Rabu, 4 Februari 2009

tugas harianku

assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Semalam aku pergi kerja seperti biasa.  Pukul tujuh lebih Azizan rakan sepejabatku telah call dengan menggunakan nombor hanset my husband memberitahu dia nak ambil e.l. sebab nak ke pejabat DBKL.

 

Menurut katanya berlaku kebocoran di rumahnya.

 

Aku ketika itu bersiap-siap  hendak ke tempat kerja kerana giliran aku masuk pukul 8.00 pagi.

 

Sebenarnya pejabatku bermula tugas pukul 8.45 hingga 5.30 dari hari isnin hingga jumaat.

 

Tapi sebagai operator kami kena datang awal sikit ikut giliran buat oti kata orang.

 

Kalau sebelum ni aku dan Azizan ajer yang bergiliran buat oti.

 

 

Yakni, kalau aku oti sebelah pagi dari pukul 8.00 sampai 8.45 maka Azizan akan oti pada sebelah petang dari pukul 5.30 sampai 6.30.

 

Begitulah sebalik nya setiap minggu.

 

Seminggu aku pagi dan semunggu aku petang.

 

 

Namun biasanya aku lah yang terpaksa ambil oti sebelah pagi sebab Azizan selalu terlambat dan ada saja halnya.

 

Kebetulan aku pukul tujuh lebih memang  dah ada kat pejabat  sama ada aku buat oti atau tak aku akan sampai awal.

 

Tapi bermula bulan ini puan merdina senior manager kami,  meminta agar kami bergilir tiga orang.

 

Kalau nak ikut rakan kami yang seorang ni memang  tak nak buat oti terutama pada sebelah pagi dan sebab tu dia tak pernah buat oti pun.

 

Ini adalah kerana dita tinggal jauh yakni di Nilai. Setiap hari dia akan nak komuter dari Nilai ke KL dan biasanya lapan lebih dia akan sampai ke opis.

 

Kadang-kadang tu kalau komuter ada masalah rosak  kah, diler kah  atau sebagainya pukul 9.00 lbih baru dia akan sampai opis.

 

 

Kadang-kadang dia ada bawa kereta, tapi tu lah kalau dia bawa kereta belanjanyatinggi sehari rm25 termasuk bayar tol dan minyak. mana boleh tahan kalau macam tu.

 

 

 

Biasanya kalau  dia terlambat atau ada masalah komuter dia akan Sms ku dulu dan beritahu dia terlambat.

 

 

Setiap pagi dia akan   naik komuter pukul 6.30 setelah menghantar kedua anaknya ke sekolah.

 

Sebelum ni dia seorang ibu tunggal.  Jadi segalanya dia kena urus sendiri, sebab itulah kadang-kadang dia terlepas naik komuter 6.30 dan terpaksa naik pukul 7.00 itulah yang buat dia  selalu terlambat.

 

tapi pada 7. desember  tahun lepas dia telah berkahwin.

Ini lah di katakan jodoh. Walau pun lelaki tersebut muda 10 tahun dari dia dan belum pernah  berkahwin atas restu kedua-dua pihak akhirnya mereka pun berkahwin.

 

Jadi bila dah tiga orang bergilir-gilir maka jadualnya pun akan berubah. kalau dulu seminggu pagi dan seminggu petang, tapi sekarang ni ikut hari pula.

 

Jika semalam aku pagi maka hari ini aku kena oti petang pula.

 

Tugas di pejabat seperti biasalah. Call punyalah banyak tak berhenti-henti sebab biasanya kalau ada program atau  projek anjuran di pejabatku   maka sibuklah sikit kalau tak ada apa-apa program atau projek kurang lah sikit.  

 

Kebetulan sekarang satu program antarabangsa akan di adakan dalam bulan mac ni.

 

Jadi banyaklah call dari over sea yang  masuk bertanya itu dan ini.

 

Yang geram  tu bila kita sambung ke talian  atau staff yang berkenaan tak ada jawapan dah kita pula yang kena marah.

 

Tapi tak boleh nak disalahkan mereka lah kan sebab mereka call jauh dan bukan sekali dua yang mereka call malahan  berkali-kali tapi tak dapat bercakap dengan orang yang berkenaan.

 

Sebagai seorang operator kena marah, maki dan sebagainya tu dah jadi asam garam atau pun perkara biasa.

 

Kata orang kena banyak bersabarlah.Si caller ni pun satu juga kadang-kadang mereka tak tahu nak cakap dengan siapa dan berkenaan apa dan  sebagainya.

 

Terpaksalah kena kena bertanya itu dan ini untuk mendapatkan kepastian dan barulah kita dapat tangkap apa yang mereka nak.

 

Kadang-kadang masalah tu sikit tapi nak sampai ke matlamat yang sebenarnya kena pusing satu dunia  baru sampai padahal nak check atau nak buat pertukaran hak milik si mati sebagai contuh tapi dia punya cerita melerek-lerek entah ke  mana.

 

 

Semalam juga staff pun banyak suruh buat call out stesion yakni ke company-company yang tersenarai kat Bursa Malaysia  tak tahu sebab apa.

 

Pukul 1.00 aku keluar  dengan abang Shariff ke bank dan kemudian lunch kat puduraya yakni kedai abang gani kelantan. Kedai dia memang ramai orang selalu.  abang shariff  memang selalu juga makan kat kedai dia

 

Dia juga selalu bagi lauk free kalau ada yang tak habis seperti dia bagi sambal belacan, masak asam, ikan keli goreng dan sebagainya.

 

Pukul 2.00 tepat aku pun sampai kat opis.

 

Sambung tugas seperti biasa.

 

Pukul 4.00 lebih aku ke surau sebab belum sembahyang zohor  lagi.

 

Biasanya aku sembahyang bila masuk waktu zohor sebab setiap hari aku akan berlepak kat surau.

 

Lagi pun setiap hari memang ada ustaz yang di jemput beri kuliah sama ada di surau atau di dewan untuk ceramah bulanan.

 

 

Jadi kalau aku sembahyang zohor pukul 4.00 lebih biasanya aku akan tunggu pula sampai masuk waktu asar sebab kami sembahyang berjemaah dan kemudian ada pula ulasan hadhis.

 

Hujan punyalah lebat semasa aku  turun dari surau.

 

Pukul 5.30  aku pun balik dalam hujan aku dan abang shariff berjalan. nasib baik kat pejabat aku ada payung kalau tak susah juga.

 

itu pun basah juga.

 

sampai kat bawah flat pula. ada bebrapa orang bawa masuk barang dalam lip.

 

dah lah tunggu punya lama sebab  yang sebuah lagi lip tu rosak.

 

bila lip sampai mereka bawa masuk baran perabot pula.

 

mereka suruh kami masuk tapi nak masuk macam mana  barang banyak mungkin ada penghuni yang  tukar perabot kot.

 

akhirnya kami panjat tanggal sampai tingkat tujuh.  kalau nak   tunggu sampai pukul berapa baru boleh naik ke rumah.

 

tamat kisah semalam.\'

 

sekian wassalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 ulasan:

  1. ha, teruskan tulis jangan berhenti. hang berhenti satni aku luku hang.

    ha, kalau dah habis tulis, janganlah pi enter bagi banyak tempat kosong. Siapa yang ajak buat ini macam?

    BalasPadam