Ahad, 15 Februari 2009

Tetamu Bertandang Ke rumah.

 

Semalam 14 Februari rumahku di kunjungi sepasang suami isteri. Mereka ialah

puan Asiah Yeop Kamaruddin yang lebih mesra dengan panggilan   kak Asiah.

  Manakala suaminya iaitu Abu Seman yang lebih mesra dengan panggilan abang Abu sahaja.

 

 

Sebenarnya dah banyak kali mereka buat rancangan untuk datang ke rumahku, tetapi  oleh kerana ada sahaja halangan yang tak disengajakan seperti aku terpaksa mengikuti kursus atau samenar  sama ada dianjurkan oleh persatuan atau opis  ku.   Ada kalanya pula terpaksa ke opis atas urusan kerja dan  macam-macam lagilah halangan.

 

 

Biasanya program-program tersebut di adakan pada hari sabtu.  Manakala pada hari ahad pula biasanya aku ke Cheras kerana  menghadiri klas mengaji alquran.

 

 

Oleh kerana semalam aku tak mempunyai sebarang urusan lalu aku pun bersetuju untuk menunggu mereka di rumah.

 

 

Sudah menjadi kebiasan ku  jika ada tetamu yang hendak datang ke rumah aku akan mengemas rumah dan memasak  lebih awal.  Jadi jika tetamu dah sampai semua dah ku siap.

 

 

Oleh kerana awal-awal lagi kak Asiah dah berpesan meminta aku buat jemput-jemput ikan iblis sebab dia memag suka makan jemput-jemput cuma dia tak berapa pandai bak bancuh atau membuatnya.

 

 

Nak suruh dua orang anak daranya buat maklumlah budak-budak zaman sekarang mana  nak ke dapur sangat tambahan pula kalau mereka dah berkerja dan mempunyai kereta sendiri panjanglah langkahnya.

 

 

Bila cuti  selagi matahari tak naik ke kepala tak bangunlah budak-budak tu. kata kak asiah.

 

 

Lalu abang Shariff pun pergilah ke pasar awal sikit sebab mereka berjanji akan datang mungkin dalam pukul  duabelas.

 

 

Aku bertanya sama ada mereka nak makan nasi atau tak.  Sebab aku memang jarang masak untuk lunch. Ini adalah kerana biasanya aku makan nasi  tak  kiralah nasi goreng ke, nasi lemak, nasi kerabu ke,  bihoon ke  atau sebagainya yang agak berat untuk breakfast.

   Jadi ianya kenyang sampai ke petang.

 

 

Kata  kak Asiah nasi tak payahlah dia nak makan jemput-jemput juga.

 

 

Abang Sariff belikan tepung, udang basah bawang dan sebagainya.

 

 

Setelah selesai mengemas aku pun ke dapur terus menyiapkan bahan-bahan untuk membuat jemput-jemput.  Semntara abang Shariff ke Loyat kat Bukit Bintang sebab nak beli kad reader.

 

 

Aku cari ikan bilis dalam bekas  rupanya ikan bilis dah habis yang tinggal pun sedikit saja.

Aku pun gantikan ikan bilis dengan udang.

Oleh kerena udang yang dibeli agak besar lalu aku pun cincang jadi kecil-kecil.

 

 

Aku lebih suka guna bawang besar untuk buat jemput-jemput.  Separuh darinya aku akan tumbuk bersama cili dan separuh lagi   aku mayang halus sahaja.  Biasanya kalau aku buat jemput-jemput udang aku akan campur sedikit tauge  dan kucai atau daun sadri.  Tapi oleh kerena abang Shariff tak beli lalu aku cuma masukan udang dan bawang sahajalah.

 

 

Siap di bancuh, aku pun biarkan dulu sebab bila mereka sampai  baru goreng.  Makan masa panas-panas baru sedap.

 

 

  Waktu dah pun pukul sebelas lebih. Aku pun telepon kak Asiah bertanya mereka berada kat mana.

 

 

Menurut katanya, mereka baru nak turun dari SBM  lepas tu abang Abu nak ke rumah Moktar pula sebab nak bayar barang yang mereka ambil dari dia.

 

 

Sementara menunggu mereka sampai aku pun buka laptop ku.

 

Tak lama kemudian abang Shariff pun balik.

Lalu aku pun cuba   kad reader yang baru abang Shariff beli.   Sebab kata orang  lebih senang guna kad reader dari kabel.  walau bagai mana  pun bagi aku lebih  mudah  guna kabel dari kad reader.

 

 

Sebab kalau guna kad reader, kita kena keluarkan kad memori  dari hanset. Aku cukup takut kalau nak keluarkan kad memori dari hanset sebab kecil sangat dan kuku ku pun pendek susah nak kopek kata orang.

 

 

Setelah di cuba beberapa kali tapi malangnya kad reader   tersebut tak  boleh detect  dalam laptop aku.

 

Aku tak tahu apa masalahnya.  Nak kata kad yang di beli rosak tak mungkin, sebab sebelum ni pun abang Shariff ada beli kad reader tapi tak juga boleh.

 

 

Sampai pukul satu lebih mereka tak juga sampai-sampai. Aku pun call hanset kak Asiah.

 

 

Yang kedengaran  hanyalah voicemail saja. Dalam waktu yang sama aku ada terdengar ada suara orang di hadapan rumahku seperti bercakap-cakap.

 

 

Kemudian di ikuti ketukan pintu.  Abang Shariff pun buka pintu rumpanya mereka dah sampai.

 

 

Aku tanya,

 

  “”akak off handset ke?”

 

 

Kak Asiah jawab.

