sedangkan kakros cuma sekali sahaja dah ok?”

 

Aku pun jawab:

 

“Mana kakros tau hang punya kena dua kali.”

 

 

Apabila semua dah selesai aku pun  beritahu  teddybear yang aku nak off dulu sebab dah lama laptop aku ni on dari pagi tadi.

 

Dia pun kata ok.

 

Sebaik sahaja aku off laptop,lebih kurang pukul 4.30  hujan pun mula turun dengan lebatnya.

 

Aku pun selepas sembahyang asar terus tidur dan pukul 6.30 baru bangun dan hujan masih mencurah-curah lagi.

Itulah cerita aku sepanjang hari ini.

 

kepada teddybear kakros ucapkan terimakasih kerana telah menolong

kakros install dan buat setting  untuk  internet explorer8.

 

sekian wassalam.

 

3 ulasan:

  1. ha, teruskan tulis. kalau hang stop, aku luku satni.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kak ros tahniah kerana sudah ada blog sendiri.

    BalasPadam
  3. Ya betoi tu encik. kalau dia malas lagi nak tulis, aku nak luku kepala dia. Dah penat-penat orang tolong, jangan malas lagi no?

    nuriman telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
    Hari ni aku bercuti lagi":

    assalamualaikum kak ros tahniah kerana sudah ada blog sendiri.

    BalasPadam