 

“taklah.  I   on mana ada off.”

 

 

kemudian dia pun check ada miss call.  Dia kata dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu.

 

 

Sebenarnya tujuan utama mereka nak datang ke rumahku adalah   kerena nak minta aku masukan lagu-lagu lama seperti lagu Sharifah  Aini, Rafeah Buang, A. Ramli dan sebagainya termasuk bacaan al quran  ke dalam hanset mereka.

 

 

Oleh kerana tak boleh guna kad reader lalu aku terpaksa gunakan juga kabel.

Alhamdulillah boleh pun.

Kak Asiah guna 6120 klasik.

 

 

Sekarang ni ramai di kalangan  rakan-rakan kita yang mengunakan 6120 sebab harganya agak murah lebih kurang 400 hingga 600 RM, dan boleh masuk talk crack  jika di bandingkan dengan  handset N78, N81, N96, N79 dan sebagainya yang mana harganya agakmahal melebihi RM1000.

Handsetnya pun ringan dan agak kecil sikit boleh digantung kat leher seperti mana  yang di buat oleh kak Asiah.

 

 

Sebenarnya ini lebih terjamin jika di bandingkan  kita letak dalam beg. Terutama kalau kita nak pergi sembahyang kat surau MAB.  Aku sendiri pun kadang-kadang risau bila letak beg kat tepi dinding dan pergi ke bilik air atau ambil air sembahyang.

 

 

Sebab aku di fahamkan dah banyak hanset hilang kat surau atau di kawasan MAB. Maklumlah kawasan kat situ agak terbuka dan sesiapa pun boleh  keluar masuk walau pun ada pengawal keselamatan.   

 

 

Untuk memudahkan aku memasukan lagu-lagu yang kak Asiah minati lalu aku pun pindahkan lagu-lagu tersebut ke dalam my document.

Setelah dia  berpuas hati baru aku transper  dengan menggunakan kabel.

 

 

Sementara abang Shariff telah menghidangkan mereka makan jemput-jemput setelah mereka selesai menunai fardhu zohor.

 

 

Selepas selesai  aku memasukan lagu-lagu dan alquran ke dalam hanset kak Asiah, kini aku buat untuk abang Abu pula.

 

 

Abang Abu pun guna 6120 klasik juga tapi dia bbeli dari Moktar.  Menurut kata kak Asiah, Moktar baru guna sebulan dan di jual kepada abang Abu dan dia beli yang baru N73.

 

 

Seperti biasa aku pun sambungkan hanset abang Abu ke laptop dengan menggunakan kabel yang sama.

Aku dapati handset abang Abu   berbeza dengan kak Asiah punya.

Kak Asiah punya senang detect dan nak cari sim  kad dan memori kad pun mudah.

 

 

Walau bagai mana  pun akhirnya  aku    jumpa sim kad dam mmemori kad tapi bila aku nak masuk untuk program tak boleh.

 

 

Di dalam memori kadnya ada lagu-lagu ingeris, tapi bila aku cuba masuk dengan menekan enter tak boleh masuk.

Bila aku nak transfer lagu pun tak boleh. Ada message minta di tukar file  yang terdapat di dalam handset sebab memori penuh lebih kurang macam tulah.

Padahal memori kad masih banyak yang kosong.

 

 

Dia sendiri pun tak tahu apa yang telah di buat oleh si Moktar pada handset tersebut.

Aku cuba bebrapa kali tak boleh juga. Sampai naik mengantuk aku memikirkan bagai mana  mencari cara mengatasi masalah tersebut.

 

 

Akhirnya abang Abu  kata tak apalah kita guna bluetooth untuk transfer.

 

 

Aku pun keluarkan handset tersebut dari laptop  dan cuba cari file manager pun tak jumpa.  Puas di cari baru jumpa tapi lagu-lagu yang Abu sebut tu tak ada pun dalam file manager.

 

 

Rupanya ianya berada dalam muzic laibrary.

Di dalamnya punyalah banyak lebih  kurang dekat 200 program atau file.

Kebanyakannya sound infect dan storry atau drama.

Aaku rasa ianya di petik dari radio BBC, dan kemudian di transfer ke handset.

Mungkin dia nak dengar kat opis dia kot.

 

 

Bunyi-bunyi  tu pun kebanyakan berulang seperti bunyi kambinglah,lembulah, kucing, bany menangis, ketawa, bunyi suara perumpuan seksilah dan macam-macam lagi.

Lagu-lagu pun ada tapi tak banyak.

Menurut kata  abang Abu tak tahulah sebab Moktar yang masukan dan  dia tak buang semua program tersebut.

 

 

Ini lah masalahnya sepatutnya kalau kita nak jual handset kita kepada orang lain sebaik-baiknya buang semua program atau file-file di dalamnya  biar clear handset tersebut.

 

 

Kemudian aku pun masuk beberapa buah lagu  ke dalam handset abang Abu dengan menggunkan bluetooth.

Tak sampai 6 lagu  rasanya baterinya pun tinggal  1 bar.

 

 

Azan asar pun kedengar kat surau rumah ku. abang Shariff pun buat tea o dan di makan dengan biskut kering. Pada mulanya nak gorng keropok tapi kak Asiah kata  tak payahlah lagi pun abang Abu tak boleh makan makanan yang berminyak  sangat sebab dia ada masalah jantung.

 

Selepas mereka menunaikan fardhu asar dan minum  mereka pun balik.

 

Abang Shariff tolong dapatkan mereka teksi.

 

sekian.

2 ulasan:

  1. bilalah saya nak pergi rumah kak ros..nak suruh masak jemput2 bilis hehehe.

    BalasPadam